Powered by Blogger.

Showing posts with label ocean13. Show all posts
Showing posts with label ocean13. Show all posts

Keluar Parti : Tan Tuan Tat Bidas DAP, PKR, Skandal Talam

Friday, 17 August 2012

alt
foto ihsan : New Straits Times

PETALING JAYA, 17 Ogos - Pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat telah meletakkan semua jawatan dan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta, hari ini, 17 Ogos 2012.
Tuan Tat menyifatkan keputusannnya keluar dari DAP sebagai membidas parti itu yang telah lari dari matlamat perjuangan asal dalam mempertahankan dan menjunjung demokrasi.
Beliau turut membidas dan mendakwa DAP kini telah diterajui oleh pemimpin yang angkuh, tidak kompeten malah tidak mengamalkan sikap profesional.
“Sudah tidak ada masa depan bagi akar umbi yang berkorban terhadap parti sewaktu pilihanraya umum lalu kini disishkan oleh parti," katanya sewaktu sidang media dalam megumumkan perletakan jawatan dan keluarnya beliau dari DAP, semalam.
Tuan Tat, telah berkecimpung dalam politik bersama DAP selama 18 tahun berkata mereka yang memberikan pandangan dan bersuara lantang dalam parti akan dituntut untuk meletakkan jawatan atau berhadapan dengan pemecatan oleh jawatankuasa displin DAP.
Beliau mendakwa lebih ramai ahli DAP Sungai Pelek yang akan meninggalkan parti itu dalam masa yang terdekat kerana kecewa dengan sikap tidak domokratik kepimpinan tertinggi parti itu.
Tuan Tat juga turut membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya berterus terang dalam soal pengambilan hutang Talam Corporation (TALAM).
Beliau mendakwa terlalu banyak persoalan yang tidak mampu dijawab oleh Abdul Khalid dalam tatacara bagaimana kerajaan negeri mengambil alih hutang TALAM yang nyata berlainan dengan penjelasan yang dilakukan oleh para pemimpin DAP.
"Mengapa para pemimpin DAP ini memberikan penjelasan yang nyata berlainan dan berlawanan dalam kes TALAM?," tanya beliau. Beliau turut mendakwa pemimpin DAP ini tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu TALAM namun cuba menjadi wira di mata rakyat.
"Mengapa perlu pemimpin DAP ini mempertahankan kerajaan negeri dan para pemimpin PKR? Mengapa pemimpin PKR sendiri tidak mahu mempertahankan tindakan mereka selama ini dalam soal pengambil alihan jutang TALAM?
"Apakah mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh PKR dan DAP dari pengetahuan rakyat?" tegas beliau.
"Mereka ini cuba sembunyikan perkara sebenar mengenai TALAM dari pengetahuan rakyat dan nyata gagal mempertahankan prinsip Kompetensi, Akauntabiliti dan Transparensi," tegas Tuan Tat.
Tuan Tat menegaskan kerajaan negeri sepatutnya mengumumkan kepada rakyat bagaimana laporan penilaian hartanah dilakukan dan perkara-perkata yang berkaitan dengannya.
"Apakah kerajaan negeri tidak tahu atau sengaja menutup mata dalam soal pengambilan tanah Bestari Jaya, Danau Putra, lima lot kosong di Menara Pandan, 161.90ha di Ulu Yam dan 80.6ha at Ulu Yam Country club sebenarnya terlebih bayar?" tanya beliau.

Sumber : Klpos.com

Read more...

Isu Talam Belum Reda, Kini Kerajaan Selangor Didakwa Rampas Tanah KHSB


“Jika benar berlaku aktiviti perlombongan haram di tanah itu, kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap pihak melombongnya dan kenapa selepas lebih setahun baru tindakan merampas tanah itu dilaksanakan? “Kenapa tanah itu dirampas setelah mahkamah memberikan kuasa kepada SAP Holding Berhad sebagai pemilik sah?” - Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed

Belum pun reda dengan siri dakwaan termasuk isu Talam Corporation, Kerajaan Negeri Selangor kini didakwa oleh Barisan Nasional (BN) dengan kontroversi baru melibatkan isu rampasan tanah milik Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) bernilai RM250 juta di Gombak.

Februari lalu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa mengakui rampasan tersebut dibuat kerana berlaku perlombongan haram. Abdul Khalid turut menegaskan ia merupakan tindakan penguatkuasaan kerana pemilik tanah tidak mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

Semalam, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kenyataan dibuat Menteri Besar itu jelas menimbulkan pelbagai keraguan.

Mohd Zin mendakwa mahkamah telah menetapkan tanah itu dimiliki secara sah oleh anak syarikat KHSB, SAP Holding Berhad tetapi Kerajaan Negeri tetap menjalankan rampasan tersebut tanpa alasan kukuh, malah tidak memaklumkan kepada pemegang saham KHSB.

“Jika benar berlaku aktiviti perlombongan haram di tanah itu, kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap pihak melombongnya dan kenapa selepas lebih setahun baru tindakan merampas tanah itu dilaksanakan? “Kenapa tanah itu dirampas setelah mahkamah memberikan kuasa kepada SAP Holding Berhad sebagai pemilik sah?” kata beliau pada sidang media di Bangunan Umno Shah Alam di Shah Alam semalam.

Mohd Zin mempersoalkan mengapa KHSB seperti tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah milik kumpulan tersebut.

Dakwanya, KHSB hanya membuat rayuan di Pejabat Tanah Daerah (PTD) Gombak pada 15 November lalu sedangkan mereka mengetahui rayuan sepatutnya dibuat di mahkamah tiga bulan dari tarikh berlaku rampasan.

Dalam pada itu, Mohd Zin turut menuntut penjelasan daripada pihak KHSB sama ada berpakat dengan Kerajaan Negeri untuk melepaskan tanah tersebut.

“Adakah ada pihak mendapat untung daripada rampasan tersebut?

Adakah ini konspirasi antara pengerusi KHSB dan Menteri Besar untuk merampas tanah bernilai tinggi bagi kepentingan peribadi mereka?

“Persoalan ditimbulkan ini perlu dijawab oleh Kerajaan Negeri dan KHSB sendiri kerana kami (BN Selangor) percaya mungkin ada berlaku penyelewangan dan rakyat berhak untuk mengetahui kemana hilangnya tanah bernilai RM250 juta itu,” katanya.- http://lawi-ayam.blogspot.com

Read more...

BN Selangor Persoal Tindakan Rampasan Tanah

Thursday, 16 August 2012


Sumber : Klpos.com

Read more...

Kemana Hilangnya Tanah RM250 juta - Mohd. Zin

alt

SHAH ALAM 15 Ogos - Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed menyelar tindakan kerajaan negeri Selangor yang dikatakan tidak telus dalam pengurusan pentadbiran negeri.
Berhubung isu rampasan tanah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) bernilai RM250 juta, Mohd Zin menegaskan berlaku penyelewengan yang dilakukan kerajaan negeri dibawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Kenapa tanah dirampas sedangkan ia pemilikan sah. Jika benar berlaku aktiviti perlombongan haram, kenapa tiada tindakan terhadap penceroboh? Setelah setahun baru nak ambil tindakan." katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bangunan UMNO Shah Alam pagi tadi.
Tambahnya lagi, perkara tersebut membuktikan kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu tanah bernilai jutaan ringgit itu.
Beliau juga mempersoalkan tindakan rampasan tanah berkenaan seolah-olah Pengerusi KHSB bersepakat dengan kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi.
"Ia perlu dijawab oleh kerajaan negeri dan KHSB. Kami percaya ada berlaku penyelewengan. Kemana hilangnya tanah bernilai RM250 juta?," tegas beliau.
Sebelum ini pada Februari 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mengakui bahawa kerajaan negeri telah merampas tanah seluas 234ha bernilai RM250 juta di Gombak yang sepatutnya dimiliki oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) atas alasan berlakunya perlombongan haram.

Sumber : Klpos.com

Read more...

Kerajaan Persekutuan Berbeza Dengan Kerajaan Negeri ??!!


Sumber : klpos.com

Read more...

Dialog Air Selangor Hanya Cukup Syarat - Dato Sohaimi Shahadan


Sumber : Klpos.com

Read more...

Adakah Projek Air Selangor Utara Ke Selatan Mencukupi?

Wednesday, 15 August 2012


Sumber : klpos.com

Read more...

Rakyat Selangor Perlukan Air Yang Telah Dirawat


Read more...

Dialog Air Selangor 2012 Buang Masa - Sohaimi Shahadan

alt

SHAH ALAM, 15 Ogos - 'Buang masa, tidak menjawab soalan dan usaha yang sia-sia'; itu rumusan Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan mengenai Dialog Air Selangor 2012 yang dilangsungkan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.
Sebagai pengerusi sebuah badan NGO yang mahukan suatu rumusan dan penyelesaian disimpulkan pada sesi dialog semalam, Sohaimi berkata beliau kecewa memandangkan ahli panel yang hadir tidak berjaya menjelaskan sejauhmana krisis air yang berlaku serta jalan penyelesaiannya.
Sohaimi turut mengkritik sesi dialog yang dianjurkan sebagai satu dialog yang biasa kerana tidak banyak yang boleh diperjelaskan kepada rakyat bagi membolehkan rakyat faham bagaimana proses, tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan juga agensi-agensi.
“Soalan yang dikemukakan oleh peserta juga tidak dijawab dengan tepat dan pengerusi dialog ini yang juga exco kerajaan Selangor (Dr Xavier Jayakumar) pun tidak mahu menjawab soalan-soalan tersebut sebelum menyerahkannya kepada ahli panel yang lain,” katanya.
Sohaimi turut memberitahu sesi dialog hanya suatu usaha biasa dan langsung tidak memberi impak dalam menyelesaikan krisis tersebut.
“Sebenarnya, penganjur atau kerajaan negeri perlu lebih bersedia untuk menganjurkan dialog air ini.
“Apa yang saya lihat, ia adalah satu program yang sekadar untuk mencukupkan syarat… kira adalah sedikit usaha kerajaan negeri untuk tangani krisis air… asalkan ada daripada tak buat langsung, begitulah perumpamaanya," katanya.
Pengerusi GPRS ini turut membidas pihak penganjur yang menurutnya sesi dialog sekadar mahu memaklumkan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri mengambil sikap bertanggungjawab, walaupun masih banyak perkara yang tidak dijelaskan dengan terperinci.
“Macam rakyat nak tahu tentang Loji Langat 2 dengan tepat. Peserta juga tak tahu apa itu air bersih dan air mentah kerana tak faham. Jadi apabila ditanya panel tak menjawab, bagaimana nak selesaikan masalah,” katanya.
Sohaimi turut menyarankan agar sesi dialog tidak dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga dan kerajaan negeri seharusnya menjemput pihak-pihak lain yang terlibat untuk turut serta dalam majlis dialog tersebut.
“Ini tidak, jika SYABAS dijadikan bahan untuk dikambinghitamkan maka kita panggil SYABAS untuk buat penerangan. Jika kerajaan Persekutuan pun disalahkan, kita jemput juga wakil dari kerajaan Persekutuan.
“Selain itu, perlu juga dipanggil Kementarian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kontraktor atau mereka yang terlibat dengan Loji Langat 2 serta orang-orang penting yang boleh menjelaskan tentang hal ini," tegas beliau.
Pengerusi GPRS ini turut membidas sesi dialog ini yang tidak mampu memberikan pengisian yang terperinci agar kesemua pihak terbabit berpuas hati untuk diberikan hak dan peluang bagi memberikan penerangan mengenai masalah air di Selangor.

Sumber : KLPOS

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP