Powered by Blogger.

Showing posts with label badut rakyat. Show all posts
Showing posts with label badut rakyat. Show all posts

Kaw Kaw Hasan Ali Balun PAS Selangor Berkenaan Sultan

Sunday, 16 December 2012



Masyarakat tidak terperanjat dengan tindakan ahli-ahli politik seperti Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang terang-terang memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia minggu lalu. Baginda Sultan dikatakan membenci Umno dan begitu tidak selesa kalau terdapat mana-mana pihak mengaitkan Baginda dengan mana-mana parti politik termasuk Umno. Dr Rani Osman selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah dengan sengaja atas kepentingan politik memutarbelitkan kenyataan Baginda itu. Beliau seolah-olah menyokong kuat kenyataan bahawa Baginda benci bila pengamal media termasuk media baru cuba menggambarkan bahawa Baginda mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan sentiasa menyebelahi parti itu.Hal ini menjadikan baginda tidak lagi objektif sebagai seorang Sulltan yang sepatutnya berada di atas politik.Manipulasi yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS itu jelas menunjukkan bahawa Parti Islam yang sedang tersepit dengan berbagai isu besar seperti pengguguran hudud dan negara Islam dalam perjuangannya,kes kebebasan beragama Nurul Izzah,isu remeh tetapi mempunyai kaitan langsung dengan kemampuan dan kebolehan PAS melaksanakan peraturan-peraturan Islam seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu,isu papan iklan di Kedah dan respons yang diberikan pimpinan tertinggi parti PAS terhadap berbagai penghinaan yang dibuat oleh pimpinan DAP terhadap Islam.

 Untuk menutup isu-isu ini, sebenarnya pimpinan PAS sedang menunggu-nunggu masa dan ketika untuk memanipulasi sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh musuh-musuh politik mereka. Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah mengambil tindakan lebih jauh dari itu hingga sanggup memanipulasi kenyataan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk tujuan meraih sokongan dan mendapat laba politik. Kenyataan Dr Rani tidak lebih daripada politik murahan yang cuba membuat satu persepsi bahawa Sultan lebih condong kepada PAS. Sedangkan seperti yang diketahui umum Sultan Selangor adalah antara sultan yang begitu teliti dalam mengeluarkan kenyataan mengenai isu agama, bangsa dan adat istiadat Melayu. Biasanya Baginda akan mendapatkan pandangan pakar-pakar yang ahli dalam bidang-bidang tertentu untuk menambah pandangan dan pendapat selain daripada yang lazimnya diberi oleh penjawat awam. Ada baiknya jika Dr Rani melihat sendiri beberapa penulis blog yang mempunyai kepentingan peribadi dan memegang fahaman politik sempit menyebarkan beberapa fitnah dengan bahasa-bahasa yang keji dan lucah terhadap Baginda Sulltan. Sebahagian daripada mereka dikatakan mewakili PAS dan pandangan serta pendapat mereka sehingga ini masih belum ditangani dengan sebaik-baiknya.

Jika beliau dapat menangani masalah ini dirasakan beliau akan lebih berperanan untuk mengharmonikan tampuk pemerintahan Selangor daripada merekayasa perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat dan mengeruhkan hubungan di antara rakyat dan istana. Dr Rani Osman juga dilaporkan dalam saluran media parti itu yang secara rambang menuduh MAIS, JAIS dan SUK menjadi talibarut Umno.Nasihat-nasihat yang diberikan kepada Baginda Sultan dikatakan ‘bias’ kepada Umno. Pandangan curang seperti ini memang sudah diulang-ulang buat sekian kalinya oleh pimpinan tertinggi PAS khasnya di Selangor.Dalam kes DUMC sebagai contoh pimpinan PAS telah membuat tuduhan rambang dengan mengatakan bahawa tindakan JAIS dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi MAIS telah dipengaruhi oleh Umno. Akhirnya terbukti sama sekali tidak ada kebenarannya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa sememangnya terdapat unsur fitnah dalam pertuduhan tersebut. Mereka juga menuduh Duli Yang Maha Mulia Sultan juga terlibat seolah-olah wujud konspirasi yang didalangi oleh Umno. Taktik yang cuba dibawa oleh PAS bahawa segala-galanya berpunca daripada Umno tidak syak lagi merupakan taktik politik murahan dan desparate. Mungkin rakyat dapat membaca bahawa sebenarnya taktik sedemikian bukan lahir daripada batang tubuh PAS tetapi adalah jangkitan kuman daripada seorang manusia yang sanggup mengguna dan menggadaikan apa sahaja semata-mata untuk mencapai matlamat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apapun rakyat sudah dapat membaca lebih awal dan taktik sedemikian sudah tidak laku lagi.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
 Presiden JATI
15 November 2012

Read more...

EKSKLUSIF !!! TITAH KHAS SULTAN SELANGOR SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRAH !!!

Friday, 16 November 2012



Terlebih dahulu sukacita beta mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya orang Melayu di negeri Selangor dan beta berharap kita dapat menyambut tahun baru Islam ini dengan penuh azam dan pemikiran yang bernas untuk membangunkan orang Melayu serta mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kepada kita keamanan,kemakmuran dan kesejahteraan.Di kesempatan ini,beta berkenan untuk menyampaikan nasihat dan peringatan kepada umat Melayu berikutan isu berhubung kebebasan beragama yang telah ditimbulkan baru-baru ini.Sebagai ketua agama Islam dan pelindung kepentingan serta hak-hak orang Melayu di Selangor,beta bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap masa menentukan bahawa agama Islam yang suci dan kepentingan orang Melayu terpelihara dan dijaga dengan sempurna.Sudah sampai masanya umat Islam khususnya orang Melayu di negeri ini,berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka,supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas,liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah seseorang dan seterusnya boleh menjadi syirik terhadap Allah SWT.

Pemimpin-pemimpin Melayu dahulu yang bijaksana telah menetapkan dengan jelas definisi orang Melayu sebagaimana dalam Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan adalah :- Pertama : Mereka hendaklah mengamalkan budaya Melayu,Kedua : Bertutur bahasa Melayu dan Ketiga : Beragama Islam Jika salah satu daripada perkara di atas tidak diamalkan oleh seseorang,maka ia bukanlah lagi ditafsirkan atau dianggap sebagai orang Melayu.Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan.Ini menjelaskan bahawa agama Islam lebih tinggi kedudukannya berbanding agama-agama lain.Perlembagaan juga menetapkan kedudukan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang perlu dilindungi.Sekiranya orang Melayu dengan sewenang-wenangnya menukarkan agama Islam yang maha suci ini (murtad),maka pepatah "Melayu lama “Tidak Melayu hilang di dunia" tidak boleh diguna pakai lagi kerana bangsa Melayu terhakis dan akan lenyap daripada muka bumi ini.Beta tidak rela orang Melayu meninggalkan agama Islam yang maha suci ini,sebaliknya beta mahukan orang Melayu mempertahankan kesucian agama Islam ini dengan kekuatan dan kebijaksanaan seperti yang telah di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW,para sahabat,para mujahid dan pemimpin-pemimpin Islam yang terdahulu.

Kebelakangan ini,beta dapati kesucian Islam telah dinodai apabila hukum hakam agama dan tafsiran al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik bagi meraih sokongan.Kekeliruan timbul apabila orang yang tidak berilmu atau orang tidak layak mentafsir ayat-ayat al-Quran atau perkara berkaitan hukum Allah melakukan tafsiran mengikut fahaman dan kehendak masing-masing yang tidak menepati makna yang sebenarnya.Ayat-ayat al-Quran bukanlah seperti sepotong sajak yang boleh ditafsirkan mengikut selera dan fahaman sendiri.Di sini beta mengingatkan supaya jangan dicampuradukkan agama dengan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecah belahkan masyarakat.Sebaliknya beta menyeru supaya orang-orang Melayu bersatu padu, membantu antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim sesama Islam serta mempertahankan agama Islam yang suci ini.Akhir sekali sebagai orang Islam,yakinlah kemungkaran yang dilakukan oleh manusia akan dibalas oleh Allah SWT dengan balasan malapetaka yang dahsyat seperti yang berlaku di zaman silam.Surah Al-Anfal,ayat 25,Allah berfirman yang maksudnya : “Dan peliharalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus tetapi akan menimpa kamu secara umum dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab siksaNya".Marilah kita sama-sama berdoa semoga Selangor yang kita kasihi ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT serta dijauhkan dari malapetaka.Beta juga berdoa semoga rakyat yang berbilang kaum di negeri ini dapat hidup bersatu padu,aman damai dan negeri Selangor akan terus maju,makmur dan sejahtera.

Sumber

Read more...

Aduiii..Apa Cerita Ostad Sorang Ni???...

Saturday, 27 October 2012



Apa nak jadi dengan Si Ostad sorang ni.Sudah la dia kantoi berkhalwat dengan isteri orang,Sekarang nak bawak budaya Kristian pulak.anda lihat sendiri gambar kat atas.dah tak de cara yang lebih Islamik ke untuk dia bawak sehingga terpaksa ikut apa yang dibuat oleh golongan Nasrani ni ??? Sepatutnya,orang Islam yang jadi contoh dan ikutan kepada orang lain.Bukannya kita pulak dok terhegeh - hegeh ikut cara mereka dan jadikan budaya kita.Tapi apa nak hairan.Dalam PKR ni memang mereka mengamalkan dasar terbuka.Mungkin disebabkan itula Ostad ni pun buat benda yang sama sampaikan isteri orang pun dia sapu jugak !!! meh saya bagi sikit ajaran di atas

Amalan jahiliyah seperti membakar lilin (candle light vigil) bagi tujuan berkabung atas kematian kaum kafir atau sebagai tanda protes terhadap sesuatu merupakan amalan kaum Yahudi,Nasrani dan Majusi.Begitu juga amalan menghembus lilin di atas kek ketika menyambut hari lahir.Dalam Islam,tiada istilah simbolik dan tolak ansur dalam perkara-perkara bida’ah, khurafat, syubhat dan syirik kerananya kita boleh murtad dan berdosa besar.Rasulullah pernah S.A.W bersabda :

“Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

“Halal itu nyata dan haram itu nyata dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat,kebanyakkan manusia tidak mengetahui” (Riwayat Muslim)

Umat Islam wajib berkorban mempertahankan maruah.Malangnya semangat kebangkitan membela Islam kini telah mengakibatkan kita banyak membuat perkara-perkara yang tidak diajar oleh sunnah. Umat Islam lebih suka berdemonstrasi menunjuk perasaan dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan yang menzahirkan tuntutan dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad. Suara-suara mengutuk, mengecam dan jerit pekik hanya menjatuhkan maruah kita di mata penganut agama lain. Amalan ini sememangnya dilaknat Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w;

 “Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat iaitu tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai), orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi) dan seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu” - (Riwayat At-Tabrani) -Badut Rakyat

Read more...

PR DESAK PEMBINAAN PETROKIMIA DI BACHOK DAN BANTAH PETROKIMIA DI PENGERANG !!! NAMPAK SANGAT PR PUTAR BELIT !!!

Tuesday, 9 October 2012

Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh Pembangkang,kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia.Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang,Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam,Selangor.Ironinya,dalam isu petrokimia di Pengerang,para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.Dalam perhimpunan di Shah Alam itu,kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan. 
Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia,mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok,Kelantan.Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003,sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok,Bachok.Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira,terutama dalam soal projek petrokimia RAPID kononnya membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah,timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan ??? 
Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya,ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS,PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar,tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.Logiknya,jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya.- Badut Rakyat

Read more...

JET PERIBADI !!! KANTOI !!! ADAKAH BENAR ANWAR IBRAHIM SEWA DARI RAKAN ATAUPUN SEBALIKNYA ???

Wednesday, 26 September 2012


Belum pun memerintah,Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju,lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana.Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa.Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama.Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana Mungkin akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel.Keluarga pemerintah,menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga.Pendek kata,rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid,mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.saya membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih.Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya.Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah,Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.Jelas bahawa Tian Chua bukanlah seorang yang cerdik kerana tidak mampu menilai kesan gambar tersebut kepada politik PR.Jelas juga bahawa Anwar dan seluruh kepimpinan PR juga tidak cerdik dan terus melatah apabila diasak dengan persoalan mengenai jet peribadi itu.

Kalau mereka cerdik,tentu mereka tidak dipilih sebagai ‘barua’ oleh pihak tertentu.Justeru,Anwar,Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza.Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain,kerana jika 10 orang ditanya,maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima.Kata Anwar,jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’.Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa.Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar,Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar,dengan kos yang dirahsiakan.Kos menyewa jet mewah tentunya mahal.Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois,resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri,maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak.Jika dari poket kerajaan negeri Selangor,maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR Dan begitulah seterusnya.Jika ianya ditaja,iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar,maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya.Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros.

Untuk ini,Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut.saya ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi,Sorosatau tabung ‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS.Begitu juga jika ianya dipinjamkan,bak kata Nurul Izzah.Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati,pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya.Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti,Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat,setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan. 



Kita tidak faham kenapa begitu sukar bagi PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini.Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR perlu ‘malu-malu’ untuk bersikap telus ??? Apakah yang ingin dan perlu disembunyikan mereka sehingga begitu gelabah dan memberi jawapan berbeza ??? Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR ??? Jika pemimpin BN bermewah,bukan main lagi dikutuk mereka,tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui,segalanya menjadi tidak apa pula.Seharusnya,penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysai menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih,telus,adil dan berintegriti

Read more...

HOT NEWS !!! KHALID GAGAP HARUS BERUNDUR !!! RAKYAT DAH MENYAMPAH !!!

Saturday, 18 August 2012


PUTRAJAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menjelang September nanti,sepertimana yang beliau janjikan.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sebagai seorang tokoh korporat,Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat.

"Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan,di pejabatnya di sini.Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan,kerana sama ada pengambilalihan itu Berjaya atau tidak,rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih.Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang.

"Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat," katanya.

Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2,Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya.

"Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan," katanya.

Mengenai penyaluran air dari Pahang,Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut.- Siasah

Read more...

HOT NEWS !!! DATUK IR MOHD ZIN MEMBELASAH KHALID GAGAP KERANA KHALID GAGAP MERAMPAS TANAH RAKYAT ???

Thursday, 16 August 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1.Pada Februari 2012,MB Selangor telah mengakui bahawa kerajaan Negeri telah merampas tanah seluas 234ha bernilai RM250 juta di Gombak yang sepatutnya dimiliki oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) atas alasan berlakunya perlombongan haram.Beliau juga dengan tegas mengakui bahawa ini adalah salah satu tindakan penguatkuasaan kerana pemilik tanah tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

2. Bagaimanapun,kenyataan oleh MB itu mengundang lebih banyak persoalan dan ianya begitu mencurigakan.

3. Pada 4 Ogos 2011, pihak Mahkamah telah menetapkan bahawa tanah itu dimiliki secara sah oleh SAP Holding Berhad (anak syarikat KHSB.Namun begitu,tanpa menghiraukan arahan mahkamah,pada 25 Ogos2011,tanah yang bernilai RM250 juta ini dirampas oleh Kerajaan Negeri tanpa alasan yang kukuh. Majoriti pemegang saham KHSB tidak dimaklumkan mengenai perkara ini.

Persoalannya,

a) Kenapa tanah itu dirampas setelah mahkamah memberikan kuasa kepada SAP Holding sebagai pemilih yang sah?

b) Apakah status sebenar tanah itu? Adakah tanah pembangunan atau tanah pertanian?

c) Jika benar berlakunya aktiviti perlombongan haram di tanah tersebut,kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap pihak yang melombong dan kenapa selepas lebih setahun berlaku baru tindakan merampas tanah dilaksanakan?

d) Adakah pihak kerajaan negeri membuat pengumuman kepada pihak Bursa Malaysia berhubung rampasan tanah tersebut?

e) Apakah status tanah itu sekarang ini? Adakah aktiviti perlombongan di tanah tersebut benar-benar telah terhenti?

4. Pada 15 Nov 2011,Raja Idris yang juga Pengerusi KHSB telah mengarahkan CEO KHSB, Hashim Kamil Harun supaya membuat rayuan di PTD Gombak walaupun beliau maklum bahawa rayuan sepatutnya dibuat di Mahkamah tiga bulan dari tarikh berlakunya rampasan.

5. Kemudiannya pada 24 Nov 2011, Raja Idris mempertahankan arahan beliau supaya tiada rayuan dibuat di mahkamah berdasarkan keputusan Lembaga Pengarah,namun begitu,tiada sebarang arahan yang ditunjukkan berhubung keputusan Lembaga Pengarah tersebut.

6. Pada 18 Jan 2012,selepas tempoh tiga bulan berakhir,CEO KHSB sekali lagi menulis surat kepada PTD Gombak kononnya inginkan penjelasan berhubung rampasan tanah tersebut.

Persoalannya,

a) Kenapakah Pengerusi KHSB tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah mereka yang bernilai RM250 juta itu?

b) Kenapakah Raja Idris tidak membuat rayuan di Mahkamah berhubung rampasan tersebut dan beliau seperti bersetuju dengan tindakan Menteri Besar merampas tanah itu?

c) Adakah Pengerusi KHSB berpakat dengan Kerajaan Negeri untuk melepaskan tanah tersebut? Sehingga kini,pemegang saham minoriti masih belum mendapat penjelasan berhubung kehilangan tanah yang bernilai RM250 juta itu.

d) Adakah ini konspirasi antara Pengerusi KHSB dan MB Selangor untuk merampas tanah bernilai tinggi bagi kepentingan peribadi mereka?

7. Persoalan yang ditimbulkan ini perlu dijawab oleh pihak Kerajaan Negeri dan KHSB sendiri. Kami percaya mungkin ada berlaku penyelewengan dan rakyat Selangor sendiri berhak untuk mengetahui kemana hilangnya tanah yang bernilai RM250 juta itu. Adakah ada pihak yang mendapat untung dari rampasan tersebut? Dan adakah ia juga sebenarnya berkaitan dengan pendedahan pembelian tanah bernilai jutaan ringgit yang hangat diperkatakan sekarang ini?

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

KANTOI !!! KHALID GAGAP GADAI NEGERI SELANGOR KEPADA BANK UNTUK HIDUP MEWAH ???


Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mempunyai pegangan saham 15% dalam SYABAS.Seorang wakil KDEB pula diletakkan dalam senarai Lembaga Pengarah SYABAS.Jadi,apa-apa sahaja di dalam SYABAS akan diketahui oleh Kerajaan Negeri Selangor,memandangkan KDEB adalah mata telinga Kerajaan Negeri Selangor.Apabila Pengarah KDEB,Suhaimi Kamaruzzaman mengeluarkan surat arahan kepada pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari,tindakan ini menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong,memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang membekalkan air terawat kepada kawasan-kawasan sekitar,termasuklah Kajang dan Balakong.

Justeru,apabila Penyelaras Barisan Nasional Selangor, Ir. Zain Mohamed bertanya apa justifikasi yang digunakan oleh KDEB untuk mengeluarkan surat arahan kepada ABASS penyekatan bekalan air terawat itu, Kerajaan Negeri Selangor yang banyak bercakap tentang SYABAS dan rasa tanggungjawab mereka sehingga perlu mengambilalih SYABAS, perlu memberikan penjelasan berhubung perkara ini.Tiga persoalan yang dibangkitkan oleh Ir. Zain Mohamed dalam kes ini wajar dijawab oleh Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor.

1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya ingin mensabotaj rakyat Selangor dengan penyekatan berkenaan?

2. Kenapa pula SYABAS yang dipersalahkan sedangkan masalah di Balakong dan Kajang berpunca daripada ABASS?

3. Siapa yang mengarahkan Suhaimi bertindak mengeluarkan surat arahan kepada ABASS?

Lebih memalukan lagi sekaligus menimbulkan pertanyaan lebih besar ialah,mengapa KDEB menggunakan saham 15% dalam SYABAS untuk dicagarkan kepada bank bagi mendapatkan pinjaman RM250 juta dan ke mana hala wang berkenaan dibelanjakan? Adakah itu sebenarnya punca yang menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor dan Khalid Ibrahim bermati-matian mahu mengambilalih SYABAS bagi menutup lubang kejahatan mereka? Sehingga sekarang,Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat masih belum dapat menjawab tentang 234 projek industri yang terpaksa ditangguhkan ekoran masalah air di Selangor.Malah Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor yang terus-menerus mengatakan air bukanlah masalah di Selangor sebaliknya hanya isu ciptaan UMNO-BN,gagal menjawab isu ini dengan baik dan berkesan.

Rani Osman,Pesuruhjaya PAS Selangor dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan bahawa isu air tidak boleh digunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor. Kesilapan terbesar kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang banyak bercakap dengan lidah DAP! Isu air bukannya isu UMNO sebaliknya ia adalah isu rakyat tanpa mengira sebarang fahaman politik yang mereka anuti. Menyatakan bahawa isu air yang sedang menjadi masalah kepada sebahagian besar rakyat Selangor sebagai isu UMNO dan Barisan Nasional merupakan perkara paling celaka yang diusahakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim sebenarnya yang menjadi celaka yang menyusahkan rakyat dan penduduk Selangor.

Masalah air tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tidak bermain politik dalam hal yang menjadi hak asasi penduduk dan rakyat Selangor.Bagaimanapun,Pakatan Rakyat lebih gemar menjadikan isu ini sebagai isu sensasi yang memperlihatkan bagaimana murahnya hati Kerajaan Negeri Selangor memberikan air percuma,walhal pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor berhutang untuk memberikan air percuma.Kes Kerajaan Negeri Selangor dengan SYABAS masih lagi tergantung di mahkamah.Mungkin bagi para pemimpin Pakatan Rakyat, mereka boleh mendabik dada dan berbangga kononnya,Kerajaan Pakatan Rakyat sanggup bermati-matian dalam usaha memberikan air percuma kepada rakyat.Tetapi persoalan yang tidak pernah dijawab oleh Pakatan Rakyat ialah, bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat menjelaskan hutang-hutang berkenaan? Adakah dengan mengambilalih bank dan berarak di jalan raya dalam usaha mendesak bank yang Kerajaan Negeri Selangor berhutang, diserahkan kepada Selangor,sepertimana yang dilakukan terhadap SYABAS? Atau sebenarnya Selangor akhirnya menjadi sebahagian daripada ‘anak syarikat’ bank terbabit setelah gagal membayar hutang-hutang? Atau yang paling teruk, seperti diamalkan sekarang iaitu menaikkan cukai pintu dan tanah dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor mengumpulkan semua dana bagi membayar segala hutang-hutangnya? Tidakkah semua tindakan tersebut akhirnya menjerumuskan rakyat dan penduduk Selangor kepada sesuatu yang lebih buruk berbanding sedikit kebaikan iaitu air percuma?

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

KANTOI !!! BUKTI ANWAR GAGAL MENJADI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR !!! UNISEL TANGGUNG HUTANG RM 15 JUTA !!!

Tuesday, 7 August 2012


Ketika Penasihat Ekonomi Selangor,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen mahu memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma,Universiti Selangor (Unisel) sebuah universiti di bawah kerajaan kerajaan negeri terpaksa bergelut dengan bebanan hutang.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan bernama mengakui mengakui permasalahan itu di mana Unisel tidak mampu membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama untuk penginapan para pelajar yang diuruskan oleh syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).Beliau berkata walaupun pelajar membayar yuran pengajian,namun masih tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang itu kerana perjanjian menetapkan Unisel perlu membayar sewa penuh kepada JNSB walaupun ketika cuti dan penuntut tidak menetap di asrama.

Abdul Khalid berkata pendapatan universiti itu tidak cukup untuk membiayai kos pembinaan asrama yang berjumlah RM200 juta dan kampus yang berjumlah RM600 juta.Bagaimanapun beliau berkata pendapatan Unisel masih mencukupi untuk membiayai gaji tenaga pengajar serta sistem pentadbiran asrama.Mstar melaporkan kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih hutang Unisel dan menyelesaikan hutang itu dalam tempoh terdekat.

“Unisel tidak mampu untuk membayar syarikat yang menguruskan asrama kerana peruntukan yang diterima pengambilan pelajar sahaja tidak mencukupi.Kerajaan negeri akan mengambil alih menyelesaikan masalah dalam tempoh terdekat,” katanya

Dilaporkan bahawa beribu-ribu pelajar tidak dibenarkan masuk ke asrama di universiti itu bermula Ahad lalu selepas Unisel gagal menjelaskan bayaran pengurusan kepada syarikat yang menguruskan asrama berkenaan.Semalam,Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar seperti dilaporkan bernama mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya,Kuala Selangor.

“Saya difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama,yang jadi mangsa ialah pelajar.Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel pun tidak reti, macam mana nak urus negeri. Menteri Besar Selangor dan Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang kontraktor dan jangan susahkan pelajar,” katanya.

Noh,yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung isu kegagalan pelajar Unisel mendapatkan tempat tinggal di kampus induk bagi sesi pengajian yang bermula 7 Ogos ini berikutan penutupan pejabat operasi JNSB.Masalah itu berlaku kerana Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB bagi tempoh lapan bulan.Dalam pada itu,Noh mengulangi cabarannya kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mendedahkan laporan kewangan Unisel yang gagal dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.

“Sebelum ini,Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Sulaiman Abd Razak sudah bangkitkan dalam DUN bahawa dia ada bukti yang akaun Unisel sudahpun diaudit, tetapi Menteri Besar tidak boleh jawab, dan beliau tetapkan bulan ini (untuk beri penjelasan). Jadi, saya akan tunggu sampai hujung bulan ini, kalau dia gagal bentangkan pendapatan dan hasil Unisel, saya akan tolong bentangkan bagi pihak kerajaan negeri, saya dah ada laporan ini,” katanya.

Sementara itu,Ketua Bahagian Residen Komuniti JNSB Noor Ashikeen Mohd Stap ketika dihubungi menjelaskan tindakan menutup pejabat pengurusan asrama ketika sesi pendaftaran bermula adalah disebabkan pekerja syarikat itu tidak menerima gaji dalam tempoh yang lama sehingga menjejaskan urusan seharian.Beliau berkata JNSB tidak berniat menimbulkan masalah dan meminta semua pihak memahami beban yang ditanggung syarikat itu berikutan tiada bayaran untuk melangsaikan gaji pekerja, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri.

“Memang ramai yang seolah-olah menyalahkan JNSB, tetapi hakikatnya, pihak pengurusan Unisel gagal melangsaikan tunggakan bayaran yuran penyelenggaraan bagi tempoh 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB untuk tempoh lapan bulan.Memang penuntut sudah membayar yuran asrama kepada Unisel, tetapi bayaran itu tidak sampai ke tangan JNSB, menyebabkan insiden ini berlaku,” katanya.

Noor Ashikeen berkata apabila masalah itu dibawa kepada pihak atasan JNSB,mereka tidak dapat memberi jaminan berhubung pembayaran gaji yang boleh dibuat dan beliau difahamkan sehingga kini, masih tiada perbincangan antara Unisel dan JNSB bagi mengatasi masalah tersebut.

“Pihak pengurusan Unisel mengambil sikap mendiamkan diri menyebabkan kami kian tertekan, dan keadaan itu menuntut kami untuk bercuti. Memang diakui sebelum ini, masalah yang sama turut berlaku sehingga pekerja gagal menerima gaji untuk tempoh dua bulan, namun akhirnya dibayar secara berperingkat.Namun kini, kesabaran kami sudah sampai ke kemuncaknya, dan apabila tiada jalan penyelesaian diambil, kami terpaksa menutup pejabat dan menunggu keputusan yang dibuat pihak atasan JNSB dan Unisel,” katanya

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

ISU RAFIZI DAN NURUL IZZAH !!! STRATEGI PAKATAN HARAM REKA FITNAH KINI MEMAKAN DIRI !!! WAJIB BACA !!!

Saturday, 4 August 2012


Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC),Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pakatan haram telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.Dalam keadaan tangan bergari,kedua-dua Rafizi serta balacinya,Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka kononnya adalah 'demi rakyat'.Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim A.K.A Gagap dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.Sekali lagi pakatan haram mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.Bagaimana pula dengan Johari,siapa pula akan menanggung kos guamannya ???

Setelah dipergunakan,nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pakatan haram.seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.Setelah NFC,Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad mengenai penilaian para pembida proek tersebut.Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan,tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar,Suaram,ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia,Altantuya Shaariibuu.Malah pakatan tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.Di sini juga tujuan pakatan haram bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar,Nurul Izzah yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR,Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.Dengan memberi satu atau dua contoh,beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun,namun pakatan haram terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.Jika pakatan haram sanggup menipu,berbohong,memfitnah,mentohmah,mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah ???

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

KHAS UNTUK PAKATAN SELANGOR !!! KETEPIKAN POLITIK !!! TOLONG FOKUS ISU LANGAT 2 !!!

Sunday, 22 July 2012


sebelum saya teruskan cerita langat 2 ini,saya nak ceritakan sejarah.tapi,eloklah rasanya menteri besar Selangor luluskan projek langat 2.ini kerana bukan untuk menteri besar sahaja,malah untuk semua rakyat selangor dapat minum air yang bersih dan kegunaan seharian.saya ceritakan sedikit tentang sejarah.Suatu ketika dulu sekitar tahun 1991,negeri Melaka pernah mengalami krisis air setelah dilanda kemarau panjang yang mengakibatkan empangan Durian Tunggal hampir kering sekaligus menyebabkan kegagalan loji-loji rawatan air di negeri tersebut menyedut dan menapis air dari empangan tersebut.Pada tahun 1998 pula di Selangor,sebahagian besar empangan dan sungai mengalami penyusutan isipadu air disebabkan fenomena El-Nino.Empangan dan sungai-sungai yang sebelumnya penuh mula menunjukkan penurunan paras airnya disebabkan bahang panas yang melanda.Kesan daripada itu loji-loji rawatan air juga mengalami kesukaran untuk mengepam air mentah untuk dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang seterusnya membawa kepada krisis air yang memeritkan kehidupan ramai.

Mengambil iktibar dari dua kejadian tersebut,Kerajaan Pusat telah melaksanakan pendekatan pro aktif untuk kepentingan jangka masa panjang dengan melancarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor (PPAMPS).Tujuan pembinaan Langat 2 adalah sebagai tambahan kepada loji rawatan sedia ada yang kebanyakannya telah beroperasi melebihi paras optimum disamping menampung aliran air mentah dari Sungai Pahang yang disalurkan melalui terowong air PPAMPS.Dalam konteks sekarang,Selangor sememangnya tidak mengalami masalah dari segi sumber air mentah kerana empangan dan sungai-sungai yang membekalkan air ke loji-loji rawatan masih lagi penuh.Jika mengikut congak ramai pemimpin dari PKR,DAP dan PAS,mereka sependapat tiada apa yang perlu dirisaukan sangat setelah dilihat pada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh dan tidak menunjukkan sebarang penurunan.Atas sebab itu, mereka menyokong langkah keras Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim yang sengaja mahu untuk menghalang dan melambat-lambatkan proses pembinaan loji rawatan air Langat 2 dan terowong air PPAMPS.

Walhal,realiti sebenarnya soal hujan atau tidak,kemarau atau sebaliknya bukannya ketentuan kita.Tak selamanya hujan akan membasahi bumi Selangor dan tidaklah kerap kemarau panjang berlaku secara tiba-tiba.Namun apabila beberapa negeri termasuk Selangor sendiri pernah mengalami krisis air dek kerana perubahan cuaca,bukanlah meragukan lagi terdapatnya keperluan untuk mengadakan satu saluran air mentah dari Sungai Pahang untuk dirawat di loji baru Langat 2 sebagai satu persediaan jangka masa panjang untuk kebaikan semua.Sementelah lagi rata-rata loji rawatan air di seluruh negeri sedang beroperasi melebihi kemampuan asal, mahu tidak mahu proses selenggara loji-loji tersebut terpaksa kerap dilakukan. Ini bermakna tiap kali loji diselenggara,bekalan air bersih yang telah dirawat terpaksa dihentikan sementara.

Walaupun pada 20 Mac lepas Kerajaan Pusat telahpun siap membina sebuah loji baru di Sungai Labu yang mampu merawat air mentah sehingga 45 juta liter sehari seterusnya membekalkan kepada pengguna di sekitar Sepang hingga tanjung Sepat, Bagan Lalang,Sungai Pelek dan Kundang,namun rizab air bersih keseluruhan yang cuma 151.8 juta liter sehari sahaja yang pastinya tidak mencukupi untuk keperluan mendatang.Disinilah pentingnya keperluan loji rawatan air Langat 2 sebagai loji tambahan bagi meningkatkan kapasiti rizab air bersih sekaligus mengurangkan risiko bekalan air terpaksa dicatu.Terowong air PPAMPS pula selain berperanan menyalurkan air mentah dari Pahang ke loji Langat 2,ia juga merupakan satu plan jangka waktu panjang sekiranya dalam keadaan tertentu kemarau panjang atau fenomena El-Nino melanda negara sekali lagi.

Pengalaman lepas yang pernah dialami majoriti rakyat Selangor sepatutnya menjadi pengajaran berguna pada kerajaan negeri untuk mengetepikan seketika perbezaan politik dan kepentingan kepartian, sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi mencegah krisis air yang lebih buruk kelak.Seandainya gagal ditangani segera dan projek Langat 2 serta terowong air PPAMPS terus disekat,bukan sahaja rakyat bawahan yang merana malah turut memberi kesan buruk pada ekonomi negeri apabila krisis air yang melanda.Soal air percuma atau tarif air turun naik bukan lagi persoalan utama sekiranya krisis air 1998 menimpa Selangor sekali lagi. Bagi mereka yang pernah melalui kegawatan krisis air 1998 tentu tahu betapa sukarnya kehidupan bila berhadapan dengan krisis air,saban hari terpaksa menanti lori tangki air untuk ditadah manakala aktiviti ekonomi terbantut dan kilang-kilang pula terpaksa mengurangkan waktu operasinya.Justeru itu,ketepikan seketika politik kepartian, apa sahaja jawatan yang dipegang tatkala ini hakikat nyatanya masing-masing kita memerlukan air bersih untuk meneruskan kehidupan dan menjalani aktiviti seharian.saya minta kepada kerajaan selangor,Segerakan pembinaan Langat 2 dan PPAMPS untuk kebaikan bersama bagi menghadapi waktu-waktu mendatang. Jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana tika itu penyesalan tiada gunanya lagi.

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

HOT NEWS !!! DATUK SOHAIMI SHAHADAN MEMBELASAH KHALID GAGAP BERKENAAN ISU AIR !!! WAJIB BACA !!!

Friday, 20 July 2012



Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan membidas kerajaan negeri Selangor kerana lebih sibuk mahu mencampuri hal pengurusan Syabas,daripada menumpukan usaha untuk menunaikan janji-janji pilihanraya mereka serta menambah baik sistem pentadbiran negeri Selangor yang kini dilihat semakin kucar kacir dan bercelaru.Menurut beliau,tindakan pengambilalihan serta campur tangan kerajaan negeri dalam isu Syabas ini adalah semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada tertumpu kepada kegagalan kerajaan negeri,dalam melaksanakan segala janji-janji dan manifesto mereka pada PRU yang lepas kepada rakyat di negeri ini.

“Kenapa kerajaan negeri Selangor sibuk-sibuk mahu ambil tahu tentang hal-hal pengurusan air,sedangkan mereka bukannya pakar dalam hal tersebut ??? Biarlah pakar yang uruskan hal itu.Masalah kutipan sampah pun masih tak dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri,sekarang ada hati pula nak uruskan hal air yang menjadi perkara penting dalam kehidupan rakyat.Kalau sampah pun tak mampu nak kutip,bagaimana nak uruskan hal air yang sudah tentu perlukan kepakaran yang lebih besar dari hal-hal kutipan sampah.Tindakan kerajaan negeri ini kelak bakal mengundang masalah bagi rakyat Selangor.Silap-silap haribulan,isu air di Selangor akan menjadi lebih kritikal seperti mana yang berlaku Kelantan hari ini,” tegas beliau.

Sepatutnya menurut beliau,kerajaan negeri perlu menumpukan perhatian terhadap isu-isu rakyat yang sehingga kini masih banyak lagi isu-isu permasalahan rakyat yang masih belum selesai.


“Selesaikan dulu permasalahan rakyat dan tak payah sibuk-sibuk mahu ambil alih Syabas dan biarkanlah mereka saja yang menguruskan hal air ini kerana Syabas merupakan syarikat yang pakar dalam hal-hal pengurusan air,” ujar beliau.

Tambahnya lagi,lihat saja isu penyelewengan yang berlaku dalam isu Talam Corporation apabila kerajaan negeri mula campur tangan dengan alasan kononnya untuk membantu syarikat tersebut.

“Kita sebagai rakyat di negeri ini,tidak mahu isu air yang menjadi punca utama kehidupan manusia dipolitikkan oleh kerajaan negeri sehingga memberi kesan terhadap kehidupan dan kesihatan rakyat.Kita di Selangor tidak mahu menjadi seperti rakyat di Kelantan yang menderita dan kesusahan apabila krisis air yang berpanjangan itu masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan seolah-olah tiada kesudahannya.Kami nasihatkan Tan Sri Khalid sebagai ketua kerajaan,agar tidak sibuk-sibuk dengan hal Syabas,sebaliknya tumpukanlah perhatian bagaimana untuk melaksanakan janji-janji mereka yang sehingga kini masih banyak yang tidak dapat ditunaikan lagi,” akhiri beliau.

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

KANTOI !!! KERAJAAN SELANGOR GALAK RAKYAT MINUM AIR EMPANGAN DAN SUNGAI YANG BELUM DI RAWAT ???

Thursday, 19 July 2012


apa ??? nak suruh rakyat selangor minum air yang belum di rawat ??? gila ker apa pimpinan di bawah pakatan haram ni ??? siapa yang cakap macam tu ??? meh saya ceritakan sikit.Apabila EXCO kanan Selangor,Ronnie Liu mengatakan air di tujuh empangan termasuk sungai-sungai utama masih penuh dan mendakwa ia sebagai bukti kukuh yang Selangor tidak mungkin menghadapi masalah bekalan air,ia adalah satu kenyataan dangkal dari seorang pemimpin negeri yang tidak faham hujung pangkal isu sebenar.Kenyataan Ronnie Liu itu hampir sama dengan kenyataan oleh MB Selangor,Khalid Ibrahim A.K.A Gagap hampir dua tahun lepas (04 Ogos & 6 Oktober 2010) yang turut menjadikan alasan bekalan air empangan dan sungai mencukupi sehingga tahun 2019 untuk menampung keperluan rakyat dan industri.Eloklah tu,kedua-dua MB dan EXCO satu kepala berfikiran mendatar dan gagal memahami isu sebenar.Semacam MB Selangor dan EXCO nya menggalakkan pula rakyat Selangor membiasakan diri minum air mentah dari empangan dan sungai yang belum dirawat.Entah bala apa yang sedang menimpa Selangor tika ini hingga terpaksa menanggung bebanan membayar gaji pemimpin-pemimpin negeri yang akal pendek cuma sejengkal, bebalnya pula tak boleh diajar.

kesian Rakyat selangor yang sedang berkecamuk memikirkan masalah bekalan air bersih yang dirawat di loji-loji rawatan air,MB dan EXCO pulak yang pekak badak masih bercerita pasal air mentah dari empangan dan sungai-sungai.Dah jadi macam itik bercakap dengan ayam pula.padahal,air empangan dan sungai masih penuh pun tiada gunanya bila kemampuan loji rawatan air sedia ada yang berjumlah 33 buah itu gagal untuk memproses bekalan air bersih untuk kegunaan lebih 7 juta pengguna di seluruh Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya.saya nak cerita sikit fakta.Semua 33 loji rawatan air sedia ada sekarang hanya dapat menampung sejumlah 4,326 JLH (Juta Liter Harian) air bersih sahaja manakala jumlah pengeluaran air bersih sekitar 4,000 JLH hingga 4,219 JLH sehari, mahu tidak mahu loji baru tetap diperlukan.Jumlah penduduk akan kian meningkat,kilang-kilang dan pejabat akan bertambah dan semuanya ini memerlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian kecualilah kalau Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu boleh membuktikan air empangan dan sungai yang masih mentah boleh diminum begitu sahaja barangkali bolehlah ditangguhkan dulu loji rawatan air Langat 2.

Zaman sekarang mana ada lagi orang basuh pinggan mangkuk,mandi seharian atau basuh kereta guna air sungai,rata-ratanya guna air paip yang telah dirawat di loji-loji rawatan.Masing-masing tahu air yang belum dirawat risikonya boleh memudaratkan kesihatan dan tak sesuai untuk kegunaan harian.Tak tahulah kalau Khalid dan Ronnie sudah terbiasa mandi pagi petang guna air lombong,minum siang malam pula dari sumber air mentah dari empangan,maka mungkin sebab itu wajah kelihatan kusut masai dan akal cuma sejengkal.Sementara itu 33 buah loji rawatan air sekarang masih berkemampuan menampung bebanan keperluan air bersih untuk kegunaan harian,semolek-moleknya kita sediakan payung sebelum hujan dengan bertindak segera menyiapkan satu lagi loji rawatan air Langat 2.Dengan itu,tidaklah nanti bila loji-loji sedia ada terpaksa diselenggara dek kerana kerap beroperasi melebihi kemampuan kapasitinya,maka tidaklah kerap sangat bekalan terputus atau terpaksa dicatu selalu.

Jikapun kerajaan negeri pimpinan pakatan pakatan haram gagal menjangka apa yang bakal berlaku beberapa tahun mendatang dek kerana akal sejengkal,janganlah pula digadaikan keperluan air bersih untuk kegunaan harian para hamba rakyat jelata.Cukuplah sekadar Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu sahaja yang kekal bebal tapi saya rasa Rakyat jelata masih belum bangang untuk minum air mentah dari sungai dan empangan.

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

KISAH BENAR !!! RAKYAT SELANGOR SEKALI LAGI KENA KENCING !!! WAJIB BACA !!!

Wednesday, 4 July 2012


Setelah menipu rakyat Selangor dalam manifesto mereka semasa kempen PRU 2008, kini pemimpin-pemimpin Selangor menipu rakyat lagi.Manifesto mereka tahun 2008 menjanjikan BANTUAN RM 50 SEBULAN SEORANG UNTUK PENDIDIKAN PRA SEKOLAH (TADIKA) sekiranya mereka berjaya memerintah Selangor.

Setelah empat tahun memerintah janji itu tidak ditunaikan. Setelah dibangkitkan secara langsung oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam siri debat baru-baru ini , barulah mereka janji nak laksanakan bermula Julai 2012. Namun diletakkan syarat pula tidak sebagaimana yang dijanjikan dulu yang tidak diletakkan apa-apa syarat.Syaratnya untuk keluarga yang berpendapatan bawah RM 1500.00 sahaja.Ramai rakyat Selangor yang mempersoalkan syarat tersebut dan ramai juga yang menyatakan ingin menuntut tunggakan dari tahun 2008 hingga 2010. Kerajaan Selangor mula gelabah dengan perkara tersebut.


Hari ini skim yang dinamakan TUNAS itu dilancarkan oleh Exco Pendidikan Selangor. Namun ceritanya berbeza pula hari ini.Bantuan wang tunai RM 50 tidak akan diberikan secara terus kepada ibu bapa.Sebaliknya ibu bapa diminta untuk memindahkan anak-anak mereka ke sekolah yang menyertai skim tersebut dan akan dibayar terus kepada sekolah.Sekarang sesi persekolah sudah memasuki penggal ke dua. Lebih kurang 3-4 bulan lagi sesi persekolahan akan tamat. Untuk memindahkan anak-anak ke sekolah yang menyertai skim tersebut sudah tentu akan menyusahkan ibu bapa dan mengganggu prestasi pelajaran pelajar dan kesukaran kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru.

Cara sebegitu dilakukan dengan niat untuk menipu rakyat yang layak menikmati kemudahan tersebut. Supaya rakyat tidak boleh menuntut tunggakan untuk tahun yang lepas-lepas dan juga untuk tunggakan dari Januari hingga Jun 2012.Sedarilah rakyat Selangor sekalian bahawa itu semua adalah tipu helah mereka untuk mengabui mata rakyat. Sumbangannya tidak seberapa tetapi dicanang melebihi had untuk menunjukkan mereka prihatin. Jika benar-benar prihatin sila bayar tunggakan sejak tahun 2008. - Selangor Daily

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

HOT NEWS !!! KHALID GAGAP KENA MAKI DENGAN MAK LAMPIR ???


Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin A.K.A Mak Lampir menggesa agar Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim A.K.A Gagap menilai kembali komitmennya terhadap perjuangan PKR.Gesaan itu dibuat ekoran pendedahan yang dibuat mengatakan Khalid sering tidak hadir dan menghantar wakil dalam mesyuarat biro politik PKR.

“Dia (Khalid) kena teliti kembalilah tentang prestasi dia untuk memberikan komitmen kepada parti,” tegas Zuraida kepada Antarapos.

Menurutnya,walaupun PKR tidak mempunyai sebarang peruntukan yang membenarkan pemimpin parti menghantar wakil tertentu untuk menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi parti, namun tindakan menghantar wakil dalam mesyuarat biro politik dianggap aneh kerana Biro Politik adalah forum utama parti untuk membincang dan merumuskan pelbagai perkara yang membabitkan maklumat sulit.Sebelum ini,Khalid dikritik hebat ahli dan pemimpin PKR menerusi akaun twitter ‘#kamisayangpkr’ kerana sikap angkuh dan menegepikan bukan sahaja arahan parti tetapi juga arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membuat keputusan-keputusan penting pentadbiran di Selangor.

“Kalau MB sedar bahawa dia tidak datang mesyuarat dan kehadirannya itu penting, (tindakan) menghantar wakil yang tidak dapat membuat keputusan dan hanya menyampaikan maklumat pun tidak (berguna).Sebagai seorang anggota parti dia patut faham disiplin parti dan di mana keutamaan dia,” tegasnya.

Zuraida menegaskan Khalid tidak boleh menjadikan kesibukan tugas sebagai alasan untuk tidak menghadiri mesyuarat tertinggi itu.

“Mesyuarat parti telah ditetapkan tarikhnya sepatutnya sebagai seorang Menteri Besar beliau harus boleh mengatur waktu dan meletakkan keutamaan di tempat yang sepatutnya,” katanya.

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

BONGKAR !!! ANGKARA POLITIK RAKUS,UNISEL BAKAL JADI GAJAH PUTIH - @NOHOMAR !!! WAJIB BACA !!!

Monday, 2 July 2012


Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat negeri Selangor.Malangnya hasrat melahirkan modal insan berkualiti dicemari apabila kerajaan negeri PKR mengambil alih pentadbiran pada pilihan raya umum yang lalu,lantas mempolitikkan semua perkara termasuklah aspek pendidikan.Inilah dosa paling besar kerajaan pimpinan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang rakus kuasa apabila mempolitikkan perjalanan Unisel dan bakal menjadikan universiti terulung di negeri ini sebagai gajah putih.

Tindakan Abdul Khalid itu jelas apabila melantik individu dari kalangan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang banyak mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan di universiti berkenaan.

Ahli politik dimaksudkan ialah:

1) Faekah Hussin- Setiausaha Politik Menteri Besar
2) Dato Rashid Din - Ahli Parlimen Merbok ( PKR )
3) Che Rosli Che Mat- Ahli Parlimen Hulu Langat ( Pas)

Keadaan ini sama sekali tidak pernah berlaku pada zaman BN yang tidak pernah melantik ahli politik dalam Lembaga Pengarah kerana lebih mengutamakan kualiti pendidikan dan modal insan sehingga berjaya meletakkan Unisel setaraf dengan universiti awam dan swasta yang lain.Naib Canselor,Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan 2 Ogos tahun lalu kerana tidak tahan dengan tekanan politik dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau sepanjang berkhidmat di universiti itu.Beliau yang menggantikan Profesor Datuk Dr Razali Agus pernah berazam ketika mula-mula menjawat jawatan berkenaan untuk tidak tunduk kepada sebarang tekanan politik akhirnya terpaksa mengalah.Dua pegawai kanan iaitu bekas Dekan Fakulti Perniagaan,Prof Dr Khalifah Othman dan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah meletak jawatan kerana ketidakadilan terhadap mereka.Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan peletakan jawatan tindakan dua Ahli Lembaga Pengarah kerana tekanan politik iaitu:

1) Datuk Adnan Alias - Bekas Pensyarah UKM
2) Datuk Dr Mohammad Ariffin Aton - Bekas CEO Sirim-Penyelidik

Dengan pengunduran Adnan dan Mohammad Ariffin, jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang tinggal hanya 8 orang dengan tiga daripadanya adalah Ahli Politik daripada PAS dan PKR.Selain Ahli Lembaga Pengarah,salah seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) juga adalah aktivitis politik Pas yang aktif dan pernah dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.Seorang lagi TNC berdepan dengan dakwaan salah laku berkaitan kes rogol seorang pelajar ketika menjawat jawatan sebagai dekan di UPM Serdang.Abdul Khalid mengetahui kes tersebut namun demi menjaga kepentingan kroni,beliau hanya memekakkan telinga.Tindakan itu menyebabkan ibu bapa bimbang menghantar anak-panak belajar ke Unisel.Kos pentadbiran meningkat,sebaliknya jumlah pelajar semakin berkurangan.Ini menyebabkan Unisel menanggung kerugian.Kerajaan negeri melantik tiga TNC dengan gred gaji Jusa B.Jawatan Pendaftar Kanan turut diwujudkan dengan gred gaji Jusa B.(lihat perbandingan di bawah).

BN

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

Seorang TNC - Gred gaji Jusa B

Seorang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Pakatan Pembangkang

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

3 TNC - Gred gaji Jusa B

1 Pendaftar Kanan - Gred gaji Jusa B

1 orang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Berdasarkan bukti ini,saya cabar Abdul Khalid mengumumkan kedudukan kewangan Unisel.Saya beri tempoh seminggu untuk beliau berbuat demikian.Rakyat perlu mengetahui bahawa kerajaan negeri hanya ‘auta’ sahaja dan mereka lebih kemaruk berpolitik untuk mengekalkan kuasa sedia ada tanpa memikirkan kebajikan dan pembangunan rakyat.

Datuk Seri Noh Omar,

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

ANWAR IBRAHIM KANTOI !!! PKR KUALA LANGAT MENDEDAHKAN DOKUMEN SULIT ??? WAJIB BACA !!!

Sunday, 24 June 2012



Adakah ini dokumen sulit RM 3 Bilion yang dimaksudkan ???


Dokumen sulit 'modus operandi' PKR Kuala Langat dalam mencari dana untuk membiayai perbelanjaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13.PAS memang tidak lokek mencurahkan ilmu bagaimana PKR mampu mencari sumber dana sampingan.

GWM kurang pasti berapa banyak kedai perniagaan yang ada di Kuala Langat.Andaikan ada 500 gedung perniagaan di kawasan tersebut dan PKR Kuala Langat mampu mengutip RM 20 sebuah kedai, maka jumlah kutipan derma pilihanraya mampu dicapai RM 1,000.Ini baru PKR Kuala Langat, bagaimana dengan 26 lagi cabang PKR di Selangor?

Andaikan setiap cabang PKR ini turut mengutip RM 1,000 (200 buah kedai didarabkan dengan RM 20),maka kutipan kasar keseluruhan bakal mencecah RM 27,000.Perlukah PKR menggunakan taktik rakus ini semata-mata untuk mencari sumber dana pilihanraya. Apa yang boleh dibelanjakan dengan RM 27,000 ini? Adakah ini taktik 'mengalih perhatian' PKR kononnya mahu menunjukkan parti itu tidak mempunyai sumber dana yang mencukupi bagi menempuh pilihanraya umum kelak.



Bukankah lebih baik PKR Kuala Langat meminta dana dari Timbalan Presidennya yang nyata cukup kaya dan mampu memiliki sebuah kenderaan Ferrari F430 Modena? Tidak perlu PKR Kuala Langat cuba merompak wang rakyat jika sekiranya para pemimpin PKR itu sendiri sememangnya dan cukup mewah.Lebih baik lagi minta sahaja dana pilihanraya dari Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.Ada RM 3 bilion tu. - GelombangWangsaMaju @ GWM

Read more...

BONGKAR !!! PERGOLAKAN PENTADBIRAN PKR DI SELANGOR TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!

Thursday, 21 June 2012


KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikatakan kembali bergolak berikutan tindakan Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menerusi laporan sebuah portal berita propembangkang,13 Jun lalu yang menggesa supaya Setiausaha Politik Menteri Besar,Faekah Husin dipecat.Dalam laporan itu,Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dinyatakan menerusi twitter minggu lalu menerbitkan semula tulisan di laman sosial menggesa Faekah dipecat daripada jawatannya sejak mengambil alih daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 2010.Tulisan Azmin itu disiarkan menerusi kempen 'Kami Sayangkan PKR' yang dihebahkan melalui laman maya.Tindakan Azmin seperti yang dilaporkan media itu bukanlah perkara yang menghairankan kerana dia sebelum ini pernah dikatakan tidak sehaluan serta tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mentadbir kerajaan negeri.

Ini kerana, Abdul Khalid dikatakan sering menolak permintaan orang parti itu khususnya dari golongan 'oportunis' untuk mendapat manfaat daripada sebarang pelaksanaan projek daripada kerajaan negeri.Keadaan inilah yang barangkali memaksa Azmin memberi tekanan kepada Abdul Khalid sebelum ini sehingga membawa kepada perletakan jawatan Pengerusi PKR Selangor oleh Abdul Khalid dan digantikan oleh Azmin sendiri pada 2010. Begitu juga dalam soal gesaan Azmin agar Faekah dipecat daripada jawatannya yang didakwa mempunyai kaitan yang serupa.Menurut sumber dari pihak kerajaan negeri, difahamkan tulisan twitter Azmin itu dibuat sebagai mewakili 'orang PKR' yang tidak setuju dengan tindakan Faekah tidak menyalurkan projek-projek di bawah Geran Selangorku kepada mereka.

Ini kerana menurut sumber itu,Faekah dikatakan merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa merangkap wakil parti politik dalam pengurusan geran berkenaan yang mempunyai peruntukan keseluruhan RM300 juta menerusi Bajet Selangor 2012.Apa pun,senario itu dilihat antara pergolakan yang berlaku dalam PKR yang menjadi-jadi pada hari ini dan boleh dikatakan ia bukanlah rahsia bagi kebanyakan orang dan penganalisis politik di negara ini.Apa tidaknya,umum di negara ini dari peringkat orang muda hinggalah kepada orang tua sememangnya mengetahui dakwaan melibatkan kepimpinan tertinggi parti pembangkang itu dari segi moral khususnya.

Daripada dakwaan melibatkan isu seks,salahguna kuasa sehinggalah yang paling terbaru pemimpin tertinggi parti itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion susulan daripada akuan berkanun bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sebelum ini.Begitu juga dengan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR yang turut didakwa bersama isterinya,Shamsidar Taharin memiliki aset dipercayai bernilai lebih RM30 juta sepanjang 1992 hingga 1994. Dalam tempoh itu,Azmin dikatakan bekerja sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dengan menerima gaji sebanyak RM2,442 sebulan manakala Shamsidar hanyalah seorang suri rumah yang tidak bekerja.

Itulah realitinya PKR,mereka tidak pernah terlepas daripada apa jua dakwaan melibatkan masalah pemimpinnya meskipun sering menyalahkan pihak lain khususnya parti lawan mereka dengan ungkapan fitnah dan konspirasi.Semua dakwaan itu dilihat lebih menjurus kepada peribadi individu dalam parti pembangkang itu.Namun,di peringkat kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR, Pas dan DAP di Selangor ini lain pula keadaannya apabila dikatakan menjalankan tadbir urus kononnya untuk manfaat seluruh rakyat tetapi hakikatnya,pentadbiran mereka penuh dengan kecelaruan sehingga menyusahkan rakyat.

Tidak hairanlah apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini dengan sinis menggelarkan pentadbiran negeri sebagai 'tikus membaiki labu' yang mana gelaran itu amat tepat berdasarkan perbandingan apa yang dilakukan pakatan pembangkang sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini bermula Mac 2008.Gelaran sedemikian sebenarnya satu refleksi bahawa kerajaan negeri pada hari ini boleh dilihat sebagai 'kerajaan tikus' kerana banyak perkara yang dilakukan kerajaan negeri pada hari ini yang bukan hanya tidak membawa sebarang manfaat,bahkan memburukkan lagi jaminan keselamatan sosial rakyat pada masa depan.

Ambil sahaja isu bekalan air terawat sebagai contoh,kerajaan negeri sehingga hari ini masih enggan memberikan persetujuan untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sebenarnya untuk menampung keperluan bekalan air bersih baik kepada rakyat serta industri di negeri ini selain sebagai langkah untuk menangani krisis sumber itu yang dijangka berlaku 2014 di seluruh Lembah Klang termasuk Putrajaya.Namun,alasan yang diberikan kerajaan negeri menolak pembinaan loji itu berdasarkan kenyataan Abdul Khalid menerusi laporan akhbar tempatan pada 30 Mei lalu adalah pembinaan loji berkenaan kononnya menyebabkan rakyat akan membayar kenaikan kadar tarif yang tinggi, selain terus mengatakan Selangor masih mempunyai bekalan air mentah yang banyak.

Sebenarnya isu bekalan air yang kritikal di negeri ini adalah air terawat dan bukannya air mentah seperti mana yang ditegaskan oleh Noh pada 25 Mei lalu bahawa dua buah loji rawatan air (LRA) Semenyih dan Langat berada dalam keadaan yang 'sarat' ekoran beroperasi melebihi kapasiti yang sepatutnya. Ini termasuklah dua lagi LRA iaitu di Sungai Batu dan Sungai Selangor Fasa 2 juga berisiko menghadapi situasi sama.Inilah kesannya akibat sikap 'kerajaan tikus' negeri ini yang mana mereka kononnya mahu melakukan sesuatu untuk perkhidmatan air tetapi pada masa sama rakyat dan industri negeri ini terpaksa menerima kesan daripada sikap mereka dalam menguruskan isu itu.Situasi sama juga dilihat berlaku dalam soal pendidikan di Selangor apabila kerajaan negeri ini dikatakan menjadikannya sebagai komoditi untuk meraih sokongan politik.

Pandangan itu diakui sendiri oleh Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi yang menyatakan apa yang dilakukan kerajaan negeri dalam soal itu tidak memberikan manfaat kepada rakyat di negeri ini.Mengambil contoh tindakan kerajaan negeri menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) serta tidak membenarkan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah sebelum ini, beliau menyatakan ia jelas memperlihatkan betapa ruginya anak-anak rakyat Selangor dari segi peluang pendidikan pada masa depan.Begitu juga jelasnya dengan tindakan kerajaan negeri sebelum ini yang dilihat hanya mementingkan keuntungan apabila mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan untuk dibangunkan projek komersial.

Justeru,apa yang berlaku di bawah kepimpinan pakatan pembangkang sejak mentadbir Selangor adalah peluang pendidikan untuk rakyat begitu banyak diabaikan hanya kerana mahu menjaga survival politik mereka.Dalam tempoh empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan negeri di bawah pentadbiran PKR,DAP dan PAS juga dilihat langsung tidak mempunyai sebarang inisiatif dalam melaksanakan pembangunan pendidikan termasuklah tidak mempunyai pelan khusus untuk tujuan itu.Kepada rakyat Selangor,cuba kita fikir sejenak dan namakan sebuah institusi pendidikan yang telah dibangunkan atau pelan pembangunan jangka panjang atau pendek yang dirangka oleh kerajaan negeri, nampaknya tidak ada langsung.

Apa yang pasti,semua kemudahan dan pembangunan pendidikan di Selangor yang ada pada hari ini hasil daripada usaha pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini termasuklah Universiti Selangor (Unisel) yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Industri Selangor.Sebenarnya,banyak lagi tindakan kerajaan negeri yang boleh disebut menjejaskan kehidupan rakyat di Selangor seperti isu perkhidmatan kutipan sampah yang gagal dilaksanakan kontraktor dilantik.Akhirnya,kerajaan negeri terpaksa menggunakan wang rakyat untuk membeli 50 buah lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta yang seolah-olah untuk menutup kelemahan mereka menguruskan perkhidmatan itu. - Utusan

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

JUAL ASSET UNISEL !!! KHALID GAGAP ADALAH BIAWAK HIDUP UNTUK RAKYAT SELANGOR !!!

Wednesday, 13 June 2012


Dek kerana rayuan dan “minta nyawa” daripada pihak Unisel,maka PTPTN bertindak bijak apabila menarik kembali pemansuhan pinjaman kepada pelajar-pelajar di universiti berkenaan.Tahniah kepada PTPTN,kerana tidak mempolitikkan masa depan rakyat (pelajar) yang bakal mendepani cabaran masa depan.Pelajar-pelajar ini adalah modal insan,asalkan tidak tercicir dari pembelajaran mereka gara-gara gila berpolitik.Penulis melihat tindakan drastik PTPTN pada mulanya adalah untuk mengajar kerajaan negeri Selangor khususnya serta kepimpinan PR yang beriya-iya mahu memansuhkan PTPTN,yang menyokong segelintir mahasiswa sewel dalam gerakan #occupy Dataran.Apa yang berlaku kemudian,cukup melucukan apabila PTPTN pula dilabel sebagai zalim oleh kepimpinan PR hanya kerana melestarikan kemahuan PR untuk menyediakan pendidikan percuma.

Paling menarik, tindakan Menteri Besar Selangor yang mahu mencairkan asset Unisel bagi menampung kos pembelajaran akibat dari pembekuan sementara oleh PTPTN.Ini adalah “pattern” yang cukup terkenal sejak mentadbir negeri Selangor pada 2008 sehingga kini. Penjualan asset untuk mendapatkan keuntungan adalah jalan mudah yang digunapakai. Hairan, ia langsung tidak mencerminkan kehebatan Menteri Besar sebagai “tokoh korporat”,satu label yang gemar digunakan oleh Mat Sabu ke atas Menteri Besar Selangor itu dalam ceramah-ceramahnya di Selangor.

Apa yang penulis risaukan ialah, perbuatan Mat Sabu itu telah membekukan otak ahlul PAS terutamanya di Selangor dari berfikir.Cukuplah kisah sebenar derma jihad Tabung Memali dan Kohilal yang mengisahkan bagaimana PAS mengurustadbir, yang tidak mahu dan tidak tahu diterjemahkan secara mudah oleh ahlul PAS.Ini adalah gara-gara pendoktrinan kebodohan melampau kepada ahlul PAS oleh kepimpinan PAS sekarang.Kembali kepada tajuk asal,Khalid Ibrahim gagal menterjemahkan label yang diberikan kepadanya,iaitu tokoh korparat.Jika diimbas kembali, apa yang dibuat oleh Khalid ialah jual dan untung,tanpa memikirkan bagaimana untuk menambah asset dan harta kerajaan negeri.

Yayasan Selangor menjadi bukti, apabila ada asset (hartanah) digadaikan atas alasan tidak menguntungkan, walhal tidaksiapa tahu, kepada siapakah tanah itu dijual.Kroni? Bukan itu sahaja, Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang seharusnya bertindak membantu pelajar-pelajar yang keciciran SPM juga dijual atas alasan tidak menguntungkan.Jangan dilupa,tanah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur,milik Asrama Yayasan Selangor juga menjadi mangsa “kekorporatan” Khalid Ibrahim.

Mungkin,suatu ketika nanti,Universiti Selangor (Unisel) juga bakal dijual andai tidak lagi menguntungkan kerajaan negeri.Jual dan terus jual demi keuntungan,Selangor sebenarnya tidak memerlukan seorang “tokoh korporat” yang keparat seperti Khalid Ibrahim.”Management Style” seperti ini cukup untuk dimengertikan oleh kanak-kanak dari pusat asuhan kanak-kanak KEMAS.Seperkara yang penulis mahu anda semua fikirkan di saat penjualan asset kerajaan negeri bagi mendapatkan keuntungan,mungkin ramai yang sudah terlupa bahawa Khalid Ibrahim juga pernah membeli “asset” untuk kerajaan negeri.Jual dan terus jual, jangan dinafikan bahawa Khalid Ibrahim bertindak membeli HUTANG syarikat Talam Corporation bernilai RM392 juta dengan wang rakyat.Itu sahajalah kebanggaan untuk anak Selangor, iaitu pemilikan “asset” bernilai RM392 juta…HUTAAANNNGGGG!!! - SD

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

ISU NFC !!! RAFIZI LEMBU NAK BUAT FILEM ??? NAK LAWAN BANGKANG DARI LONGKANG KER ??? WAJIB BACA !!!

Tuesday, 12 June 2012


Di Sekeliling Rafizi sekarang,rata-rata orang menganggapnya sebagai hero kerana kononnya berjaya menumbangkan Ketua Wanita UMNO,Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam isu National Fedlot Corporation (NFC).Puji-pujian ini menjadikan Rafizi teruja dan rasa ‘terer’ yang amat sangat.Dia yakin bahawa isu ini saja mampu memenangkannya dalam kerusi Parlimen dimana dia akan dicalonkan nanti.Tapi pelbagai perkembangan semasa kebelakangan ini menjadikan isu NFC ini kurang menarik lagi dah,sekurang kurangnya dari segi politik yang menguntungkan Rafizi.

Antaranya pengesahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri bahawa Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil tidak terbabit dengan NFC,tidak seperti yang digembar-gemburkan dulu.Disember lepas,Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa projek NFC tidak bermasalah,yang bermasalah NFCorp,syarikat yang dimiliki dan diuruskan suaminya,Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail.Justeru,Rafizi perlu memikirkan sesuatu untuk menyambung hayat NFC ini kerana pilihanraya yang diharapkannya berlangsung lebih awal,tidak menjadi kenyataan.Ini penting,sebab orang Malaysia diketahui hanya berminat dengan isu yang masih panas,isu yang dah sejuk kurang nak diberi perhatian.

Lagipun Rafizi tidak ada kelebihan lain yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin yang pro rakyat melainkan isu NFC ini sahaja.Statusnya sebagai anak emas Anwar (ada kata anak ikan) dan latar belakang pendidikan di luar negara menjadi Rafizi sebagai golongan elitis yang tidak pro rakyat.Kedudukan Rafizi yang naik mendadak dalam PKR,dari Penasihat Kewangan kepada Pengarah Strategik,ada kena mengena dengan hubungan intimnya dengan Anwar,tidak lebih dari itu.Maka itu,terfikirlah Rafizi untuk menerbitkan sebuah filem yang berkaitan dengan NFC (seperti dilapor Meloyakini).FIlem,seperti mana yang kita tahu memainkan peranan mendekatkan artis dengan masyarakat,bukan masyarakat dengan artis.Rafizi juga mengimpikan untuk mendapatkan populariti dengan pendekatan yang sama.Dia sendiri tak mahu dekat dengan rakyat, tapi mahu rakyat dekat dengan dia melalui penerbitan filem berkaitan NFC ini.

Kebetulan ada filem-filem pendek ‘pro kerajaan’ dari kumpulan yang menggelarkan Bangkang Dari Longkang sedang mendapat sambutan hebat di Youtube,maka penerbitan filem oleh Rafizi ini nanti dijangka akan menyaingi kepopularan Bangkang Dari Longkang,dalam masa yang sama menghidupkan kembali cerita NFC yang semakin pudar kepopularitiannya seperti yang penulis sebutkan di atas.Menurut maklumat yang saya dengar,Rafizi akan bekerjasama dengan penggiat filem pro Pakatan Haram seperti Hishamudin Rais,Jed Murad dan pelakon Mislina Mustaffa untuk menjayakan filem tersebut nanti.Terlupa Rafizi bahawa semua nama-nama yang disebutkan di atas punya idea tapi tidak ada nilai komersial,walaupun ada pengalaman dan keupayaan.Sedangkan nilai komersial itulah yang menarik penonton.

Tapi,apa sekalipun kita tidak pedulilah sama ada Rafizi nak buat filem atau apa.Yang kita harapkan kalau masih ada maruah,jangan lupa yer masukkan juga babak dimana Rafizi menghasut,membayar kakitangan Public Bank untuk mendapatkan salinan penyata kewangan NFC,seterusnya melanggar undang-undang negara (Akta Bank Dan Insititusi Kewangan – BAFIA).Ini penting sebab pemimpin Pakatan Haram sering bercakap tentang matlamat tidak menghalalkan cara, terutama bila membincangkan video seks Anwar.Sekarang kita nak lihat,Rafizi berani ke tak berani mendedahkan apa sebenar yang dilakukannya sehingga ke tahap memperalatkan orang lain dan undang-undang negara.saya membayangkan filem tersebut hanya laku dan menjadi bualan dikalangan-kalangan mereka sahaja.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP