Powered by Blogger.

Luahan Hati Sebagai Rakyat Malaysia

Monday, 7 October 2013



Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.


Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?...


Read more...

Lim Kit Siang Bersara Dari DAP???

Tuesday, 1 October 2013

DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP




Read more...

Ustaz Azizan (Bekas MB Kedah) Kembali Kerahmahtullah

Thursday, 26 September 2013


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 11.15 pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Muhkriz Mahathir.

Al Fatihah diucapkan..Semoga Rohnya dicucuri rahmat olehNya

Sumber

Read more...

Parlimen - N.Surendren Diarah Keluar Dewan

Wednesday, 25 September 2013


Sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendren diarah keluar Dewan Rakyat atas arahan Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin sebelum sesi pertanyaan lisan bermula.

Tan Sri Pandikar Amin mengarahkan N.Surendran keluar daripada dewan apabila N.Surendran bertindak membawa patisyen yang disifatkan tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.

N.Surendren yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba membaca sebuah patisyen mengenai kematian tahanan loap P. Karuna Nithi.

Menurut Peraturan Mesyuarat,sesi dewan seharusnya dimulakan dengan sesi pertanyaan lisan sebelum apa-apa usul diketengahkan oleh mana-mana ahli Parlimen.

Selanjutnya klik sini 

Read more...

Ape Cerita Ni Noh Omar???


Read more...

Calon UMNO Terengganu Tarik Diri Dari Bertanding



Badan Perhubungan Umno Terengganu menerima 15 borang permohonan menarik diri daripada bertanding bagi pelbagai jawatan dalam pemilihan parti bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri, Datuk Muda Mamat berkata, permohonan itu diterima selepas tempoh bertenang tiga hari selepas penyerahan borang pencalonan Sabtu lepas tamat pukul 5 petang semalam.

"Borang-borang ini akan dihantar ke ibu pejabat untuk pertimbangan dan senarai penuh pencalonan negeri ini yang bertanding akan saya umumkan esok di sini. Harap semua calon bersabar," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Pada Sabtu, jawatankuasa pemilihan Umno negeri menerima 1,567 borang pencalonan melibatkan pertandingan empat peringkat iaitu bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Ia melibatkan 601 borang untuk pertandingan jawatankuasa bahagian, 311 untuk Wanita, Pemuda (399) dan Puteri (256).

Umno Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Sumber

Read more...

Ulama Diabaikan!!! Apa Sebenarnya Hala Tuju PAS???

Tuesday, 24 September 2013


AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR. Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Manakala Datuk Harun Taib pula - yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu - memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP, terutama Karpal Singh. Bukan sekali dua Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya, bukan pendirian parti selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.

Umum mengetahui bahawa hubungan Hadi dengan Harun sangat rapat. Namun demi mengekalkan keyakinan DAP dan PKR terhadap Pas, Hadi terpaksa untuk tidak berpihak kepada Harun. Bukan sekali, bukan dua. Namun Harun tetap tidak berkurang juga lantangnya menegur pemimpin DAP. Kemuncaknya adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar, Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula. Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi. Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya, Abdul Hadi ke penjuru dilema!

Soalnya, apakah perkara yang disuarakan Harun itu salah ataupun disuarakan secara salah?

Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta. Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam. Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.


Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja, namun tertanya-tanya juga oleh kita, apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?

Apakah pengaruh kedua-duanya itu lebih kuat mencengkam dalam Pas berbanding ulama yang pernah ditatang tinggi oleh ahli Pas selama ini?
Pada penghujung 1980-an, seorang pemimpin Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman, pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar - barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru - yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama. Namun itu dulu.

Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi?

Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah, Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar. Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.

Apa mungkin Harun tersilap menilai kedudukan ulama dalam Pas hari ini?

Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya? 

Jika demikian, apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya?
Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP. Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata, Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu.

Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!

Sumber

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP