Powered by Blogger.

Bekas Speaker Selangor dakwa Teng Chang Khim cemari institusi itu....

Sunday 8 April 2012

dsaidin-3
Perangai pembangkang, bila kena batang hidung mereka diam seribu bahasa. Sikap berdiam diri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang Khim mengenai isu penghantaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pada ahli-ahli DUN Pakatan Pembangkang Selangor dianggap tidak bertanggungjawab.
Padahal apa yang dilakukan itu bukan sesuatu yang remeh tetapi merupakan pencabulan serta mencemarkan institusi speaker DUN yang dilihat sebagai tempat yang dihormati dan ditaati.
Bekas speaker DUN Selangor Datuk Saidin Tamby (gambar) menyifatkan tindakan Teng itu telah menjejaskan kredibiliti dan intergiriti 'Institusi Speaker' yang dianggap akan bersikap tidak memihak walaupun beliau seorang penyokong kerajaan.
“Saya bersetuju jika dikaitkan sikap beliau itu menjejaskan 'Institusi Speaker' DUN Selangor, ianya relevan dan ada hubungkaitnya, speaker tidak boleh buat begitu. Beliau sepatutnya bersikap 'nuteral' dan adil pada semua ahli dewan,” jelas Saidin yang ditemui Agendadaily di pejabatnya dekat Selayang, petang Sabtu.
“Kredibiliti sebagai speaker terjejas kerana telah diragui, dipersoal dan tidak dihormati, imej beliau telah jatuh sebagai seorang speaker yang dianggap adil maka beliau wajar berundur,” tegas Saidin.
Katanya, “pada pandangan saya tindakannya itu tidak berapa betul sebab speaker tidak boleh mempengaruhi ahli dewan. Beliau 'bias' kerana cuba pengaruhi ahli dewan supaya bercakap menyokong kerajaan.”
Saidin yang memegang jawatan itu selama lapan tahun memberitahu seseorang speaker mestilah bersikap 'nuteral' ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai speaker DUN.
Beliau yang juga Pengerusi Veteran UMNO Selayang menjelaskan peranan spaeker adalah mempengerusikan mesyuarat berlandaskan peraturan-peraturan dewan, cara perbincangan apa yang boleh dan tidak boleh dan tidak bersikap memihak.
Menurutnnya, pelantikan speaker di cadangkan oleh Menteri Besar atau mana-mana ahli DUN dan disokong oleh ahli dewan, bagaimanapun speaker juga boleh dilantik bukan kalangan ahli dewan.
Dalam peraturan dewan, Saidin menerangkan bahawa peraturan memilih speaker, seseorang ahli boleh cadang seseorang ahli lain yang mana ahli berkenaan mesti memaklumkan bahawa beliau suka berkhidmat atau bersetuju sebelum dicadangkan.
Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khimadalah ADUN Sungai Pinang dan merupakan bukan Melayu/Islam pertama menduduki kerusi tersebut selepas kerajaan Pakatan Pembangkang PAS, PKR dan DAP menguasai negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.-8/4/2012
Sumber : Agenda Daily

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP