Powered by Blogger.

Pas Tawar Khalid Join PAS

Monday 11 August 2014



Walaupun kumpulan Anwarinas dalam PAS berjaya mempengaruhi pucuk pimpinan PAS agar menunda tarikh mesyuarat parti tersebut untuk membincangkan kedudukan Khalid Ibrahim dari 13 Ogos ke 17 Ogos, namun Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat melakukan sesuatu yang sudah pasti akan membuatkan kepala Anwarinas dan PKR, terutama sekali Anwar Ibrahim, kembang bagaikan kuih apam direndam kopi panas.

Khalid Ibrahim bebas menyertai PAS selepas dia dipecat dari PKR, kata Ahmad Yaakob. Bagaimanapun, menurutnya lagi, terpulanglah kepada Khalid untuk berbuat begitu namun pintu PAS sudah pun dan sentiasa terbuka kepada Khalid.

"Semenjak hari Sabtu lepas, Khalid bukan lagi ahli PKR. Namun walau apa pun yang berlaku, kami masih menunggu keputusan penghadapannya dengan Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan nasihat serta jalan penyelesaian seterusnya," kata Ahmad Yaakob.

Walaupun Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS membuat keputusan yang merujuk kepada ancaman untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat, para pemimpin utama PAS seperti Ahmad Yaakob sendiri dilihat cuba bermain tarik tali dengan PKR dan DAP.

Selama ini, PKR dan DAP berjaya menjadikan PAS sebagai lembu perahan apabila sentiasa berjaya menarik hidung PAS untuk bertindak bagi pihak mereka. Namun kemelut di Selangor yang menyaksikan PKR dan Anwar Ibrahim menerima kecaman paling keras sepanjang kewujudan parti tersebut, memperlihatkan PAS cuba menonjolkan diri sebagai pemain utama dan pemegang kuasa yang perlu dipujuk serta dibelai oleh PKR dan DAP.

Sumber

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP