Powered by Blogger.

Showing posts with label suara lensa. Show all posts
Showing posts with label suara lensa. Show all posts

Isu Selangor : SAH!!! Khalid Mengaku Selangor Akan Jadi Negara MISKIN?!!!

Friday, 7 December 2012



Apa lagi mahu???
Rakyat Selangor sudah pasti banyak beristigfar dengan kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Hutang Talam Corporation Holdings dengan anak-anak syarikat kerajaan negeri berjumlah RM392 juta masih belum diselesaikan.

Pengumuman KHSB baru-baru ini di Bursa Malaysia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam langkah kerajaan negeri itu mengutip balik hutang Talam.

Belum lagi kita bercakap soal janji-janji manifesto Pakatan Rakyat yang masih belum ditunaikan di negeri Selangor...

Kerajaan Pakatan Rakyat DAP PKR dan PAS adalah kerajaan PENIPU!!!
Dan paling penting, kerajaan Khalid Ibrahim PKR ini sudah pasti akan memalitkan masalah di negeri itu kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Dari isu PKNS yang ditekan, kepada krisis air di Selangor....

Sumber

Read more...

Kesian Do Aku Tengok Orang Kena Tindas !!!Sudahlah Nak Dekat Raya Ni!!!

Saturday, 11 August 2012

Sampai bila orang nak kena tindas?
Kejam sungguh kerajaan Khalid Ibrahim ni.
Kerajaan Pakatan Rakyat kerajaan yang ZALIM !!!


Video : Klpos.com

Read more...

Dalam Masjid pun depa boleh pecah-belahkan...

Thursday, 9 August 2012


Pakatan Pembangkang dalam negara dilihat terlalu ghairah dalam kuasa memerintah.
Memang benar, setiap apa yang akan dilaksana, bahkan yang telah terlaksana juga pasti dibangkang oleh mereka.

Mungkin untuk selaras dengan gelaran, 'pembangkang' maka setiap perkara hendak dibangkang.

Tema hari kemerdekaan, yang dikatakan sebagai mendominasikan kepada sesebuah parti, dikatakan tidak patriotik.

Hakikatnya, Pakatan Rakayat terlalu malu dan takut pada perkataan 'JANJI'

Ini adalah semua sudah sedia maklum, dari dahulu lagi Pakatan Rakayat DAP PAS dan PKR tidak mampu untuk menepati janji mereka.

Jadi dengan itu, mereka tukar tema hari kemerdekaan kepada, Sebangsa, Senegara dan Sejiwa.

Usah khuatir, sedangkan dalam masjid pun pembangkang mampu memecah belahkan rakyat...


Sumber : Suara Lensa

Read more...

Damn Shit !!! Murtad di Bulan Ramadhan Apa Tindakan PAS!!!

Wednesday, 8 August 2012


PAS digelar Parti Islam SeMalaysia, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan agama Islam yakni agama Allah S.W.T.



Sebelum ini PAS membuat keputusan drastik dengan bersekongkol bersama PKR dan DAP.
Sejak 4 tahun bersama Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Selangor, gejala Islam dan Melayu murtad semakin menjadi-jadi di negeri itu.
Ketika era pemerintahan Barisan Nasional, tidak kedengaran pula masalah seperti ini!


Hal ini adalah sebuah episod drama realiti atau kisah benar dengan menyaksikan kepimpinan tertinggi PAS kelihatan lepas tangan dan tidak memandang serius akan hal ini walhal sebagai ahli dalam Pakatan Rakyat, PAS seharusnya bersuara bagi pihak umat Islam, sesuai dengan nama parti yang diperjuangkan.


Tetapi, apa yang diharapkan rakyat muslim terutamanya, hampa belaka.
Sehinggakan membawa perpecahan dikalangan kepimpinan parti sendiri.

Hasan Ali, individu yang masih memperjuangkan agama Allah dengan mengenepikan kuasa politik dan kuasa.

Soalan mudah : KENAPA HASAN ALI DIPECAT ?

Bekas Exco Selangor dan Hal Ehwal Agama Negeri itu kini berjuang seorang diri semata-mata mahu menjaga akidah umat Muhammad S.A.W.

Walaubagimanapun perjuangan Hasan Ali disambut oleh pertubuhan JATI, PERKASA dan NGO-NGO Islam lain.

Petikan media :
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah umat Islam di negeri itu perlu berhari-hati, dan jangan cepat terpengaruh dengan ajakan atau seruan pihak tertentu yang pada mulanya kelihatan begitu baik dan ikhlas untuk membantu, tetapi hakikatnya ada agenda tersembunyi.

"Mereka ini akan sentiasa cuba mempengaruhi umat Islam dari setiap sudut agar terpesong dan taksub serta mempercayai ajaran atau ideologi yang mereka bawa yang akhirnya boleh menyesatkan umat Islam," titah baginda.


Persoalan yang bermain dibenak setiap rakyat Selangor adalah, kenapa gejala murtad semakin berleluasa hari ini?


Kenapa kepimpinan PAS berdiam diri dan memandang remeh hal ini?

Rakyat tidak mahu PAS hanya pandai mengadakan sidang media dan mengatakan mereka akan selesaikan masalah tersebut. Kata-kata air liur bukan lah yang diminta tetapi apa yag diharapkan adalah TINDAKAN!

Kepimpinan PAS perlu sedar, perjuangan yang diterajui oleh pro-Anwar itu tidak membawa sebarang kebaikan. Ia tidak ubah seperti kewujudan parti Keadilan Rakyat PKR part 2.

Hanya dua (2) parti Melayu sahaja yang ada di negara ini, UMNO dan PAS.
Jika PAS masih belum mampu mengikis sifat ego dalam diri, nescaya hanya sebuah parti yang digelar 'tua' UMNO sahaja yang akan bertungkus lumus dalam membela umat Islam di Malaysia.

Sumber : Suara Lensa

Read more...

Semoga Ramadhan dan Syawal 1433H dapat ditempuhi dengan tabah oleh Rakyat Selangor

Friday, 3 August 2012


Sekarang ini adalah hari mulia di bulan Ramadan.
Rakyat Selangor yang beragama Islam bukan sahaja menahan lapar dan dahaga. Serta menahan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Malah, mereka juga terpaksa menahan rasa marah terhadap kerajaan negeri.

Bagi yang bukan Islam pula, perkara sebegini adalah seperti kembali ke belakang.
Bagi mereka kehidupan yang diingini adalah hidup yang semakin hari semakin baik.
Bukan sepertimana yang berlaku hari ini.

Mereka terpaksa menanggung akibat kerana kerajaan negeri di bawah pentadbiran PKR dan PR yang terlalu mementingkan kuasa politik mereka sehingga sanggup mengenepikan hak rakyat.
Bagi pencacai PR yang sentiasa memandang negatif dari pelbagai aspek, tidak mustahil video di bawah yang menayangkan rasa kecewa rakyat terhadap kerajaan negeri, akan dikatakan orang UMNO/ Barisan Nasional.

Bahkan lebih teruk, pencacai PR sudah pasti akan mengatakan bahawa orang-orang tersebut dibayar oleh UMNO/Barisan Nasional.

Persoalannya, kenapa kerajaan PR masih lagi mahu berdolak dalih tentang sesuatu keadaan realiti?
Kerajaan PR pusing ikut mana sekalipun, krisis air sedang berlaku di negeri Selangor!



TQ : KLPOS

Read more...

KANTOI lagi dan lagi. Boleh bertanding ke PR ini?

Sunday, 1 July 2012


Terbaru, pada 25 Jun lalu, tidak sampai seminggu selepas pendedahan tentang perangai hodoh Faekah Husin, SETPOL Menteri Besar didedahkan oleh portal ini, seorang lagi pemimpin kecil PKR di Selangor telah dikesan melakukan penyelewengan yang boleh memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.Penyelaras PKR DUN Sementa, Hj. Mohd Bakhir bin Abdul Wahab telah menerima sepucuk surat dari Pejabat Menteri Besar Selangor. Surat tersebut antara lain menyatakan, khidmat Hj. Mohd Bakhir selaku Penyelaras PKR DUN Sementa ditamatkan serta-merta kerana terdapat kelemahan memantau program JOM SHOPPING.JOM SHOPPING merupakan program pemberian kupon RM100 kepada warga emas di Selangor dalam usaha PKR dan Pakatan Rakyat mengambil hati pengundi-pengundi tua. Walaupun terdapat terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam program berkenaan, terutama sekali pembabitan tempat membeli belah tertentu selain pendaftaran dengan Pusat-Pusat Khidmat Pakatan Rakyat di setiap DUN yang menimbulkan banyak rungutan berikutan penggelapan kupon-kupon terbabit.Itu yang berlaku kepada Hj. Mohd Bakhir.

Hj. Mohd Bakhir yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Kapar telah melakukan penyelewengan kupon JOM SHOPPING berjumlah RM8200. Biarpun jumlahnya agak ‘kecil’ tetapi jumlah warga emas yang teraniaya adalah 82 orang.Disebabkan bimbang sekiranya penyelewengan JOM SHOPPING di seluruh Selangor terbongkar dan terhidu oleh media, kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat Selangor, cuba bertindak pantas menutup keaiban berkenaan.Pada 16 Jun lalu, dua orang Penyelaras DUN PKR juga telah dikenakan tindakan disiplin kerana menyelewengkan kupon-kupon JOM SHOPPING.

Sumber : Suara Lensa

Read more...

NOH OMAR Mengamuk lagi !!!

Friday, 29 June 2012


"Janganlah orang nak pinjam RM50,000 Tekun bagi RM5,000...sekurang-kurangnya bagilah RM20,000," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan usahawan Tekun, di sini Rabu malam.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan bantuan pinjaman berjumlah RM3.4 juta kepada 246 usahawan dari tujuh kawasan parlimen di Selangor, serta bantuan pinjaman RM142,000 kepada 21 anggota Persatuan Ibu Tunggal dari Hulu Selangor.

Noh berkata bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, Tekun Nasional telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM28.5 juta kepada 1,647 peminjam di Selangor.

Noh Minta Tekun Perbaiki Syarat Pinjaman
Klik untuk selanjutnya

Sumber : Suara Lensa

Read more...

Rakyat Selangor Sudah Bosan

Thursday, 21 June 2012



“Surau ini memang tidak pernah dapat peruntukan dari kerajaan negeri. Seingat saya kali terakhir Jemaah surau ini mendapat bantuan adalah pada 2008, itupun daripada kerajaan terdahulu.“Lepas 2008 tak pernah dapat. Kami terpaksa guna duit sendiri untuk sediakan segala kemudahan. Saya pernah hantar surat di pejabat Menteri Besar sebanyak empat kali, tapi masih tidak dapat peruntukan,” tegas Zaini.Menurutnya lagi, antara perkara yang diusahakan mereka sendiri adalah mendapatkan lampu jalan dan menurap jalan masuk ke surau tersebut.Tambah beliau, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pernah berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM5000 pada 2008 bagi membaiki bangsal yang roboh, tetapi sehingga kini wang tersebut tidak diterima yang akhirnya memaksa Jemaah menggunakan wang sendiri untuk membaikinya.Perkara tersebut disokong oleh seorang ahli Jemaah surau itu, Miskiah Ishak, 64.Menurutnya, Jemaah di surau tersebut bertuah kerana terdapat anak-anak kariah yang telah berjaya yang tidak lokek untuk memberikan sumbangan.“Kalau nak harap kerajaan negeri, memang tiada. Dulu kata nak beri RM5000 tapi akhirnya tiada juga. Sudahnya kami kutip-kutip duit antara anak kariah. Ada anak-anak kariah yang sudah berjaya yang sumbangkan RM1000-RM2000.“Nak harap bantuan memang tiada. Dulu waktu Barisan Nasional memerintah, peruntukan tak pernah habis. Tapi sekarang tak pernah dapat sebarang peruntukan,” katanya.

Sumber : Gelombang Wangsa Maju

Read more...

Kuasa Pelik Landa Selangor Menyusahkan Rakyat



Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mula mentadbir negeri Selangor setelah PRU12, Selangor ini yang dari dulu dikenali sebagai salah satu negeri utama yang mempunyai kekayaannya sendiri dan mempunyai kapasiti menjana ekonomi tinggi telah diekploitasi dengan begitu rakus oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.Lebih-lebih lagi dah dekat PRU 13 maka sudah pasti perlu dana yang banyak untuk menanggung perbelanjaan Pakatan Rakyat dan dari mana lagi nak kumpul dana? Dari negeri-negeri yang dibawah taklukkan mereka adakah ianya akan menjadi salah satu penyumbang utama?Tambah lagi pada ketika ini apakah mereka sudah merasai bahawa mereka tidak akan dapat mengekalkan kuasa di Negeri Selangor pada PRU13 nanti maka semakin rakus dan sedikit masa yang tinggal ini sudah pasti akan digunakan semaksima mungkin untuk menyamun dan meragut segala kekayaan Selangor yang tinggal?Jadi apa pula ceritanya tentang Pakej Ransangan Ekonomi Selangor yang bernilai RM50 billion ini?Skandal yang akan dibongkar oleh MyMassa adalah skandal penyelewengan RM50 billion milik Kerajaan negeri Selangor.


Sumber : Suara Lensa

Read more...

PULANGKAN DUIT RAKYAT!!!

Wednesday, 20 June 2012


“Rafizi tidak perlu putar belit kenyataan. Beliau letak jawatan kerana mahu tumpu pilihan raya, bukan kerana ikhlas mahu melepaskan jawatan itu. Jika memang duit rakyat, saya cabar Rafizi pulangkan kembali elaun diterima sepanjang menjawat jawatan berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online mengulas kenyataan Rafizi yang melepaskan jawatan ketua eksekutif kerana tidak selesa menerima gaji daripada tabung rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik.

Sohaimi berkata, Rafizi dilihat gagal dalam meningkatkan ekonomi negeri Selangor sejak menyandang jawatan berkenaan pada tahun 2009.
“Beliau juga sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana kegagalannya itu,” katanya.

Rafizi menyandang jawatan berkenaan sejak 2009.
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber : Suara Lensa

Read more...

Khalid PENGKHIANAT!

Sunday, 17 June 2012


Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana mengkhianati kepercayaan diberikan oleh rakyat.Noh berkata, dosa Abdul Khalid paling besar ialah mempolitikkan institusi pendidikan di negeri ini sehingga menjejaskan perkembangan modal insan yang sebelum ini menjadi agenda utama kerajaan Barisan Nasional (BN).Katanya, rakyat Selangor menerima tempias politik Kerajaan Negeri apabila merancang merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang dibina untuk beri peluang pelajar dari kampung bersekolah di sekolah berprestij di bandar.“Malang bagi pelajar luar bandar di negeri ini kerana asrama yang dibina untuk mereka pada pemerintahan BN akan dirobohkan oleh Kerajaan Negeri PKR yang lebih mengutamakan projekkomersial,” katanya pada kenyataan media, semalam.Noh berkata, Kerajaan Negeri juga menyekat peluang pelajar belajar ke peringkat tertinggi apabila mereka membatalkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendahmenyebabkannya dipindahkan ke Jasin, Melaka.“Ini kerana sikap prejudis Kerajaan Negeri apabila kampus tersebut dibina atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) didakwa kroni Umno. Bukankah tindakan ini bersifat politik?"Justeru saya mendesak Abdul Khalid meminta maaf kepada seluruh rakyat Selangor,” katanya.Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut kesal kerana kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri juga menyebabkan Universiti Selangor (Unisel) mengalami masalah kewangan untuk meneruskan operasi.“Abdul Khalid perlu bersikap telus dengan mendedahkan kedudukan kewangan Unisel kerana saya difahamkam universiti ini mengalami kerugian. Ini satu pengkhianatan paling besardan Abdul Khalid perlu bertanggungjawab,” katanya.Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut mencabar Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap kroni mereka yang terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa keranasehingga kini tiada tindakan diambil terhadap individu yang terlibat penyelewengan.“Kerajaan Selangor mengamalkan kronisme, hingga kini tiada langsung tindakan diambil terhadap mereka termasuklah pihak pengurusan Yayasan Selangor, yang didakwa membelanjakan wang yayasan dengan boros.“Saya cabar Abdul Khalid agar ambil tindakan terhadap kroninya itu termasuk memecat mereka yang bersalah dalam yayasan itu.," katanya.

Sumber : Blog Gelombang Rakyat

Read more...

Pilih Bulu : Kerajaan Selangor amal kuasa veto!

Sunday, 10 June 2012



Kuasa VETO amat terkenal suatu ketika dahulu.
Ia berlaku ketika era ketamadunan manusia baru bermula.
Dahulu, manusia belum mampu berfikir ke depan.
Semakin hari manusia semakin bijak.
Membuat sesuatu keputusan mengikut pandangan masyarakat.
Mendengar pendapat ramai, bukan individu atau sebelah pihak sahaja.
Inilah yang berlaku di era pemerintahan pakatan di Selangor selama 4 tahun kebelakangan ini.

Baru 4tahun, sudah berani merompak hak rakyat!
Kuasa veto bukan cara yang sesuai diamalkan dalam masyarakat di Malaysia yang masih mengamalkan sistem demokrasi!



Petikan dari portal KL POS :

SUBANG JAYA, 10 June 2012 – Unit kediaman yang berpenghuni tetapi masih ditawarkan kepada penyewa baru di PPR Lembah Subang adalah antara perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ). Hal ini diluahkan oleh wakil penduduk, En. Mazlan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Lembah Subang melalui temubual ekslusif yang diadakan baru-baru ini.

Menurut En. Mazlan dua laporan polis telah dibuat oleh penduduk yang terlibat dengan tindakan MBPJ ini berikutan dengan kerugian yang telah dialami mereka. Beberapa salinan laporan polis dan surat-surat tawaran kepada penyewa telah diserahkan kepada wakil KL Pos sebagai bukti dakwaan wakil penduduk.

Pihak MBJP dipersoalkan mengenai tindakan mereka ke atas penyewa-penyewa asal tanpa mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk mengosongkan rumah . Menurut En. Mazlan, apa yang diterima oleh penduduk-penduduk yang terlibat hanyalah notis peringatan mengenai tunggakan pembayaran sewa.

En. Mazlan juga mendakwa masih ramai lagi penduduk yang mempunyai tunggakan sewa yang lebih banyak tetapi tak dikenakan tindakan yang serupa. Seperti yang dinyatakan dalam laporan bahagian 1 temuramah ini, kenaikan sewa sehingga 100% membebankan penduduk menyebabkan ada penduduk yang tak mampu membayar sewa seperti yang dijadualkan dan mengakibatkan tunggakan. Wakil penduduk itu juga mempersoalkan mengapa ada tawaran dua unit kediaman kepada penyewa baru yang mempunyai nama yang sama dan salah satu unit kediaman tersebut masih berpenghuni. En. Mazlan berpendapat MBPJ telah terlepas pandang dalam beberapa perkara berkenaan soal penawaran unit kediaman kepada penyewa baru apabila perkara sebegini berlaku.

Dua isu yang timbul disini ialah bagaimana seorang penyewa baru ditawarkan dua unit kediaman dan pada masa yang sama salah satu unit kediaman masih berpenghuni. Menurut En. Mazlan lagi , masih terdapat banyak unit-unit kediaman yang kosong di PPR Lembah Subang tetapi mengapa MBPJ memilih untuk menawarkan unit kediaman yang masih berpenghuni.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa masih ada penyewa baru ditawarkan unit kediaman disitu sedangkan MBPJ telah membekukan borang kemasukan penyewa.

Read more...

azmin sudah goyang !

Thursday, 7 June 2012





Azmin sudah goyang.
Ya, dia sudah tiada isu.
Sudah bankrap isu.
Hingga cuba lari dari segala dosa dosa nya.

"Kenapa baru sekarang nak siasat, sudah 17 tahun, kenapa tidak dari dulu?" katanya. "Pilihan raya dah dekat. Mungkin bulan hadapan. Ini adalah "pertuduhan politik" terhadap saya," tambah beliau.

Sumber : Suara Lensa

Read more...

SAH!!! Kerajaan PR Gagal Tadbir Selangor !

Monday, 4 June 2012

PR di Selangor terus TINDAS rakyat !


Negeri Selangor terus mengalami derita akibat pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat GAGAL dalam mentadbir negeri itu !

Rakyat Selangor semakin berasa bersalah di atas rasa 'ingin cuba' pada PRU lepas.
Akibat 'ingin cuba' itulah mereka terseksa selama 4 tahun!

Belum lagi ditambah dengan ISU AIR, PADANG PKNS di Kelana Jaya, SEWA Bangunan PKNS di Shah Alam dan macam-macam lagi isu kerakusan pemimpin PR di negeri Selangor!

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2012 - Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George menyifatkan kerajaan negeri pimpinan PKR cuai dalam hal ehwal pentadbiran agensi mereka sendiri.

Beliau berkata demikian setelah terdapat pencanggahan besar dokumen dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2) yang menyaksikan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek John Fernandez mahu satu siasatan dijalankan dengan segera jika Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor serta Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya gagal tampil memberikan jawapan yang munasabah. - KL POS

Read more...

Hanya kerana Khalid, semua ditimpa musibah

Monday, 28 May 2012

Semua akan ditimpa musibah hanya kerana seorang Menteri Besar yang ego lagi bongkak dan pembohong itu siapa lagi kalau bukan Khalid Ibrahim

Khalid Ibrahim yang rakus ini sanggup ketepikan hak rakyat!



Petikan dari blog RBF Online :

Sebab apa mereka tak malu berbohong ? Sebab ianya sudah menjadi amalan mereka. Itu rutin tetap atau makanan harian mereka.

Manusia jenis Khalid Ibrahim adalah manusia yang bodoh sombong.
Cuba anda ingat kembali kes perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor satu masa dulu.
Undang-undang dah terang dan jelas bahawa kuasa perlantikan adalah kuasa persekutuan. Tapi dia tetap berkeras juga mengatakan dia ada kuasa untuk lantik.

Berapa lama perkara itu ding...dong...ding...dong....sampai lumat Datuk Khusrin dikerjakan puak-puak PKR,PAS dan DAP.

Oleh kerana sikap bodoh sombong yang tebal dalam dirinya dia panggil pula sidang Dun khas untuk pinda undang-undang tubuh negeri.

Dia tahu yang kerajaannya tidak ada majoriti 2/3 dalam Dun dan usulnya itu tidak akan berjaya.
Tetapi dia tetap berkeras nak adakan juga. Akhirnya apa jadi ? Semuanya sia-sia,masuk angin keluar asap. Kalau bukan bodoh sombong apa yang kita boleh panggil ? Bodoh piang ?

Begitu juga dalam isu Loji Langat 2 sekarang ini.
Beberapa hari lepas Datuk Noh keluar kenyataan yang mengatakan rizab air terawat sekarang ini berada di paras kritikal.

Kemudian dia tempelak Datuk Noh dengan mengatakan air di Selangor masih banyak lagi dan Lembah Klang tidak akan hadapi krisis air dalam masa setahun dua ini.

Keesokan hari Datuk Noh sekolahkan dia balik. Datuk Noh bercakap pasal air yang dirawat. Khalid pula bercakap pasal air yang masih kotor di empangan.

Sekarang ini masalah di Selangor adalah masalah loji untuk merawat air sebelum dibekalkan kepada pengguna. Yang kerajaan pusat sedang berlawan dengan kerajaan Khalid sekarang adalah tentang pembinaan LOJI di Hulu Langat untuk merawat air. Kerajaan pusat bukan bercakap pasal EMPANGAN.

Bila Datuk Noh cabar dia minum air di empangan yang masih belum dirawat, dia pusing cerita pula suruh Datuk Noh jangan sibuk hal air dan jaga kementerian sendiri.
Dah malu lah tu....
MB apa kalau air terawat dengan air yang belum dirawat pun tak tahu ?

Dia nak perleceh Datuk Noh sebagai Menteri Pertanian kononnya tak tahu apa pasal air dan dia sebagai MB lebih tahu.
Sekarang siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh ?
Dia ingat nak tunjuk cerdik ,rupanya kebodohan yang terserlah.

Kerana sikap keras kepala dan bodoh sombong Khalid,percayalah satu hari nanti kita semua akan menghadapi masalah air di Lembah Klang.

Sumber : Suara Lensa

Read more...

Kerajaan Selangor 'terpakai' 1 Juta Duit Rakyat ?

Friday, 18 May 2012


Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah merayakan Ulangtahun Ke-4 Pakatan Rakyat menjajah Selangor. Perayaan tersebut diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati, Kuala Selangor dan dikatakan kononnya amat berjaya serta dihadiri oleh ramai orang Selangor.

Berjaya atau tidak, sebenarnya ia boleh disangkal. Apatah lagi kebiasaan Pakatan Rakyat ialah, mereka gemar membesar-besarkan perkara yang kecil sehinggakan angka peserta BERSIH 3.0 yang jumlahnya tidak sampai 30,000 orang pun boleh ditukarkan menjadi 250,000 orang.

Namun yang hendak diperkatakan di sini ialah kos penganjuran perayaan itu yang dilaporkan mencecah RM1 juta. Perkara ini disahkan sendiri oleh beberapa orang pegawai dan kakitnagan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan SEtiausaha Sulit Menteri Besar iaitu Norzatun Aini.

Kos penganjuran tersebut adalah bersamaan dengan 1000 hadiah Anak Masuk Universiti yang sehingga kini gagal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat setelah mereka membuat janji pada kempen PRU12 lalu. - sel13.com

Sumber : Suara Lensa

Read more...

Apa beza 1Malaysia dengan Selangorku ?

Friday, 6 April 2012

Kenapa pakatan haramjadah tak mahu guna 1Malaysia?
Kerana dendam semata-mata.
BN buat baik mana sekalipun mereka tetap tidak akan sokong.
Dimata mereka, dihati mereka, BN ini semuanya buruk.
Ini punca nya hanya lah kerana mereka dalam pakatan mempunyai hati yang busuk dan iri hati
DENDAM punya hal...


Sampai sanggup keluarkan ARAHAN supaya tidak mengguna logo 1Malaysia di premis-premis perniagaan di Selangor.
BUSUK sungguh hati mereka dalam pakatan ni...


Jenama 1Malaysia ni bukan lah teruk.
Masakan negara-negara lain juga menganggap ini adalah sesuatu yang bagus.
Rakyat Malaysia sendiri secara puratanya MENYOKONG 1Malaysia.
Apa yang buruk dalam nama 1Malaysia?
Terang lagi nyata, pakatan haramjadah ini sebenarnya semakin goyah dengan sokongan rakyat terhadap pentadbiran Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak yang terbukti telus MENGUTAMAKAN RAKYAT !







Apa pula yang dibanggakan dengan SELANGORdia?



Sumber : Suara Lensa








Read more...

SAMPAH : Selangorku KRONI ku

Thursday, 5 April 2012


Masaalah sampah sudah begitu ketara. Rakyat sudah merungut. Macam-macam helah dikata oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Akhirnya ketara sekali, ini semua alasan untuk samun kontrak sampah dari Alam Flora.

Mula-mula Alam Flora dikenakan tekanan macam-macam oleh kerajaan negeri melalui setia pihak berkuasa PBT. Margin keuntungan untuk pembuangan sisa atau sampah itu sedikit.

Dengan dikecilkan zon kutipan, minta diskaun kadar, dan akhirnya dilambatkan bayaran, akhirnya termuntahlah kontrak sisa itu keluar dari kontraktor dan subkontraktor.

Langsung diagih-agihkan kontrak itu sesama mereka sebagai hadiah diatas kesetiaan sebagai aktivis parti-parti Pakatan Rakyat.

Antara mereka ini, ada yang dapat sebagai kontrak, ada yang jadi broker untuk mengumpulkan sub-kontrak-subkontrak sampah dan ada yang hanya broker atas angin.

Elemen rasuah hingga menjejaskan perkhidmatan sudah ditimbulkan oleh Dr Jacob George. Jika tidak ada bukti, masakan dia sedia membuat laporan polis dan laporan SPRM.
rasuah ini sudah begitu berleluasa hingga ada antara mereka ini menjadi kaya dalam masa sekejap hingga berupaya memiliki kereta sports mewah, katanya. Ada bekas pembantu seorang Menteri Besar pembangkang kini mengendalikan lebih dari 30 sub-kontraktor.

Disebalik pengumuman Ronnie Liu untuk membeli 50 lori compactor pun menarik. Satu lori baru boleh mencecah harga RM250,000. Ini akan menelan belanja hampir RM12.5 juta. Lori ini akan disewa kepada kontraktor dan sub-kontraktor. Sesuatu yang tidak berlaku ketika Alam Flora kendalikan.

Terfikir ke tidak bahawa kalau mereka tidak kacau Alam Flora, tidak perlu untuk membeli lori-lori. Kebanyakkan kontraktor dan sub-kontraktor sudah punya alat-alat dan kenderaan. Ada yang sudah pertingkatkan teknologi untuk perbaiki perkhidmatan dan kurangkan kos.
Akhirnya ini semua membazir dan pelanggan iaitu orang ramai mendpaat perkhidmatan yang masih primatif atau permulaan pembangunan. Tidak jauh untuk dibandingkan. Lihat saja tahap perkhidmatan di Selamngor dengan perkhidmatan Alam Flora di Kuala Lumpur.

Bukankah selama ini kerajaan negeri merungut tidak cukup wang hingga sewa naik, siapa tak bayar sewa tanah tol dihalau, projek pembangunan untuk mengumpul dana, dan lain-lain. Tiba-tiba boleh cukup pulak?
Dengan pembelian lori dan disewa, sedarkah anda bahawa kerajaan negeri menggalakkan kewujudan ‘broker’ dan kontraktor sebeanar tidak terlibat dalam perkhdmatan pembuangan sisa sampah?
Bila ‘broker’ ini boleh atur untuk kontraktor dan sub-kontraktor yang berminat kenderaaan compactor dengan disewa dari kerajaan negeri, sesiapa Ahmad, Ah Chong dan Muthu boleh masuk tender walaupun tiada kenderaan atau kepakaran atau atau modal.

Banyak elemen rasuah dan penindasan dipercayai sudah menusuk hingga menyebabkan perkhidmatan terjejas. Yang buat kerja sebenar tak berapa orang saja tapi yang terlibat ramai.
Ini belum diungkit pengurangan perkhidmatan dan caj yang minta ditambah. Ada sesetengah kawasan rumah pangsa dan kos rendah, mereka tak mahu lagi beri perkhidmatan percuma dan yang kerap seperti semasa bawah Alam Flora.

Kalau dikatakan cara dulu Alam Flora lebih baik, mereka akan tuduh dan kata macam-macam penyelewengan atau ketirisan ada berlaku. Lihatlah sendiri perkhidmatan sekarang dengan perkhidmatan dahulu. Kalau dah lupa, turun saja ke Kuala Lumpur untuk lihat sendiri.
Makan masa bertahun-tahun baru anda akan nikmati perkhidmaatn yang tidak bermasaalah. Takpe … undi lagi pembangkang. Padan kan muka. Pembuangan sampai yang dahulu tidak bermasaalah dah jadi masaalah.
Entah apa lagi akan rosak jika mereka mereka dibenarkan terus memerintah.

Sumber : Suara Lensa

Read more...

Kerajaan Pakatan Rakus semakin SYOK...

Sunday, 25 March 2012

Apa mau jadi dengan kerajaan Pakatan Rakus di Negeri Selangor ini?
Publisiti murahan?
Syok sendiri?
Masuk dalam bakul, sendiri angkat?




Eh eh, banner yang bersepah-sepah ditepi jalan ini jika ianya dari Pakatan Rakus, tidak menjadi masalah.
Tidak menjadi isu.
Halal.
TETAPI
Jika ia datangnya dari kerajaan Barisan Nasional maka jadi lah ia sebagai PEMBAZIRAN...
Jadilah ia isu...
Jadilah ia HARAM....


TERIMA KASIH Khalid !
Kasihan Rakyat...




kitagempur.com

Read more...

Noh Omar Difitnah oleh Kerajaan Selangor

Wednesday, 14 March 2012

Sebelum ini Pakatan Pembangkang begitu asyik dalam membuat rekayasa fitnah terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Mereka dalam misi memburukkan pemimpin Barisan Nasional.
Agenda mereka hanya satu, iaitu mencalit muka pemimpin BN dengan rasuah.
Mereka cuba tonjolkan dalam fitnah mereka itu dengan niat memburuk-burukkan pemimpin BN.


KUALA LUMPUR, 14 Mac — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman RM20 juta masing-masing kepada kerajaan negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadapnya.
Saman tersebut dikeluarkan berhubung artikel akhbar Selangor Kini bertarikh 25 November hingga 2 Disember itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' yang disifatkan beliau sebagai fitnah dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai Adun.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP