Powered by Blogger.

Khalid!!! Tunaikan Janji!!!

Saturday 9 March 2013


alt

Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) hari ini didesak oleh para surirumah dari beberapa daerah di negeri itu agar menunaikan manifesto mereka berhubung pemberian elaun kepada sur rumah sepenuh masa yang menjaga anak.

Ketua Sekretariat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Zubir Zainuddin berkata, surirumah di Selangor sudah tidak mempercayai kepimpinan PR kerana hampir kesemua manifesto yang ditaburkan kepada rakyat semasa pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

"Rakyat Selangor sudah tidak mempercayai mereka (PR). Manifesto yang lamabelum ditunaikan, tetapi mereka sudah buat manifesto yang baru. Macam mana rakyat nak percaya lagi?

"Rakyat tidak akan percaya lagi kerana hampir 90 peratus manifesto yang dilemparkan oleh PR pada pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman yang disertai oleh para surirumah bagi menuntut hak mereka di Taman Medan di sini hari ini.

Turut hadir pada perhimpunan ialah Naib Presiden Gabungan Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak dan Jawatankuasa Penyatuan SuriRumah Selangor, Munaliza Hamzah.

Zubir turut menyelar kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan manifesto PR telah tertunai lebih daripada 90 peratus.

alt

"Kenyataannya itu jelas mengelirukan dan menipu rakyat.  Rakyat tidak akan mengundi mereka lagi untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang," katanya.

Perhimpunan yang diadakan itu merupakan siri kedua selepas diadakan di kawasan Selayang bagi menuntut manifesto PR kepada surirumah sepenuh masa yang menjaga anak.

Pada manifesto pilihan raya umum lalu telah terkandung bahawa suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak akan menerima elaun daripada kerajaan negeri.

Tambah Zubir, tindakan ini (perhimpunan) akan diadakan di seluruh daerah di Selangor dan seterusnya akan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikannya.

Pada perhimpunan tersebut ,para surirumah yang berhimpun turut bertindak membakar sebagai simbolik memprotes manifesto PR yang dilihat tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat tetapi hanya menyusahkan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP