Powered by Blogger.

Pas Tawar Khalid Join PAS

Monday, 11 August 2014



Walaupun kumpulan Anwarinas dalam PAS berjaya mempengaruhi pucuk pimpinan PAS agar menunda tarikh mesyuarat parti tersebut untuk membincangkan kedudukan Khalid Ibrahim dari 13 Ogos ke 17 Ogos, namun Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat melakukan sesuatu yang sudah pasti akan membuatkan kepala Anwarinas dan PKR, terutama sekali Anwar Ibrahim, kembang bagaikan kuih apam direndam kopi panas.

Khalid Ibrahim bebas menyertai PAS selepas dia dipecat dari PKR, kata Ahmad Yaakob. Bagaimanapun, menurutnya lagi, terpulanglah kepada Khalid untuk berbuat begitu namun pintu PAS sudah pun dan sentiasa terbuka kepada Khalid.

"Semenjak hari Sabtu lepas, Khalid bukan lagi ahli PKR. Namun walau apa pun yang berlaku, kami masih menunggu keputusan penghadapannya dengan Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan nasihat serta jalan penyelesaian seterusnya," kata Ahmad Yaakob.

Walaupun Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS membuat keputusan yang merujuk kepada ancaman untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat, para pemimpin utama PAS seperti Ahmad Yaakob sendiri dilihat cuba bermain tarik tali dengan PKR dan DAP.

Selama ini, PKR dan DAP berjaya menjadikan PAS sebagai lembu perahan apabila sentiasa berjaya menarik hidung PAS untuk bertindak bagi pihak mereka. Namun kemelut di Selangor yang menyaksikan PKR dan Anwar Ibrahim menerima kecaman paling keras sepanjang kewujudan parti tersebut, memperlihatkan PAS cuba menonjolkan diri sebagai pemain utama dan pemegang kuasa yang perlu dipujuk serta dibelai oleh PKR dan DAP.

Sumber

Read more...

Wakil Rakyat Wangsa Maju!!! Mana Anda???!!!!

Monday, 10 February 2014


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya menganggap wakil rakyat bagi parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr. Tan Kee Kwong dari parti PKR hanya serpihan daripada parti pembangkang yang dilihat gagal membantu rakyat.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, persoalan mengenai kegagalan Barisan Nasional yang tidak diberi peluang dan diberikan kepada satu parti serpihan kerana hanya kecewa tidak diberi jawatan dalam gerakan dan mengambil keputusan untuk keluar parti.

"Wakil rakyat di Wangsa Maju ini dulu bekas Timbalan Menteri, kecewa tidak di beri tempat dalam gerakan lalu menyertai PKR dan bertanding di Wangsa Maju mewakili parti pembangkang dan ia hanyalah serpihan," 
BN mempunyai peracangan yang telah dirangka akan tetapi Tan Kee Kwong tidak mengikut perancangan tersebut.
"Kita mempunyai perancangan tetapi dia tidak ikut, selepas tidak di iktiraf dengan pergerakkan dia keluar parti dan menyertai parti keadilan.

"Sewaktu saya menjadi Ketua Berhubungan Negeri BN, saya sendiri bagitahu dia supaya tukar sedikit penggundi ke Kepong tetapi dia tidak buat dan menang begitu tinggi dengan 12 atau 13 ribu undi," katanya lagi.

Tengku Adnan berkata, UMNO telah mengetengahkan wakil rakyatnya akan tetapi masih lagi tewas, lalu menyeru penduduk setempat untuk memikirkan apa puncanya.

"Saya mintak tuan puan tidak kira melayu, cina, india, iban, dan khadazan, tolonglah pikirkan punca kenapa kalah.

"Nak kata Datuk Dr Shafie tidak melakukan tugas, dia melakukan tugas dengan bermacam-macam bantuan dia bawa ke sini untuk rakyat setempat," katanya lagi.


Read more...

Pas Tidak Akan Sertai Perhimpunan Guling Kerajaan...Betul ke???

Thursday, 26 December 2013

PAS menolak sebarang agenda mengguling Kerajaan Persekutuan dengan menganjurkan perhimpunan pada 31 Disember ini.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, PAS akan terus mengamalkan sistem demokrasi menerusi proses pilihan raya sebagai platform pengambilalihan kuasa pemerintahan di Negara ini.

“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna.

"Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam PAS pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar.

“Kita bertegas nak ambil alih kuasa melalui proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun demokrasi yang berjalan tidak sempurna, kita akan perjuangkan supaya ia dapat menjadi lebih baik," katanya pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks PAS Pokok Sena, di sini baru-baru ini.




Mohamad Sabu merujuk kepada maklumat mengenai penganjuran perhimpunan pada 31 Disember ini yang bertujuan mengguling Kerajaan Barisan Nasional (BN) susulan isu kenaikan beberapa harga barang bermula tahun hadapan.

Sebelum ini, beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial Facebook yang menghasut rakyat untuk hadir dan menyebarkan maklumat akan menggunakan bom pada Perhimpunan tersebut.

rakyatnews.my

Read more...

Lelaki Dianaya DAP Pulau Pinang?

Monday, 23 December 2013

Rakan dan wakil rakyat DAP di sebelah Lim Guan Eng ini berdepan dengan laporan polis daripada seorang rakyat kaum India.  



Sungguh mengejutkan kerana lelaki itu mendakwa telah dipukul oleh wakil rakyat DAP. Lihat printscreen di bawah :



Mangsa bukan sahaja terpaksa menunggu selama 2 jam tetapi dianiaya oleh wakil rakyat DAP.

Sebelum ini ada wakil rakyat yang menghina pekerja MPPP dengan menggelar mereka kucing kurap. Apakah ini sifat dan sikap biadap yang bersarang di dalam parti DAP?

Kita tunggu keputusan penyiasatan pihak polis.

the unspinners

Read more...

Luahan Hati Datin Seri Rosmah



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.  Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.  Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari.  Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu. Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan.  Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.  Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia.  Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura.  Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.  Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.  Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli?  Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.  Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.  Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru.  Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang.  Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara.  Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.  Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.  Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya.  Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.  Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan. Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai.  Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang.  Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan

Keenam: Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.  Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.  Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak.  Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia.  Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.  Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran.  Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya.  Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor

credit to malayrights

Read more...

Pray for Tacloban, Filipina

Tuesday, 19 November 2013



Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke-34 dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan dalam usaha membantu mangsa menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa di sana. Seramai 38 orang sukarelawan akan terlibat, yang terdiri daripada 11 orang doktor, 15 orang petugas media dan 12 orang sukarelawan daripada KP1M.




lagi gambar klik sini



Read more...

Kapal Terbang MAS Wings Terhempas Di Kudat

Thursday, 10 October 2013

Sebuah kapalterbang mas wing dari kk ke sandakan telah terhempas pada jam 3 petang tadi.


Seramai 9 orang yang tercedara dan mereka telah pun dimasukan di hospital kudat. 


Khabarnya kapalterbang ini terhempas sebab kena angin kuat dan tersasar di landasan lapangan terbang kudat.




Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP