Powered by Blogger.

Alahai MB Khalid - Apa sudah jadi dengan pakej rangsangan ekonomi Selangor!

Monday, 7 January 2013



Pada tahun 2009 kerajaan negeri dipercayai telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi Selangor sebanyak RM 50 Billion. Nampaknya hanya janji dan omong-omong kosong sahaja kerana sehingga hari ini pelaksanaannya masih kabur lagi.

Konsep pakej ransangan ekonomi ialah satu peruntukan segera dengan jangka pelaksanaan dua tiga tahun untuk membantu kepesatan pertumbuhan ekonomi negeri jangka pendek bukan memakan masa panjang 10 – 15 tahun.

Semasa melancarkan Karnival Sungai Klang pada 23 Mac 2009, YAB. Menteri Besar telah mengumumkan Projek Pemulihan Sungai Klang yang menelan belanja sebanyak RM 50 Bilion yang akan disiapkan dalam tempoh 15 tahun. Kalau apa yang dilaporkan oleh Akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 adalah benar, maka matlamat pakej ekonomi RM 50 Billion tidak akan mencapai matlamat dan sasarannya.

Seperti yang dilaporkan, RM 2 Billion telah diperuntukkan iaitu untuk membersihkan Sungai Klang sebanyak RM 1 Billion dan untuk pembangunan sebanyak RM 1 Billion dalam tempoh pelaksanaan selama 2-3 tahun. Lihatlah keadaan Sungai Klang sekarang! Semakin teruk dimana sampah-sarap memenuhi permukaan sungai!

Dikatakan tiga syarikat telah dipilih daripada 37 syarikat yang telah membuat tawaran dan sebuah syarikat DPZ Asia dipilih, ‘was approved’ dengan izin, oleh Menteri Besar.


Dalam konteks Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor sebanyak RM 50 billion ini, Menteri Besar sepatutnya memberi jawapan dan penjelasan kepada ( 7 ) soalan berikut kerana rakyat negeri Selangor perlu tahu?

(1) Daripada sumber mana RM 50 Billion didapati.

(2) Bagaimana RM 50 Billion dibelanjakan dan sila beri butir-butir terperinci termasuk jadual pelaksanaan projek.

(3) Selain daripada projek-projek besar infrastruktur, berapa banyakkah diperuntukkan untuk projek-projek kecil dan sederhana yang boleh memberi manfaat kepada syarikat kecil dan sederhana di negeri Selangor.

(4) Sejauh manakah pakej ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.

(5) Jika apa yang dilaporkan dalam akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 betul mengenai empat ( 4 ) syarikat yang akan menjalankan projek pemuliharaan Sungai Klang, mengapa syarikat DPZ Asia dipilih sendiri oleh YAB. Menteri Besar dan tidak melalui proses tender terbuka.

(6) Salah satu daripada tiga syarikat yang Berjaya ialah Wessex Water I-Bhd Consortium. Adakah I-Berhad syarikat yang sama dengan pembangunan I-City Shah Alam.

(7) Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Presiden, Transparency International Malaysia (TI-M)supaya kerajaan negeri menandatangani ‘Integrity Pacts’ dengan izin, atau ‘perjanjian integriti’ dengan empat syarikat yang telah dipilih untuk mengendalikan projek pemuliharaan Sungai Klang bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan untuk meminimumkan kos – mempastikan integriti, ketelusan dan pertanggungjawaban.

Apa cerita MB Khalid! Boleh jawap ke?


Read more...

Krisis air: Sikap MB berpolitik sukarkan lagi keadaan



SIARAN AKHBAR

Krisis air: Sikap MB berpolitik sukarkan lagi keadaan

Sikap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang lebih suka berpolitik daripada menyelesaikan masalah akan merumitkan lagi krisi air yang melanda Lembah Klang sejak seminggu lalu.

Ketika pengguna dan rakyat berhadapan kesukaran mendapatkan air, Abdul Khalid masih lagi bersandiwara menuding jari menyalahkan pihak lain, bijak memusingkan cerita untuk lari daripada masalah sebenar.

Sepatutnya dalam keadaan sekarang, Abdul Khalid mengemukakan pelan konkrit jangka pendek dan jangka panjang untuk menyelesaikan krisis tersebut tetapi malangnya sehingga kini beliau hanya menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai kambing hitam.

Syabas dijadikan sasaran kerana enggan mengikut telunjuk kerajaan pakatan pembangkang yang lebih ghairah mahukan penstrukturan daripada memikirkan keperluan rakyat, dan tekanan terus diberikan seolah-oleh syarikat konsesi air itu sebagai punca masalah.

Salah satu taktik ketrajaan pakatan pelbangkang ialah mempengaruhi rakyat yang menjadi mangsa keadaan untuk mengemukakan saman kepada Syabas, sedangkan beliau sepatutnya menjalin kerjasama erat dengan Syabas untuk member perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Saya difahamkan Syabas sebelum ini sudah beberapa kali memberi laporan mengenai keperluan untuk membaiki paip-paip lama dan memperbaiki infrastruktur termasuk pam-pam air demi manfaat pengguna, tetapi tidak diendahkan kerajaan negeri kerana kepentingan politik.

Lebih malang, Kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghalang  pemberian dana modal (Capex) menyebabkan Syabas mengalami kesukaran untuk mengganti paip-paip lama dan memperbaiki rumah pam serta loji, apa lagi untuk membina rumah pam yang baru.

Ini semua cerita lama yang didendangkan semula oleh Abdul Khalid untuk memperlihatkan kelemahan Syabas dan sekiranya rakyat mempercayai tohmahan tersebut, mudah untuk beliau mendapat sokongan politik dan seterusnya mengekalkan penguasaan pembangkang di Selangor!

Baru-baru ini Abdul Khalid dilaporkan berkata, jika Syabas tidak cukup duit untuk membaiki pam air dengan alasan tidak cukup duit, Syabas serahkan sahaja konsesi air kepada kerajaan negeri.

Sangat dangkal kenyataan Abdul Khalid itu kerana Syabas sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa kebanyakan loji rawatan air dan rumah pam di negeri ini sudah lama dan ada di antaranya beroperasi melebih had. Jika pam tersebut rosak, akan menjejaskan ribuan pengguna.

Mahu tidak mahu, Syabas terpaksa membenarkan operasi rumah pam tersebut walaupun berhadapan risiko kerana mahu memastikan penduduk di Lembah Klang terus mendapat bekalan air bersih.

Akhirnya kerisauan yang dibangkitkan Syabas itu berlaku juga. Baru dua rumah pam tidak beroperasi, hampir 100,000 pengguna menjadi mangsa. Sedangkan pada 2009 Syabas pernah mengemukakan cadangan untuk membina rumah pam baru tetapi tidak diendahkan kerajaan negeri.

Sangat jelas bahawa krisis air di negeri ini sengaja dipolitikkan kerana Abdul Khalid sebenarnya tidak ada idea untuk menyelesaikan isu ini. Idea-idea yang diberikan Abdul Khalid kebanyakannya mengarut dan tak masuk akal termasuklah mahu menggunakan air dari Sungai Klang dan menggunakan teknologi membrane.

Di manakah ego Abdul Khalid yang mengaku tokoh korporat yang hebat tetapi tidak ada idea bernas untuk memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada penduduk di negeri Selangor?

Malang bagi rakyat di negeri ini kerana mempunyai pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi sebenarnya kekeringan idea dan paling teruk, bodoh sombong kerana tidak ada langkah penyelesaian terhadap krisis air ini.

Bukan hendak menyebelahi Syabas tetapi syarikat konsesi air air itu sudah beri yang terbaik untuk keselesaan pengguna. Rakyat perlu ambil iktibar daripada malapetaka pengambilalihan Alam Flora yang menyebabkan pengurusan sampah di negeri ini menjadi huru-hara.

Itupun selepas seminggu krisis berlaku baru Abdul Khalid hendak bersuara. Sebelum ini beliau membenarkan barisan exconya membuat kenyataan membujta tuli dan kemudian barulah beliau tampil membuat penjelasan.

Nampak sangat Abdul Khalid tidak serius menangani krisis air ini yang memerlukan tindakan segera daripada pemimpin nombor satu negeri, bukannya membiarkan masalah ini berlarutan begitu sahaja.

Paling melucukan apabila Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin yang mahu member kenyataan kerajaan negeri akan menghantar tujuh buah lori tangki untuk diagihkan kepada pendudk di kawasan terjejas.

Saya hendak bertanya kepada Faekah: Cukupkan tujuh lori tangki itu untuk mengatasi keperluan 100,000 pengguna yang terjejas di Lembah Klang? Kalau tidak tahu, lebih baik berdiam diri.

Saya syorkan Faekah turun padang dan melihat sendiri keperitan yang terpaksa dihadapi oleh pengguna. Jangan hanya tahu bercakap sahaja. Tujuh lori tangki itu letakkan sahaja di depan rumah MB, bimbang jika tidak ada air nanti susah Abdul Khalid hendak pergi kerja.

Cadangan itu langsung tidak praktikal kerana saya difahamkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai lori tangki dan jika PBT diarahkan berbuat demikian, mereka perlu menyewa lori tangki daripada pihak lain. Sudah tentu kapasitinya tidak sama seperti yang dimiliki oleh Syabas.

Justeru dalam perkara ini, kerajaan negeri usah berlagak seperti ayam jantan yang hebat berkokok tetapi ekor bergelumang tahi. Keperluan rakyat perlu didahulukan, politik diketepikan.

GPRS menggesa Abdul Khalid menyelesaikan masalah air ini secara keseluruhan kerana tidak mustahil akan berulang kembali pada masa hadapan. GPRS tidak akan teragak-agak untuk membuat himpunan secara besar-besaran bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sedia ada tidak pernah prihatin dengan masalah rakyat.

Justeru rakyat perlu membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang. Selangor perlukan perubahan, kita tidak boleh berharap kepada pemimpinan yang lemah dan perlu meletakkan titik noktah kepada pentadbiran pakatan pembangkang yang hanya ‘tahu cakap tapi tak tahu buat.’

DATO’ SOHAIMI SHAHADAN
PENGERUSI GPRS

Sumber

Read more...

Eksklusif - Simpanan Terbesar Pakatan Rakyat Selangor Didedahkan..Khalid Sila Jawab?!!!!



Ada sebuah keluarga dinegeri selangor ni..Bapaknya bernama Khalid(Gagap Sikit), maknya bernama Faikah(Bekas Andartu)

Mereka ada 10 orang anak..Perempuan 4..laki 6 orang..
Anak sulung Perempuan bernama Kok(tak kahwin lagi walaupun dah tua)
anak no 2 pulak namanya Akob(suka bercucuk tanam dan kerja petani-malam bawa lori pasir)
anak no 3 namanya Jaya(hampir dibuang kerja sebab suka tidur waktu opis)
anak no 4 Romy-(kaki mabuk-kuat lepak rumah urut)
anak no 5-Limah(pandai belajar,tapi kdg2 bodoh)
anak no 6-Rozi(Pemalas,duduk rumah)
anak no 7-Eli(Dikenali sebagai Public Toilet a.k.a Bohsia -agak sosial)
anak no 8-Is-(Kuat Makan dan Gemuk Giler)
anak no 9-Ayong(Kerja kat kilang frozen food)
anak n0 10-Hary-(Suka bersukan sampai jadi giler)

Masalah utama Keluarga ni simple, Bapak dia si Khalid yang gagap ni Kerja boleh tahan lah..Gaji dalam 8 Ribu Sebulan..yang jadi bermasalah keluarga ni puncanya bapaknya..
Kenapa kesemua anak-anak khalid diatas bermasalah?
aku diberitahu,walaupun khalid ni nampak mcm baik,tapi orangnya kedekut..
Gaji 8 ribu sebulan, setahun ada RM96 Ribu..4 Tahun dah ada RM384,000
Dalam masa 4 Tahun ni walaupun Gaji Si Khalid ni cecah RM400K,tetapi dia punya kedekut masyaallah..
Nak Duduk Banglo tapi Bil Air xnak bayar,bil letrik xnak bayar,sewa rumah pun xnak bayar,xnak belanja dapur dan macam-macam2 lah

Semuanya anak2 dia yang kena buat walaupun anak2 dia ada yg baru start keje
So bila tekanan diberikan kepada anak2,sebab tu anak2 dia ramai yang rosak dan bermasalah sebab terpaksa berhadapan benda yang sepatutnya dibuat oleh bapanya...

mcm anak no 9,PMR tak lepas lagi dah kena kerja kilang tuk bayar bil letrik
anak no 7 lak,terpaksa melacur tuk bayar sewa rumah
mcm anak no 2 lak,hasil tani setiap bulan terpaksa buat bayar bil air dan belanja dapur
anak no 4 lak,kutip tin dan jual surat khabar,pastu beli tody..
No 8 dan no 6 keje duk umah..
yang no 5 lak ajar kelas tusiyen tapi percuma..xda hasil..
no 10 lak baru kutip tepi jalan kat sijangkang...kira anak pungut..kejenya main futsal kat halaman rumah..
no 3 dan no 1 ni lak keje tak menentu..mcm no 3 tu tunggu masa kena buang kerja sebab selalu tidur kat opis..yang sulung asyik tukar jantan..kejap kat KL kejap kat Puchong..

So Si Khalid ni bila balik keje bukan nak amik tahu hal rumah..setiap hujung tahun di print buku akaun bagi anak2 dia tgk yg dia dah berjaya kumpul 96 ribu setahun..belum campur 29 Ribu duit dia jual kabinet dapur dan sofa.. so setahun dapatlah dalam RM125 Ribu...

Celaka punya bapak, nak simpan duit punya pasal,sanggup tengok anak2 rosak dan derita..
hehehehehhehe

Sumber

Read more...

Krisis Air Selangor: Mereka Hanya Berjanji, Tapi Gagal Uruskan Keperluan Rakyat

Friday, 4 January 2013




Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini menuntut kerajaan negeri untuk tidak lagi bermain wayang atau memperbaharui janji-janji palsu mereka khususnya dalam pemberian air percuma kepada rakyat negeri Selangor.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kegagalan Selangor mengotakan janji dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum 2008 sebagai ‘senjata makan tuan’ dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

“Jika kita perhalusi satu-persatu janji-janji mereka manifesto pembangkang (sebelum PRU12) di Selangor, mereka gagal kotakan janji. Malah mereka juga kini mengatakan bahawa manifesto bukannya janji.

Contohnya dalam isu air yang melanda Selangor dan Lembah Klang hari ini, GPRS menyifatkan kerajaan negeri bersikap tidak acuh dalam menyelesaikan kemelut tersebut.

Kerajaan negeri seolah-olah tidak serius. Kerajaan persekutuan sudah mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau kemelut air," ujarnya ketika ditemui bagi mengulas kemelut terkini isu air di Selangor dan Lembah Klang.

Tambahnya, pembangkang hanya pandai menabur janji namun gagal melaksanakannya dengan baik.

"Daripada banyak-banyak ini (janji)... apa pun yang dibuat hanya ala kadar.

"Kalau janji nak bagi air percuma, dipilih-pilih. Kalau nak bagi pelajar universiti RM1,000 seorang seperti yang dijanjikan dalam manifesto lalu, akhirnya dia (kerajaan negeri) mengatakan keluarga pelajar yang berpendapatan RM1,500 ke bawah sahaja (yang menerima). Bagaimana pula janji dengan anak-anak di Taska dan bantuan elaun kepada golongan ibu tunggal," tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang.

Dalam masa yang sama, Sohaimi melihat kedegilan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu air ini tidak mustahil akan membawa kepada kesengsaraan berulang kepada penduduk terlibat khususnya di negeri Selangor ini.

”Saya cabar kerajaan negeri untuk membentangkan cadangan utama (master plan) dalam menangani masalah air ini daripada terus berdolak dalih mengeluarkan kenyataan politik  dengan menuding jari menyalahkan pihak lain.

Kita sebagai rakyat negeri Selangor perlu menilai kepimpinan kerajaan negeri yang ternyata gagal memberikan khidmat terbaik lebih-lebih lagi dalam memastikan keperluan asas rakyat mencukupi dan tidak membebankan rakyat,” ujarnya lagi.

Sumber

Read more...

Aduhhh...Aduhhhh...Duhhhh...Duhhhh..Pakatan Haram Selangor




Kerajaan Negeri Selangor seharusnya mempunyai pelan jangka pendek jika tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat berhubung jalan penyelesaian mengenai krisis air yang berlaku di negeri itu.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri itu boleh disifatkan sebagai gagal dalam pengurusan keperluan asas penduduk berikutan krisis air yang melanda hampir 100, 000 penduduk di Lembah Klang.

“Kami kesal apabila Kerajaan Negeri seolah-olah menidakkan kebenaran walaupun pakar-pakar, syarikat konsesi air dan pihak terlibat telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini perlu ditangani degan segera dan cadangan Projek LRA Langat 2 dapat mengatasinya.

“Waktu sudah suntuk untuk pentingkan diri kerana beberapa loji di negeri ini berada pada tahap maksimum penggunaan dan bila-bila masa sahaja akan menimbulkan krisis air seperti yang sedang  berlaku di beberapa kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keadaan kira-kira 100,000 penduduk di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang yang berkemungkinan terpaksa berhadapan masalah air untuk seminggu lagi berikutan kerosakan sistem rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.



Menurut Sohaimi, beliau tidak menolak kemungkinan jika penduduk mengalami kesengsaraan jika kerajaan negeri masih terus berdegil untuk menyelesaikan isu air.

“Kita sudah masak dengan taktik yang digunakan Kerajaan Negeri yang selalu mencari alasan ketika Kerajaan Pusat tampil dengan cadangan. Mahu guna air lombonglah, mahu guna teknologi membranlah dan macam-macam lagi.

“Tetapi hakikatnya krisis masih berlarutan dan mereka mula menyalahkan Kerajaan Pusat, syarikat konsesi air, peralatan, loji dan sebagainya sedangkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk mitigasi air di Selangor mereka tidak gunakannya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Kerajaan Negeri supaya membentangkan cadangan utama (Master Plan) mengatasi masalah air daripada terus berdolak dalik mengeluarkan kenyataan politik dengan menuding jari menyalahkan pihak lain.

"Rakyat negeri ini perlu membuka mata dalam menilai kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang yang ternyata gagal memberi khidmat terbaik lebih-lebih lagi dalam memastikan keperluan asas rakyat mencukupi," katanya.

Sumber

Read more...

Khalid Terpaksa Merobohkan Kuil Dan Tokong, Demi Untuk Mengubati Penyakit Gagapnya?!!!!



Penganut Hindu dan Buddha menggesa pihak bertanggungjawab memindahkan kuil dan tokong yang bakal dirobohkan ke satu lokasi sesuai bagi memudahkan mereka melakukan upacara keagamaan.

Pengerusi Penganut Hindu Kuil Sri Aptoran Kaliamman Pendamar, Ho Kevin Raj, berkata pihak berkaitan ada mencadangkan agar Kuil Sri Aptoram Kaliamman dan Tokong Hai Teng Kong dipindahkan ke kawasan perindustrian Telok Gong.

Bagaimanapun menurutnya, penganut menolak cadangan itu memandangkan lokasinya tidak sesuai apatah lagi ia adalah kawasan perindustrian yang sibuk.

"Kawasan itu juga agak jauh. Lebih lebih lagi sekitar 60 peratus penganut Hindu dan 40 peratus Buddha tinggal di kawasan ini",katanya.

Isu pemindahan itu berlarutan agak lama malah sebelum ini pernah mengadakan bantahan hampir sama.'


"Malah ramai penganut ini tinggal di Flat Pendamar Indah 2 yang terletak berhadapan dengan dua rumah ibadat berkenaan", ujarnya.

Pihaknya ada menerima surat berkenaan iaitu notis mahkamah bertarikh 31 Disember lalu yang meminta tanah kawasan itu dikosongkan selain dua rumah ibadat itu dirobohkan.

Dua tahun lalu, pihak berkenaan juga mencadangkan ia dipindahkan ke tanah kosong bersebelahan, kira - kira 20 meter dari lokasi asal. Bagaimanapun sehingga sekarang tiada kata putus dari pihak yang bertanggungjawab.

Menurut Ho, seorang Exco pernah menemui beliau dalam beliau untuk menyelesaikan isu ini namun hingga kini beliau masih belum memberikan kata putus.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Klang, Norhisam Ali berkata, perobohan dua rumah ibadat itu mempunyai kaitan dengan pemilikan tanah yang mana dipercayai ia dibeli pemaju untuk tujuan pembangunan.

Tegas Ho lagi, beliau berharap kerajaan Negeri dan pihak berkenaan dapat membantu menyelesaikan isu ini. Carilah tapak yang sesuai demi kebaikan penganutnya.


KHALID JANGAN DUDUK MEMBISU, SELESAIKAN SEGERA MASALAH RAKYAT

HANCUR PR SEBELUM PRU 13

Read more...

Asrama Kampus Bestari Jaya (Unisel) Ditutup Kerana Mendapan Tanah

Thursday, 3 January 2013




Jabatan Kerja Raya(JKR) Selangor mengesahkan asrama Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya ditutup buat sementara waktu disebabkan mendapan tanah membabitkan lebih kurang 40 blok asrama di situ.

Ketua Penolong Pengarah Bangunan JKR Selangor, Muhamad Adam Berkata, arahan penutupan asrama tersebut dibuat berdasarkan dua kali pemeriksaan ke atas bangunan asrama tersebut atas permintaan daripada Unisel.

"Bukan tidak selamat, cuma berlaku mendapan tanah menyebabkan utiliti seperti sistem kumbahan, kabel juga berlaku ketegangan. Keadaan ini perlu diambil tindakan segera kerana kalau sistem kumbahan tidak berfungsi dengan baik, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan."Katanya kepada pemberita.

"Pemeriksaan berdasarkan permintaan Unisel, pegawai JKR membuat lawatan ke kawasan tersebut dan setelah menelitinya, kita dapati struktur bangunan masih elok dan selamat".

JKR dan Jabatan Audit Negara mengarahkan asrama Unisel Kampus Bestari Jaya ditutup buat sementara waktu untuk kerja - kerja baik pulih.

Beliau berkata, JKR memaklumkan kepada Unisel status tersebut untuk tindakan mereka seperti baik pulih dan penyelenggaraan namun JKR tidak diarahkan melaksanakannya.Namun jika disuruh berbuat demikian, pihak JKR akan berbincang dengan Pengarah JKR Selangor Datuk Ir. Abdullah bin Abdul Rahman kerana kos untuk membaik pulih asrama tersebut memerlukan jumlah yang agak besar dan pemeriksaan terperinci perlu dilakukan.

Naib Canselor Unisel, Prof Anuar Ahmad berkata, semua pelajar terlibat yang akan mendaftar awal bulan ini akan ditempatkan sementara waktu di lima kawasan berhampiran kampus.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP