Powered by Blogger.

PRU13 - Ayuh Pertahankan Putrajaya!!!

Sunday, 5 May 2013


Read more...

Ekslusif - Pendedahan Oleh Sahabat Lama Anwar Ibrahim

Saturday, 4 May 2013


TEKADKAN PILIHAN ANDA
UNDILAH BARISAN NASIONAL

Read more...

Bapa Saiful Sudah Kembali Ke Jalan Kebenaran..Anwar Bila???

Wednesday, 1 May 2013



Kenyataan Akhbar

Saya Azlan Mohd Lazim ingin menarik balik kenyataan akhbar saya pada 8.3.2013, 11.3.2013, juga majlis majlis ceramah di pulau pinang dan sungai petani pada 23 & 24.3.2013 yang menyatakan bahawa anak saya Mohd Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh beberapa pihak, salah seorangnya saudara khairil alias jusoh untuk memfitnah Dato seri anwar ibrahim dalam kes liwat 2008.

Kejadian liwat yang dilakukan oleh Dato seri anwar ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI.

Saya juga ingin menarik balik pemohonan maaf saya kepada DSAI dan Keluarga beliau.

Kepada seluruh ahli keluarga saya, yang terutama ibu saya, adik beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih lebih lagi anak saya yang telah saya khianati Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ingin saya memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah.

Dengan kenyataan akhbar ini, diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari kenyataan saya sebelum ini. Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali ke anak anak saya seperti sediakala hidup dalam keadaan harmoni.

Saya sudah insaf mahu kembali ke jalan kebenaran .

Akhir sekali saya ingin mengisytihar yang pada hari ini 1.5.2013 saya dengan secara rasminya ingin keluar dari menjadi ahli PKR serta merta dan tidak bercadang untuk menyertai mana mana parti politik.

Azlan Mohd Lazim
1 May 2013


Read more...

Aishah Tiada Idea Untuk Menolong Rakyat!!! Pe Citer ni!!!

Tuesday, 30 April 2013




"Aishah tidak pernah melibatkan diri dalam bidang politik dan dia berpandangan sebegitu hanya apabila terjumpa satu dua orang yang susah,".

Itu kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ketika mengulas lanjut kenyataan Wan Aishah Wan Ariffin bahawa ramai di antara rakyat Jempol masih miskin ketika berkempen dan menziarahi pengundi, baru-baru ini.

Mohd Isa berkata, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah lama membantu mereka yang tergolong dalam kategori miskin dan usaha untuk tujuan tersebut tidak pernah dihentikan termasuklah di Negeri Sembilan khususnya.

Menurutnya, dalam dunia ini ada orang miskin, namun bilangan kemiskinan tegar di Malaysia sudah berkurangan bahkan terlalu kurang.

“Program membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang tergolong dalam kategori miskin ini masih berjalan, dia (Aishah) pun tidak ada idea untuk mengatasi hal ini, setakat bagi hamper tidak akan selesaikan masalah.

“Konsep negara berkebajikan juga telah lama diamalkan oleh BN, pembangkang pula baru hendak buat. Mereka terikut-ikut, begitulah,” katanya.

Manakala dalam perkembangan lain, Mohd Isa berkata, dia percaya 95 peratus masyarakat Orang Asli menyokong BN dan sokongan itu diberikan dari dahulu lagi.

“Sebelum ini semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Jempol, sokongan masyarakat mereka tidak pernah berbelah bahagi.
“Jadi saya mahu mereka bersatu hati untuk sentiasa bersama kita (BN) supaya kesinambungan dan usaha sebelum ini dapat diteruskan dengan menaik taraf segala infrastruktur di perkampungan masyarakat Orang Asli,” katanya ketika berucap semasa berkempen di perkampungan masyarakat Orang Asli Batu Peti, Rompin baru-baru ini."Aishah tidak pernah melibatkan diri dalam bidang politik dan dia berpandangan sebegitu hanya apabila terjumpa satu dua orang yang susah,".

Itu kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ketika mengulas lanjut kenyataan Wan Aishah Wan Ariffin bahawa ramai di antara rakyat Jempol masih miskin ketika berkempen dan menziarahi pengundi, baru-baru ini.

Mohd Isa berkata, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah lama membantu mereka yang tergolong dalam kategori miskin dan usaha untuk tujuan tersebut tidak pernah dihentikan termasuklah di Negeri Sembilan khususnya.

Menurutnya, dalam dunia ini ada orang miskin, namun bilangan kemiskinan tegar di Malaysia sudah berkurangan bahkan terlalu kurang.

“Program membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang tergolong dalam kategori miskin ini masih berjalan, dia (Aishah) pun tidak ada idea untuk mengatasi hal ini, setakat bagi hamper tidak akan selesaikan masalah.

“Konsep negara berkebajikan juga telah lama diamalkan oleh BN, pembangkang pula baru hendak buat. Mereka terikut-ikut, begitulah,” katanya.

Manakala dalam perkembangan lain, Mohd Isa berkata, dia percaya 95 peratus masyarakat Orang Asli menyokong BN dan sokongan itu diberikan dari dahulu lagi.

“Sebelum ini semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Jempol, sokongan masyarakat mereka tidak pernah berbelah bahagi. 
“Jadi saya mahu mereka bersatu hati untuk sentiasa bersama kita (BN) supaya kesinambungan dan usaha sebelum ini dapat diteruskan dengan menaik taraf segala infrastruktur di perkampungan masyarakat Orang Asli,” katanya ketika berucap semasa berkempen di perkampungan masyarakat Orang Asli Batu Peti, Rompin baru-baru ini.

"Saya yakin dengan program ini, ia akan memberi peluang kepada para pelajar tersebut (yang menerima) untuk menyaingi rakan-rakan mereka yang lebih berkemampuan," katanya.

Menurutnya, Bakti telah membelanjakan RM1.78 juta bermula daripada tahun 2000 sehingga 2013 bertujuan untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan bagi melanjutkan pelajaran yang lebih baik.

"Sejak tahun 2011 sehingga awal tahun 2013, Bakti telah membelanjakan sejumlah RM1.2 juta untuk memberikan manfaat kepada 2000 pelajar diseluruh Malaysia, manakala untuk Dermasiswa Universiti pula, sebanyak RM580,000 telah dibelanjakan sejak tahun 2000 lalu," kata Rosmah.

Pada majlis tersebut, beliau semp at beramah mesra bersama kumpulan pelajar yang hadir di majlis tersebut bagi merapatkan hubungan bersama pelajar-pelajar Universiti Malaya.
"Janganlah menggunakan wang yang diberikan untuk membeli barangan yang tidak berguna tetapi belanjakanlah untuk keperluan pendidikan," katanya.

Selain itu, beliau turut berharap kepada semua pelajar Universiti Malaya supaya sentiasa menghargai jasa dan sumbangan kerajaan apabila tamat pengajian kelak.

"Apa yang saya harapkan, apabila para pelajar sudah berjaya kelak, ingatlah serta kenanglah jasa-jasa pihak kerajaan yang telah banyak membantu ketika para pelajar sedang mendaki ke puncak kejayaan," ujarnya.  

Disamping itu, beliau mengingatkan pelajar yang menerima sumbangan Dermasiswa Bakti supaya menggunakan wang sumbangan dengan penuh berhemah untuk dibelajakan keperluan pendidikan.

"Saya ingin berpesan kepada  para pelajar yang akan menerima bantuan Dermasiswa Bakti agar menggunakan wang ini dengan penuh berhemah."

Read more...

Nik Aziz Yakin Rakyat Pilih Kerajaan Pusat Baru PRU13 Ini

Saturday, 27 April 2013



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Barisan Nasional (BN) akan dikuburkan selama-lamanya pada 5 Mei ini dengan kerajaan baru dibentuk pada keesokan hari.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dengan angin kebangkitan rakyat negara ini yang mahukan perubahan dalam atmosfera politik akan memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai peneraju kepimpinan negara dan menolak kerajaan sekarang.

“(Pada) 5 Mei rakyat akan mengundi, keyakinan saya mereka memilih kerajaan yang berlandaskan syariat Islam.

“6 Mei seluruh negara akan merayakannya dengan tertubuhnya negara Islam sebenar. Gelombang Islam akan hapuskan nilai-nilai sekular,” katanya ketika menyampai ceramah perdana bertajuk ‘Pas For All’ di sini malam tadi.

Hadir sama, calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Md Nor Mohd; Yang Dipertua Pas Putrajaya, Nazir Zakaria dan calon Pas Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.

Dalam perkembangan sama menurutnya, PR akan menerapkan konsep cara hidup Islam sepenuhnya dalam setiap aspek kehidupan.

“Islam datang dari ALLAH SWT, kita (manusia) hanya menumpang di dunia ALLAH. Tibalah masanya kita amalkan sebuah negara mengikut acuan seperti yang disyariatkan.

“Saya yakin Putrajaya ini bakal dirampas dan kita bersama-sama menobatkan Datuk Husam Musa sebagai Ahli Parlimen Pas di sini,” katanya.

Sementara itu, di Pentas Treler Negara Berkebajikan yang sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, sekiranya BN terus memerintah negara fitnah akan menjadi santapan rakyat setiap hari.

“Sebelum menjelang tarikh 5 Mei, Umno-BN telah rencanakan 1,001 fitnah jahat sebagai momokan pilihan raya.

“Terkini blogger Milo Suam mendedahkan proses undi awal penjawat awam tidak seperti dijadualkan berlangsung pada 30 April telah didakwa tetapi Papagomo yang memihak kepada mereka dibiarkan bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pauh,” katanya.

Mengulas perkara sama Nurul Izzah berkata, tanpa Pemantau Pilihan Raya (Paca) tidak mustahil BN akan merampas keputusan pilihan raya.

“Diingatkan undi setiap rakyat adalah penting untuk masa depan negara kerana pilihan raya kali ini terpenting buat kita.

“Kita perlu kuat menahan fitnah dan tohmahan menjelang tarikh 5 Mei kerana semua itu akan kita kuburkan pada hari berikutnya,” katanya.

Read more...

Anwar Ibrahim Yang Rakyat Perlu Tahu

Friday, 26 April 2013


Dato' Seri Anwar Ibrahim didakwa pernah menyimpan wang kertas RM500 dan RM1000 yang bernilai RM10 billion di luar negara sehinggalah taraf sah laku kedua-dua wang kertas tersebut ditarik balik pada tahun 1999.

Selanjutnya klik sini

Read more...

DAP Guna Logo PAS & PKR Untuk Bertanding

Friday, 19 April 2013



DAP mengesahkan akan bertanding menggunakan logo Pas pada pilihan raya umum kali ini.

Ini berikutan kegagalan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menarik balik notis terhadap DAP seperti yang dituntutnya, semalam.

Ketika dihubungi media, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil kerana "tiada tanda-tanda surat itu akan ditarik balik oleh RoS."

“Kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding menggunakan lambang Pas di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” ujar beliau dipetik Roketkini.com.

RoS menghantar notis petang kelmarin mengatakan status Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP tidak diiktiraf walaupun pada paginya bersetuju menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga selepas pilihan raya umum.

Berikutan tindakan yang disifatkan bermotif politik itu, Setiausaha Agung Pas dan PKR bersetuju mengeluarkan watikah membenarkan penggunaan logo parti itu bagi membantu DAP.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP