Powered by Blogger.

Showing posts with label Sanggah Tok Janggut. Show all posts
Showing posts with label Sanggah Tok Janggut. Show all posts

SPRM-adakah TALAM dan kerajaan Selangor kebal dari undang-undang?

Thursday, 26 July 2012


Chua Tee Yong dedahkan segala bukti dan fakta...

ISU TALAM beberapa minggu lalu begitu hebat didedahkan dan penyelewengan yang disertakan dengan bukti fakta serta dokumen jelas menunjukkan bahawa urusan TALAM penuh dengan segala kemusykilan dan wujud penyelewengan jelas antara Talam dan Kerajaan Selangor yan g dipimpin oleh PKR.

Namun segala pendedahan yang dilakukan oleh Pengerusi Biro Profesional Muda MCA,Chua Tee Yong seperti mencurah air ke daun keladi kerana sehingga ke hari ini,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus berpeluk tubuh tanpa mengambil apa-apa tindakan dan mereka bagaikan menganggap pendedahan tersebut tidak ada value bagi dilakukan siasatan menyeluruh dan mendakwa sesiapa sahaja yang terbabit.

Barangkali SPRM menganggap tuduhan ataupun pendedahan itu tidak perlu dilayan kerana dibuat oleh MCA rakan kongsi Barisan Nasional tetapi andainya pendedahan itu dibuat oleh PAS,PKR ataupun DAP,sebelum subuh SPRM telah menunggu di pejabat ataupun dirumah untuk menyelongkar bagi mencari bukti dan menyita segala premis yang ada kononnya bagi melengkapkan siasatan.

Seperti ada `double standard’ dalam proses siasatan ataupun tindakan SPRM ini dan makin jelas ketara kalau mahu dibuat perbandingan dengan mana-mana bekas ataupun pemimpin kerajaan yang terlibat dalam rasuah ataupun penyelewengan,mereka tidak menunggu masa yang lama untuk memimpin tindakan dan mendakwa sekiranya cukup bukti terhadap mana-mana pemimpin kerajaan ataupun Barisan Nasional.

Mengambil contoh tindakan ke atas Khir Toyo,bekas MB Selangor,Ling Liong Sik,Bekas Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA serta beberapa nama-nama lain,pasukan siasatan SPRM bertungkus lumus mengerjakan siasatan dan mencari ruang serta peluang untuk menghadapkan mereka ini di mahkamah dan kalau kalah pun,sekurang-kurangnya mereka Berjaya memalukan bekas-bekas pemimpin kerajaan ini.


Pendedahan mereka bagai curah air ke daun keladi..

Kita mahu bersangka baik kepada SPRM tetapi apabila melihat MCA seperti mencurah garam ke laut kerana pendedahan mereka tidak mendapat tempat,kita mula merasakan bahawa SPRM hilang minat untuk menyiasat kes TALAM CORPORATION ini dan SPRM haris menjadikan pengakuan kerajaan Selangor dan juga Tony Phua yang mengaku bahawa mereka tersalah tadbir urus urusan Talam dan kerajaan Selangor.Adakah pengakuan mereka ini dikira sebagai satu taubat dan SPRM tidak perlu membuka fail mereka?

Kadang-kadang kita mahu bersetuju dengan pandangan ramai bahawa kebanyakan anggota SPRM adalah penyokong pembangkang dan lihat sahajalah kes terhadap menantu Nik aziz,Arif ahmi termasuklah Nik Aziz sendiri betapa mudahnya mereka ini dibebaskan kononnya tidak terlibat dengan rasuah ataupun penyelewengan dan kita amat yakin andainya Nik Aziz ataupun Arif Fahmi itu anggota kerajaan ataupun ahli parti UMNO,mereka ini juga akan diseret ke mahkamah.

Kita melihat dengan jelas bahawa SPRM bagaikan menutup mata untuk menyiasat pimpinan kerajaan pembangkang seperti di Kelantan,Kedah,Pulauy Pinang dan Selangor sendiri dan bagi SPRM seolah-olah negeri pimpinan pembangkang itu maksum serta bersih daripada segala salah laku rasuah dan penyelwengan.

Isu penyelewengan dalam TALAM bukan sesuatu yang kecil dan melibatkan dagangan wang tunai yang cukup besar dan dilihat wujud unsur-unsur penyelewengan yang ketara antara Talam dengan kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim dan kita juga ingin tahu apakah SPRM tidak berminat uintuk menyiasat dakwaan Pemikir Muda MCA ini?dan kalau tidak ada kes penyelwengan,SPRM harus mengeluarkan kenyataan supaya Talam boleh menjalankan urusan niaganya dengan licin dan tidak ada kecelaruan minda di kalangan rakyat Selangor.


Adakah SPRM menganggap isu Talam dan kerajaan Selangor ini adalah isu terpencil,kononnya mereka ada focus yang lebih besar untuk membenteras rasuah di kalangan pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional daripada membuang masa menyiasat salah laku dalam pimpinan pembangkang?

SPRM harus menjadi badan bebas yang bukan sahaja dilihat bebas tetapi memiliki intergriti yang mengatasi kepentingan lain dan bila KP PAS dalam debat tempoh hari menuding jari kononnya indeks rasuah Malaysia cukup tinggi,ini sepatutnya dijadikan cabaran oleh mereka untuk membersihkan segala najis yang ditinggalkan dan siasatan jangan hanya kepada pemimpin kerajaan tetapi pimpinan pembangkang juga jangan sesekali mereka terlepas pandang.

Kita menunggu hasil daripada pendedahan MCA ini dan kita mahu wang rakyat Selangor diselamatkan dan SPRM jangan menganggap segala pendedahan MCA itu macam burung kakak tua kerana mereka juga adalah sebahagian dari rakyat Negara ini yang mahu keadilan ditegakkan dan kepada SPRM andainya pendedahan yang dibuat oleh MCA itu mengandungi fitnah,mereka ini juga perlu diambil tindakan kerana pendedahan mereka itu telah mengkacaubilaukan Negara.

Tetapi kita yakin pendedahan anak-anak muda dalam MCA itu ada bukti dan faktanya Cuma sekarang ini kita kurang yakin dengan SPRM yang dilihat semakin berat sebelah menguruskan kes yang melibatkan pembangkang dan kerajaan.

Sumber : Sanggah Tok Janggut

Read more...

Selangor - kerajaan papan tanda!

Friday, 15 June 2012

Berhempas pulas Khalid cuba menipu rakyat!
GURUH berdentum sekarang.Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sedang bergelut untuk membuktikan Selangor Boleh bagi menunjukkan kepada dunia kerajaan pakatan pembangkang boleh melaksanakan pendidikan percuma.

Menteri Besar,bekas orang korprat itu mengumumkan Selangor akan meneruskan cadangan mencairkan aset Universiti Selangor sekalipun Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah menarik balik pembekuan pinjaman yang sebelumnya di umum oleh Menteri Pengajian Tinggi,Khalid Nordin.

Ikut ceritanya RM30 juta,sebahagian dari hasil penjualan itu akan digunakan untuk merintis jalan tujuan memberi pendidikan percuma di universiti itu.

Maka berbagai langkah sedang diatur termasuk akan mengadakan mesyuarat dengan lembaga pengarah Unisel untuk mendapatkan gambaran sebenar keperluan pelajar dan universiti itu.

Apakah ini satu lagi langkah 'mi segera'?

Dalam suasana pilihanraya yang semakin hampir apa pilihan yang kerajaan Selangor ada.Boleh ke tidak boleh belakang kira.Janji sudah ditabur dalam kenyataan dan ceramah diserata ceruk kononnya mereka ada cara untuk memberi pendidikan percuma tanpa PTPTN.

Ramai yang sedang mengintai telatah kerajaan pakatan pembangkang yang terbaru ini.
Siapa yang boleh lupa pada kisah bagaimana Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di Shah Alam pada malam 22 Mei lalu.

Pada pengulungan perbahasan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,telah menghentam apa yang didakwanya kekagalan mereka melunaskan janji-janji pilihanraya umum 2008 yakni pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika.

Baginya apa yang nak sembang tentang pendidikan percuma untuk pelajar institusi pengajian tinggi sedangkan bagi murid tadika pun tidak tertunai.

Ingat balik bagaimana dua hari lepas debat itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor,Halimah Ali hadir pada Penyerahan cek Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Fasa Satu 2012 di Shah Alam.

Halimah mengumumkan seramai 3,000 murid tadika berumur empat hingga enam tahun di Selangor, menerima bantuan RM50 sebulan dan tertakluk kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 kebawah mulai Julai ini.

Pemberian bantuan RM50 sebulan itu dilakukan selepas empat tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor, sejak memenangi pilihanraya umum pada tahun 2008.

Papan tanda ajelah!
Apapun Halimah dengan tegas menafikan pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika disebabkan selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN.

"Saya tidak dengar apa yang Khairy cakap. Ini secara kebetulan dan tidak ada kena-mengena dengan Khairy, malah ia sebenarnya dalam perancangan fasa keempat program Merakyat Ekonomi Selangor (MES)," katanya memberi alasan.

Pada awal bulan Mei Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata kegagalan kerajaan Selangor menunaikan satu daripada janji pilihan rayanya wajar menjadi "pembuka mata" kepada rakyat mengenai kredibiliti kerajaan negeri terdiri gabungan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.Ini katanya termasuk janji untuk mengurangkan cukai pintu.

Menurut beliau gelagat kerajaan Selangor itu membuktikan bahawa segala janji yang dibuat sebelum ini hanyalah sekadar "fantasi" untuk meraih sokongan pengundi.

"Mungkin ada pihak yang termakan dengan janji-janji ini sebab bila sebut penurunan cukai dan sebagainya memang merupakan sesuatu yang diterima oleh sebahagian daripada pengundi.

"Saya berharap semua orang akan sedar bahawa apa yang penting bukanlah janji tetapi apakah janji itu mampu ditunaikan...antara janji dan realiti, antara sesuatu yang mungkin dicakap sebagai percakapan politik, tetapi mereka tahu ia tak mungkin dapat ditunaikan," katanya.

Sehari sebelum itu Menteri Besar Selangor berkata keputusan untuk tidak melaksanakan pengurangan cukai itu dibuat kerana keadaan ekonomi negeri itu belum mencapai tahap yang memuaskan bagi membolehkan janji itu dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Katanya pengurangan hanya dilaksanakan tahun ini jika kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukupi kerana pada masa yang sama pihak berkuasa tempatan (PBT)juga memerlukan bajet yang besar untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab kepada rakyat.

Habuk pun tarak!
Antara janji-janji lain yang terkandung dalam manifesto PKR dan PAS ialah cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Najib berkata kerajaan Barisan Nasional sejak awal lagi telah menjangkakan bahawa kerajaan Selangor tidak akan melaksanakan janji itu.

Beliau berharap senario itu akan menjadikan rakyat lebih bijak dalam menilai janji-janji parti politik dalam usaha memilih kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab.

"Sesuatu yang dibuat sebelum pilihan raya diadakan atau waktu pilihan raya diadakan bukanlah penilaiannya (kepada pengundi) tetapi (yang penting) kemungkinan sesuatu itu dilakukan selepas pilihan raya," katanya.

Menteri Pengajian Tinggi,Khaled Nordin berkata sememangnya sukar untuk melaksanakan janji itu kerana semasa pilihan raya pembangkang membuat pelbagai janji.

"Banyak benda mereka janji, sudah tentulah tidak mampu dilaksanakan kerana ada banyak yang perlu dipertimbangkan.

"Seperti juga janji mereka untuk memberikan biasiswa percuma kepada semua, kalau semua duit kita peruntukkan untuk pendidikan dan tidak cukup untuk membangunkan ekonomi, pelajar keluar universiti nanti hendak kerja apa.

"Selagi kita tidak diberi tanggungjawab, kita tidak akan faham segala masalah, isu dan cabaran (berkaitan pentadbiran) jadi kita boleh bercakap dan berjanji sesuka hati sahaja," katanya.

Setelah empat tahun berlalu, ramai rakyat Selangor kedengaran merungut dan tertanya-tanya apa istimewanya kerajaan pakatan pembangkang kalau hendak dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional dulu.

Kata mereka pusing kiri pusing kanan tidak nampak ada sesuatu yang 'sangat hebat' di negeri ini.Apa yang nampak ialah papan tanda propoganda di sana sini.Ini menepati gelaran lucu 'kerajaan papan tanda' yang semakin rancak berlegar sekarang.

Sumber : Sanggah Tok Janggut

Read more...

Bekukan PTPTN- Padan muka Khalid, UNISEL!

Saturday, 9 June 2012

Terima kasih Khalid kerna bantu Selangor!
SESEKALI Khalid Nordin bersuara,pencacai PKR dan pembangkang lain tidak tentu arah dan Kahlid mula dituding dan dicerca berbagai sedangkan apa yang Khalid Nordin lakukan adalah untuk membantu kelicinan perjalanan pemerintah PKR di Selangor malah tanpa Khalid Nordin sebagai Menteri Pengajian Tinggi,kerajaan Serlangor tidak mungkin dapat melaksanakan janji mereka untuk memberikan pendidikan percuma bermula di UNISEL.

Khalid,Anwar dan sesiapa sahaha harus mengucapkan terima kasih kepada PM Najib dan juga Khalid Nordin kerana keputusan yang dibuat mengelakkan kepimpinan Selangor terjebak dal;am munafik tetapi Kerajaan Selangor sudah mula menggelabah.Perangkap yang mereka pasang menjerat mereka sendiri.

Mereka ingat isu pendidikan percuma boleh memerangkap kepimpinan Najib sebab itulah selama ini mereka bersungguh-sungguh termasuklah menghasut para mahasiswa untuk berkhemah di Dataran Merdeka menolak skim PTPTN dan Anwar terpekik terlolong menjaja sistem pendidikan percuma andainya mereka memerintah dan juga membakar mahasiswa setipa hari supaya tidak membayar pinjaman PTPTN.

Namun tidak sampai dua hari kerajaan membekukan pinjaman untuk pelajar-pelajar baru UNISEL,Khalid Ibrahim sudah mula berkira-kira untuk menjual harta kerajaan negeri Selangor dan ayam katek yang lemah gemalai Rafizi mula menyerang keputusan kerajaan itu.Sepatutnya mereka ini menyokong tindakan kerajaan itu yang meluruskan segala jalan sulit mereka selama ini untuk memberikan pendidikan percuma di Selangor.

Keputusan Khalid itu juga satu tamparan hebat kepada Anwar,keputusan yang memalukan Anwar yang selama ini begitu yakin mampu memberikan pendidikan percuma namun ternyata Anwar,Rafizi dan sesiapa sahaja yang selama ini berjuang kononnya untuk menghapuskan skim PTPTN itu merupakan satu pembohongan semata-mata dan segala tindakan mereka itu hanyalah umpan politik untuk meraih sokongan mahasiswa.

KPT tolong tunaikan janji Anwar!
Adakah dana Selangor yang Khalid cairkan itu untuk dijadikan bantuan tidak perlu dibayar balik oleh pelajar?Kalau pelajar perlu bayar balik,apa bedanya dengan PTPTN itu?Andainya pelajar tidak membayar apa yang diberikan oleh Selangor kepada mereka,bagaimana pula tindakan kerajaan negeri?

Khalid perlu menyalahkan kegilaan Anwar dan para barua-barua yang sebelum ini begitu hebat menekan kerajaan pusat supaya membatalkan PTPTN dan mempertikaikan keputusan kerajaan itu seperti mereka meludah kelangit dan akhir mereka terpaksa menelan kahak mereka sendiri.

Tindakan PTPTN perlu kita sokong dan dianggap sebagai bijak kerana apa gunanya memberikan pinjaman kepada seseorang yang pasti tidak akan membayarnya balik malah kerana keengganan mereka ini membayar balik pinjaman tersebut akan memberikan kesan jangka panjang kepada kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar lain.

Khalid perlu ingat bahawa hanya pinjaman di UNISEL sahaja yang dibekukan oleh kerajaan kerana rata-rata pelajar di UNISEL itu tidak bertngganungjawab,mereka menangis meraung masa meminjam dan bersetuju dengan apa sahaja syarat yang ditetapkan oleh pihak PTPTN tetapi bila sampai saat membayar,mereka enggan bayar balik kerana dihasut oleh petualang negara bernama Anwar Ibrahim.

Hari ini pelajar jadi mangsa kebobrokan serta penipuan yang dilakukan oleh pembangkang.Suara yang mereka luangkan selama ini untuk memberikan pendidikan percuam kepada pelajar hanyalah suara iblis semata-mata dan akibatnya pelajar-peljar yang tidak mampu terpeksa berdepan dengan seribu kuslitan,kesulitan yang dipta oleh pemimpin idola mereka.Padan muka!

Namun adakah rakyat Selangor bersetuju segala harta kerajaan dicairkan untuk dijadikan wang bagi membiayai pelajar-pelajar yang mula mendaftar untuk memasuki UNISEL ini kerana harta yang Khalid mahu cairkan itu bukan harta mak bapak Khalid tapi itu harta rakyat Selangor.

Ini juga saat kerajaan Selangor menunaikan segala janji-janji mereka seperti yang tertulis dalam Manisfesto PRU12 untuk memberikan pendidikan percuma hingga ibu bapa terpedaya dengan mengundi mereka hingga membolehkan pembangkang membentuk kerajaan di Selangor malah inilah ujian pertama kerana selepas ini akan banyak lagi keputusan kerajaan yang tidak akan memihak kepada Khalid dan kerajaan pimpinannya.

Apa agaknya reaksi Anwar dan rasanya ini bakal kenyataan dia…serahkan Putrajaya kepada kami,kami akan hapuskan segala bentuk pinjaman membabitkan pelajar dan akan memberikan pendidikan percuma daripada tadika hingga ke peringkat tertinggi…Bab bohong Anwarlah pakarnya…

Sumber : Sanggah Tok Janggut

Read more...

Khalid rampas padang awam dan bakal musnahkan kuil di Ijok?

Tuesday, 15 May 2012

K.Partiban mula menelanjangi keganasan Khalid!
BALA datang bertimpa-timpa dalam pentadbiran Khalid Ibrahim seolah-olah membayangkan beliau adalah Menteri Besar yang paling majal dalam sejarah institusi Menteri Besar Selangor dan mungkin kerana sekian lama beliau menipi rakyat Selangor dan segala janji yang terkandung dalam Manifesto PRU12 dan hingga kini gagal dilaksanakan,Khalid ditimpa bala demi bala ini.

Sejarah petadbiran Khalid Ibrahim penuh dengan kekotoran,bermula ketegangan hubungannya dengan Istana Selangor,pemecatan Hassan Ali sebagai Exco dan ahli PAS,proses memurtadkan orang Islam di negeri itu, rakyat juga belum lupa kisah bersekedudukan ADUN bukit Lanjan hinggga tersebar gambar bogel Elizabeth Wong,rakyat juga masih belum lupa bagaimana rompakan pasir berlaku secara berleluasa,rakyat juga belum lupa segala janji yang parti mereka taburkan demi mahu memenangai pilhanaraya tapi sampai kini tidak tertunai,rakyat juga semakin memerhatikan bagaimana kekayaan negeri diagihkan sesama kroni.

Rakyat semakin hari semakin muak menelan segala pembohongan kerajaan pimpinan Khalid malah sejak zaman pemerintahan Khalid pusat maksiat tumbuh bagai cendawan dimusim hujan.Rumah urut dan ousat pelacuran bersepah didirikan dan Khalid demi menjaga undid an kedudukannya terus menggadaikan prinsipnya sebagai orang Islam.

Paling malang lagi bagi Khalid bila orang yang disebut-sebut bakal menggantikannya Azmin Ali dilanda kontraversi kononnya penemuan gambar aksi lucah yang dikatakan mirip Timbalan Presiden PKR itu dan kini Khalid terdedah pula kepada amukan serta tekanan daripada rakyat Ijok, DUN yang beliau wakili bila lebih 200 penduduk di Kampung Baru Ijok, di sini berdemonstrasi secara aman kerana kecewa dengan pentadbiran Khalid Ibrahim yang gagal menjaga kebajikan mereka.

Demonstrasi diketuai , K Parthiban dan beberapa ketua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut mendesak Abdul Khalid segera menghentikan sebuah projek pembinaan perumahan yang kini didakwa menceroboh kawasan lapang yang diwartakan sejak 2007.Adakah Khalid ini memang jenis yang suka menceroboh?

Penduduk yang membawa pelbagai sepanduk menyuarakan perasaan tidak puas hati, kesal pembinaan projek perumahan itu bukan saja menyebabkan mereka kehilangan padang awam, malah turut menjejaskan keluasan sebuah kuil tidak jauh dari situ.

Mereka turut mempertikaikan kewibawaan Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok kerana didakwa sukar ditemui dan jarang turun ke kawasan berkenaan untuk mendengar masalah pengundi.

Parthiban berkata, pada 2007 kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) agar menghentikan projek itu dan memperuntukkan tanah seluas 0.8 hektar sebagai kawasan lapang untuk kegunaan orang ramai.

“ Sebaik pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan, keadaan berubah apabila projek itu diteruskan dan padang awam menjadi mangsa malah sebuah kuil yang didirikan berdekatan juga terjejas berikutan pembangunan itu,” katanya.

Rakyat Ijok mula muak dengan Khalid...
Beliau berkata, Abdul Khalid sepatutnya peka dan tidak membelakangkan kepentingan ramai terutama apabila padang awam dan pondok rehat penduduk turut menjadi mangsa dan penduduk yang mengadakan demonstrasi secara aman bermula jam 10 pagi itu turut mendakwa tindakan pemaju meletakkan sekeping notis supaya penduduk mengosongkan pondok rehat yang dibina sejak berpuluh tahun lalu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Kelab Warga Tua Ijok, Tan Lin Tick, 65, berkata notis berkenaan tidak dipamerkan secara wajar sebaliknya diletakkan di pondok mereka berehat tanpa mengambil kira pandangan penduduk setempat.

Selama ini Khalid sering menyalahkan kerajaan BN sebelum ini malah melabelkan kerajaan BN adalah perampas tanah rakyat tapi jelas Khalid umpama biawak yang lidahnya bercabang dua malah lebih zalim daripada kerajaan Yahudi.

Sumber : Sanggah Tok Janggut

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP