Powered by Blogger.

BN Selangor sedia gempur pakatan pembangkang!

Friday 31 August 2012



Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor sudah bersedia untuk bergerak sebagai satu pasukan dalam usaha merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Koordinator BN negeri, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed.

Katanya, jentera BN termasuk dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP semakin bersemangat untuk menghadapi kerajaan pakatan pembangkang diterajui PKR yang kini dibelenggu pelbagai isu termasuk isu air, skandal Talam Gate dan sistem penyampaian yang lemah.

"Sudah lama kami memperkasa dan memperkukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi dan dari masa ke semasa jentera parti diperkemaskan berdasarkan faktor politik semasa," katanya dalam satu temu bual dengan portal The Selangor Times hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, BN Selangor sentiasa memantau perkembangan di 56 kawasan DUN dan 22 Parlimen untuk mendalami permasalahan rakyat dan isu-isu yang berbangkit bagi memastikan nasib rakyat Selangor sentiasa terbela walaupun kuasa pentadbiran dikuasai PKR-DAP-Pas.

"Pembentukan Pusat Khidmat Rakyat BN Selangor (Pakar) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan Mei lepas menjadi platform 'sehenti' yang cukup berkesan dan efektif untuk rakyat Selangor mengemukakan aduan, laporan dan bantahan secara talian hotline yang secara langsung melibatkan hubungan dua hala antara BN dan rakyat," katanya.

Mengulas mengenai pemilihan calon BN di Selangor pada PRU akan datang, Zin yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata, perkara tersebut merupakan kuasa mutlak Presiden UMNO dan menasihatkan semua pihak mendahulukan kepentingan serta masa depan UMNO dan BN .

"Saya akui proses pemilihan calon merupakan faktor yang paling kritikal menjelang mana-mana pilihan raya umum. Parti pembangkang turut mengalami fenomena yang lebih mencemaskan jika dibandingkan dengan BN dalam isu pemilihan calon.

"Tetapi senario dalaman BN lebih terkawal kerana kita mempunyai kepimpinan yang kuat dan apatah lagi di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi UMNO BN dan UMNO Selangor," katanya.

BN ketika ini menguasai 20 kerusi DUN manakala pakatan PKR, Pas, DAP memenangi 36 kerusi daripada 56 kerusi di negeri itu, sementara bagi Parlimen, BN hanya menang di lima daripada 22 kawasan yang ditandinginya.

Sementara itu, Zin turut membidas sikap kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menangani skandal pengambilalihan hutang Talam yang sifatkannya sebagai skandal 'Talam Gate'.

"Beliau masih berdolak-dalik dan bermain politik mengenai isu ini. Banyak pendedahan telah dibuat berhubung isu Talam tetapi kerajaan negeri masih mendiamkan diri. Rakyat mahukan jawapan dan penjelasan yang terperinci bukannya melarikan diri," katanya .

Zin turut menyelar tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu air yang semakin kritikal.

Sumber - Oyabun

Read more...

Abdul Khalid masuk perangkap, manifesto pembangkang tidak boleh dipercayai


Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa manifesto parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu ‘bukan satu perjanjian’ membuktikan sikap munafik pakatan pembangkang.



Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, kenyataan Abdul Khalid itu bukan sahaja membuka tembelang Kerajaan Negeri bahkan membuktikan manifesto yang dilaungkan pada pilihan raya umum lalu sehingga berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Selangor tidak boleh pakai.

“Abdul Khalid nampaknya sudah masuk perangkap yang diciptanya sendiri dan kata-katanya kitu membuktikan bahawa kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui PKR hanya bijak menabur janji termasuk memberikan bulan dan bintang tidak boleh dipercayai lagi.

Rakyat perlu membuka mata pada pilihan raya umum akan datang kerana setiap janji manis yang dizahirkan melalui manifesto pembangkang tidak lebih daripada sekadar ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan rakyat semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini di sini.

Tambahnya, manifesto adalah penyataan umum atau deklarasi yang digunakan oleh seseorang atau parti politikyang bertanding pada pilihan raya umum sebagai dasar perjuangan bagi menarik sokongan pengundi.

Melalui manifesto, calon atau parti politik yang bertanding akan dinilai oleh pengundi sama ada orang yang mereka pilih itu nanti akan dapat membawa perubahan atau kemajuan kepada mereka dan merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Manifesto yang digariskan itu perlu dilaksanakan sebagai membuktikan kewibawaan dan kredibiliti individu atau parti politik yang menang kerana kerana manifesto itulah mereka mendapat undi rakyat.



Daripada kenyataan yang diberikan oleh Abdul Khalid secara terbuka itu, jelas manifesto pakatan pembangkang yang kononnya memperjuangkan ‘Negeri Berkebajikan’ itu hanya retorik semata-mata dan mereka tidak rasa bersalah sedikit pun kerana membohongi rakyat.

Bukan sahaja isu air percuma, bahkan banyak lagi janji-janji yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang masih tidak tertunai dan mereka tidak pernah peduli dengan janji-janji itu, apa lagi untuk melaksanakannya kerana kemaruk kuasa,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, kerana itu tidak hairan jika sekiranya mereka setiap hari menaburkan janji baru yang tidak munasabah kerana mereka sudah pasti tidak akan menunaikannya, malah sikap berbohong memang telah ada pada diri pemimpin sejak dulu lagi.

Jika Abdul Khalid tidak mampu melaksanakan apa yang telah termaktub dalam manifesto pilihan raya, beliau boleh letak jawatan kerana terbukti Menteri Besar Selangor hari ini seorang yang tidak bertanggungjawab dan menipu rakyat.

“Rakyat Selangor tidak memerlukan seorang pemimpin yang suka bercakap bohong dan tidak bertanggungjawab terhadap janji-janji yang dilafazkan. Abdul Khalid juga tidak layak menjadi menjadi Menteri Besar kerana tidak bertanggungjawab untuk menunaikan janji kepada rakyat.

Ini berbeza dengan kerajaan BN yang bertanggungjawab dengan setiap janji dalam manifesto dengan berusaha untuk menunaikannya seperti mana tema Hari Kebangsaan iaitu ’55 Tahun Janji Ditepati’.

Rakyat yang waras perlu menilai semula kepimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan kita perlu menolak mereka pada pilihan raya umum yang lalu kerana mereka bukan kerajaan yang amanah dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya,” tambahnya lagi.

Sumber - gprs-online.com

Read more...

Tawaran Penstrukturan Semula Air Diumum Dua Minggu Lagi, Air Percuma Diteruskan - Abdul Khalid

Thursday 30 August 2012

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan tawaran penstrukturan semula air dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan membentangkan cadangan serta kertas kerja penyusunan semula usaha pengambilalihan industri air di Selangor pada minggu kedua bulan September.

"Saya akan umumkan tawaran-tawaran yang akan kita berikan kepada empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abass Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Sebelum ini, empat konsesi air diberi tawaran baru bernilai lebih RM10 bilion bagi membolehkan kerajaan negeri membuat penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata pemberian air percuma di Selangor akan diteruskan kerana kerajaan negeri mempunyai kemampuan dari segi kewangan bagi tujuan tersebut.

"Bagi mereka yang tinggal di pangsapuri dan masih menggunakan meter pukal kerajaan negeri tidak boleh membantu dalam isu pemberian air percuma. Itu tanggungjawab Syabas untuk tukar meter air pukal kepada meter persendirian bagi membolehkan semua rakyat Selangor menikmati bekalan air percuma," katanya.

Abdul Khalid turut menjelaskan mereka yang mempunyai meter persendirian sejak 2008 akan menerima air percuma.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan negeri akan membayar air percuma kepada penduduk yang tidak mendapat air percuma seperti didakwa Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Ketika ditanya sekiranya penduduk mengambil tindakan undang-undang, beliau ringkas menjawab 'silakan'.

Malah beliau turut berkata bahawa manifesto Pakatan untuk memberi air percuma kepada rakyat Selangor bukanlah satu perjanjian.

Sumber - MStar Online

Read more...

PENDUDUK SABAK BERNAM AKAN BENAM PAKATAN KE LUBANG NAJIS!!!

Wednesday 29 August 2012


Kemarahan rakyat Selangor khususnya di Sabak Bernam semakin memuncak dengan pembatalan secara tiba-tiba oleh Kerajaan Negeri Selangor ke atas tanah yang telah dibayar premiumnya. Ingatkan jika bertukar kerajaan dapatlah tanah seperti yang pernah dijanjikan sebelum menang, tapi hampassss.....

Penduduk kawasan Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam begitu tidak berpuashati dengan tindakan kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam yang telah membatalkan permohonan lesen sementara ke atas tanah yang pernah mereka pohon sebelum ini.

Setelah hampir 4 tahun memerintah negeri Selangor, bukan sahaja kerajaan pakatan di bawah pimpinan Khalid Gagap tidak menunaikan janji, malah telah membatalkan permohonan mereka dengan sewenang-wenangnya. Memang JANJI TAK PERNAH DITEPATI.

JB tidak menolak jika perkara ini akan turut menyalahkan pentadbiran kerajaan sebelum ini iaitu Barisan Nasional yang telah memberikan harapan kepada penduduk kampung terbabit. 90% pemohon yang memohon tanah tersebut adalah bangsa pribumi dan orang pertama yang meneroka kawasan terbabit tapi malang telah diambil dengan senang oleh kerajaan negeri.

Inikah KERAJAAN KEBAJIKAN yang dilaung-laungkan??


Sumber - Jawa Bernam

Read more...

Dakwaan tarif air naik 70% satu pembohongan - Menteri

Post Pic

PUTRAJAYA: Dakwaan kerajaan Selangor kononnya tarif air di negeri itu akan naik sehingga 70 peratus apabila projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, adalah pembohongan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, yang menafikan dakwaan itu menegaskan pembinaan loji tidak ada kaitan dengan kadar tarif air.

Beliau berkata kerajaan Selangor perlu lebih teliti sebelum menyebarkan alasan yang semata-mata untuk bantah pembinaan loji.

“Ia alasan semata-mata untuk menghalang perancangan kerajaan pusat membina loji. Ini adalah antara helah meyakinkan rakyat kononnya pembinaan loji tidak wajar diteruskan," katanya.

Malah beliau membidas tindakan pihak tertentu yang mempolitikkan kenaikan tarif air.

“Kita tidak pernah menyatakan akan berlaku kenaikan tarif air selepas loji siap. Apa yang kita lakukan bertujuan mengelakkan krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2015,” katanya kepada BH.

Baru-baru ini, EXCO Kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar, berkata dasar kerajaan negeri yang tidak mengenakan bayaran untuk 20 meter padu pertama air, tidak boleh diteruskan jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri itu, berkata walaupun kos pembinaan ditanggung kerajaan, sumber pembiayaan adalah daripada Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Sehubungan itu, beliau mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selaku syarikat konsesi tunggal mengagihkan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, akan terpaksa menaikkan tarif air.

Chin juga berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan loji yang menelan belanja RM3.744 bilion itu dimulakan tahun ini dan siap sebelum 2015.

Sumber - Antara Pos

Read more...

Selangor Tipu Rakyat Tentang Harga Air


Sejak pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan Selangor, negeri tersebut tidak pernah sunyi dari kecelaruan pentadbirannya yang serba serbi tidak kena.

Daripada hal sampah sarap yang berhari-hari berlonggok tidak diangkut, soal masa depan UNISEL yang terancam hinggalah masalah bekalan air bersih, pendek kata segalanya menjadi satu masalah rumit sedangkan tatkala zaman pemerintahan BN semuanya berjalan lancar tanpa celaru.

Segalanya berpunca dari sikap Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang agak taksub untuk menonjolkan kebijaksanaan tapi yang lebih terserlah pula ialah bangangnya melampau kewarasan akal manusia.

Dalam hal bekalan air bersih misalnya, waktu heboh diperkatakan ramai risiko bekalan air bersih akan tergendala, kerajaan negeri pimpinan Khalid pula memusing tumpuan umum kepada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh bagi menafikan keperluan menyiapkan segera projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Sedangkan tujuan dan keutamaan projek tersebut ialah untuk memastikan bekalan air bersih yang sudah dirawat sentiasa mencukupi untuk keperluan penduduk setelah mengambil kira kapasiti semasa loji-loji sedia ada yang semakin kritikal.

Orang ramai termasuklah sepupu sepapat MB Selangor mana ada yang minum dan guna air seharian dari sumber air mentah empangan atau sungai, semuanya sekarang bergantung penuh pada bekalan air bersih yang sudah menjalani proses rawatan di loji-loji rawatan air.

Tak cukup dengan alasan air penuh di empangan dan sungai, untuk mengukuhkan lagi langkah songsang kerajaan negeri menolak pembangunan projek Langat 2, dijadikan pula alasan pembinaan loji baru di Kuala Langat itu akan menyebabkan harga air naik mencanak sehingga 70%.

Sekali lagi ternampak bangang dan tak cerdiknya kepimpinan kerajaan PKR Selangor. Mereka cuba bersandar pada alasan karut yang seakan lojik tapi sebenarnya satu cubaan untuk menipu dan mengaburi mata rakyat.

Hakikatnya pembinaan loji Langat 2 tidakpun memerlukan tarif air naik mencanak sedemikian rupa kerana kos pembinaan loji Langat 2 sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui pembiayaan Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Urusan mewartakan tarif air bukannya hak mutlak Kerajaan Pusat. Tanpa persetujuan kerajaan negeri, tiada sesiapa pun yang berhak untuk menentukan tarif air naik atau turun.

Demikian juga soal pemberian air percuma 20 meter padu, sekiranya ia mahu diteruskan juga selepas loji Langat 2 siap dibina, langsung tiada kaitan antara satu sama lain.

Jika rasa kantung kewangan negeri masih mampu untuk menanggung kos ratusan juta RM setiap tahun untuk pemberian air percuma itu, itu terpulang pada budi bicara kerajaan negeri.

Malah apabila sebuah loji baru di Sungai labu dengan keupayaan tambahan merawat dan membekalkan 45 JLH air bersih telah beroperasi Mac lalu dengan kos pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat, sampai sekarang pun tidak menyebabkan harga air naik.

Tiadapun penduduk Selangor di sekitar Sepang, Sungai Pelek, Bagan Lalang, Tanjung Sepat serta Kundang yang merungut tarif air mereka berubah naik tiba-tiba sebaliknya masing-masing berasa lega kerana bekalan air bersih semakin terjamin dengan siapnya loji baru itu.

Jelaslah sebenarnya polemik yang dicetuskan oleh kerajaan PKR Selangor dalam isu ini bukan sahaja untuk mengalih perhatian rakyat diatas kesilapan awal kerajaan negeri menolak pembangunan Langat 2, malah ianya satu penipuan nyata untuk menutup kegagalan pimpinan negeri dalam mengurus tadbir amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Sumber - Sahabat Gunung

Read more...

GPRS Tawar Khidmat Peguam Saman Kerajaan Negeri Selangor


SHAH ALAM 28 Ogos - Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini menawarkan khidmat peguam percuma kepada penduduk di negeri Selangor yang ditindas kerajaan negeri itu.
Menurut Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan, kerajaan negeri dilihat bersikap seperti perumpamaan 'melepas batuk ditanga' berhubung perlaksanaan manifesto Pakatan Rakyat iaitu untuk memberi air percuma.
"Ada rakyat Selangor yang tidak terima air percuma," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau juga menganggap isu meter pukal adalah perkara yang mendangkalkan kerana ianya tidak patut timbul sama sekali selain mendakwa kerajaan negeri hanya bermain helah semata-mata.
Sohaimi menegaskan GPRS hanya mahu rakyat di negeri Selangor faham bahawa mereka layak untuk menerima air percuma tanpa prejudis terhadap kediaman baik di banglo mahupun di pangsapuri.
"Mungkin bagi orang kaya air percuma ini 'nothing', mereka buat cuci kereta tetapi ianya berbeza bagi penduduk di rumah pangsa," ujar beliau.
Menurut Sohaimi kawasan yang paling banyak pangsapuri di negeri Selangor adalah Petaling Jaya, 479, dan 462 di kawasan Gombak.

Sumber - KLPOS

Read more...

Kerajaan Selangor Perlu Bayar Tunggakan Air Percuma - Noh Omar

alt

SHAH ALAM 28 Ogos - Kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kepada rakyat Selangor yang menggunakan meter pukal dan tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama, sejak 2008, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata kebanyakan mereka yang menggunakan meter pukal merupakan rakyat miskin dan tuntutan merekaitu munasabah.
Kerajaan Selangor yang sering menekankan soal keadilan dan kebajikan perlu membayar tunggakan itu kerana janji dibuat kepada setiap rakyat Selangor, katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas isu tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor supaya kerajaan negeri membayar tunggakan nilai subsidi air yang tidak dinikmati sebahagian besar penduduk yang menggunakan meter pukal.
"Orang rumah besar, banglo dapat. Orang duduk flat kongsi meter tak layak. Janji pada setiap rakyat bukan setiap meter," katanya.
Terdahulu, Noh mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Selangor pada Sabtu ini.
Mesyuarat turut dihadiri lebih 100 wakil NGO, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, pemimpin masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan di sini.

Sumber - KlPOS

Read more...

Selangor kena pertimbang dasar elak defisit serius


Kuala Lumpur: Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula dasar memberi bekalan air percuma kepada rakyat bagi mengelakkan defisit serius. Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin, berkata ia perlu memandangkan Kerajaan Selangor tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan loji air di negeri itu.

“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang." - Prof Amir Baharuddin, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang.

Bersikap realistik

“Saya berharap Selangor bersikap realistik dan tidak memberi harapan kepada rakyat untuk terus menerima air percuma,” katanya

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran, pula berkata Selangor sepatutnya mengenal pasti rakyat yang memerlukan bekalan air percuma dan bukan memberi kepada semua.

“Kerajaan Selangor perlu mencontohi kerajaan United Kingdom (UK) yang hanya memberi bekalan air percuma kepada rakyatnya menerusi mekanisme tertentu dan permohonan yang dikemukakan,” katanya.

Sumber - Sinar Harian

Read more...

Tunai janji sebelum mandat tamat

Tuesday 28 August 2012

Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badruddin
Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badruddin.

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri perlu menyelesaikan isu air percuma seperti yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu sebelum mandat pemerintahan tamat.

Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badruddin berkata, pelaksanaan skim air percuma dibuat secara tidak terperinci dan kajian menyeluruh menyebabkan ada pengguna yang tidak menerimanya.

“Kerajaan Negeri sepatutnya mengambil kira pengguna yang menggunakan meter pukal kerana pemasangan meter tersebut dilakukan poleh pemaju perumahan. JIka Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap janji, mereka sepatutnya membayar rebat kepada setiap isu rumah yang tidak mendapat air percuma itu," katanya,.

Badrul Hisham berkata, sebelum berjanji dan melaksanakan skim berkenaan, pakatan pembangkang sepatutnya membuat kajian terlabih dahulu dan mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi, bukan bertindak lepas tangan.

“Setelah empat tahun mentadbir dan sebelum berakhir mandat, kami desak Kerajaan Negeri segera selesaikan masalah subsidi air ini agar rakyat tidak terus menagih janji,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, rakyat Selangor berhak menikmati subsidi air yang dilaungkan dalam manifesto Pilihan Raya ke-12 (PRU12).

“Kerajaan Negeri perlu segera tunaikan dengan kadar yang setara dan tanpa membezakan meter pukal atau meter individu. Itu adalah janji mereka pada pilihan raya umum yang lalu. Kenapa sekarang jadi lain. Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan negeri kepada rakyat?" katanya.

Manifesto Kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 lalu menjanjikan pemberian air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.

Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan.

Hamidzun berkata, tuntutan penduduk Pangsapuri Mentari Court hanyalah satu daripada ratusan pangsapuri di Selangor yang masih belum menikmati subsidi air 20 meter padu pertama setiap bulan dengan alasan masalah migrasi meter air.

Sumber - Sinar harian

Read more...

Kami Menuntut Hak Air Percuma ...... 1 Rumah = RM570.00


Sumber - www.hasrat-selangor.blogspot.com

Read more...

Penghuni pangsapuri tuntut janji air percuma Selangor

Penghuni pangsapuri tuntut janji air percuma Selangor
Sebahagian penghuni Pangsapuri Mentari Court berpiket mendesak Kerajaan Negeri segera beri air percuma.

PETALING JAYA – Selepas empat tahun mentadbir Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) didakwa gagal menepati janji untuk memberikan air percuma kepada penduduk yang menggunakan meter pukal seperti flat kos rendah dan pangsapuri.

Semalam, satu demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court sebagai manifestasi rasa tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin Kerajaan Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Selain itu, mereka turut mendesak Kerajaan Negeri membayar tunggakan untuk tempoh 50 bulan sejak Ogos 2008 sehingga September 2012 sebanyak RM570 dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama (JMB), Kamarul Azman Kamarudin berkata, pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji memberi air percuma kepada rakyat sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal.

"Malangnya selepas diberi mandat, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, air percuma hanya dinikmati pengguna yang menggunakan meter individu.

Katanya, penduduk juga telah beberapa kali menuntut Kerajaan Negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menukar meter pukal kepada meter individu namun pelbagai ‘alasan’ telah diterima.

"Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang kebanyakannya kurang berkemampuan," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili mereka, Hasnal Rezua Merican berkata, berdasarkan janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan representasi berulang kali, terdapat asas undang-undang untuk mencabar Kerajaan Negeri kerana telah membuat pengharapan yang sah kepada rakyat Selangor bahawa mereka berhak mendapat air percuma.

“Kita akan mulakan tindakan undang-undang untuk memaksa Kerajaan Negeri sama ada memberikan air percuma atau pampasan kepada penduduk dalam satu jumlah yang dirasakan munasabah bagi menggantikan air percuma yang tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred memaklumkan, pemberian air percuma hanya layak diberikan kepada penghuni yang mendiami pangsapuri dikategorikan dalam kod 10.

"Penghuni pangsapuri hanya diberi air percuma selepas proses migrasi ke meter individu iaitu ke kod 10," katanya kepada Sinar Harian.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan ketika dihubungi berkata, seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat daripada janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu.

"Tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya, lebih baik jangan cuba untuk berjanji," katanya.

Sumber - Sinar Harian

Read more...

Residents Of Flats, Apartments & Condominiums Are Neglected !!!


Read more...

Kalau Ibu Sendiri Pun Azmin Tak Hormat Apatah Lagi Orang Lain – Ummi Hafilda

Monday 27 August 2012


KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Mana letaknya maruah Azmin dan Azwan Ali, sehingga sanggup menghina, mencaci malah memaki ibu sendiri, Mak Tom.

Adakah ini sikap mereka yang harus dipandang dan diangkat sebagai seorang pemimpin, kalau ibu sendiri pun tidak mereka hormati, apalah lagi orang lain, ujar adik perempuan Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali.

“Mereka ini anak derhaka. Sanggup memperlekeh, memaki dan mencaci ibu sendiri semata-mata untuk menjaga hati dan kepentingan idolanya, Anwar Ibrahim. Apa kaitannya Mak Tom dengan UMNO, apa kaitannya Mak Tom dengan Datuk Seri Najib, hingga sanggup mereka berulang-ulang kali mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Najib.

“Ini soal maruah keluarga, ini soal masalah keluarga kami. Ia tidak ada kena mengena dengan soal politik sebaliknya Azmin bagaikan cacing kepanasan bila pendedahan Mak Tom dalam TV3 baru-baru ini bakal mengugat kestabilan dan masa depan politiknya.

“Jika ianya tidak mengugat Azmin, tidak mungkin dia akan melenting dan membabitkan Azwan termasuk dalam memburuk-burukkan dan memaki hamun ibu mereka sendiri,” ujarnya mengulas kenyataan Azmin yang mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Datuk Najib selain kenyataan jahat dan jijik Azwan dalam twitternya sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, kedua-dua abangnya ini sudah lupa diri, hanya kerana Anwar Ibrahim.

Jelas beliau lagi jika Azmin selaam sebulan dalam bulan Ramadhan yang lalu, boleh berbuka puasa ke sana, ke sini, habis 1Malaysia dia jelajahi untuk berbuka dengan penyokong-penyokongnya, tetapi dia tidak ada masa sedikit pun untuk menjenguk makan minum atau berbuka di rumah ibu sendiri.

“Anak jenis apa Azmin ini? Kenapa pula Azmin dan Azwan nak marahkan TV3, atas laporan yang mereka siarkan baru-baru ini. Mereka hanya melaporkan sahaja. Azwan pula nampaknya sudah terlupa, di mana dia bertapak sebelum ini sebelum menempa nama yang gah dalam industri hiburan tanahair.

“Dia terlupa, TV3lah yang banyak memberikannya peluang untuk menempa nama selain mengautkan keuntungan. Kini hari-hari dia mengelar TV3 dengan gelaran-gelaran yang jijik dan kotor”, katanya.

Ummi Hafilda seterusnya melempatkan persoalan siapa lebih jijik dan kotor? TV3 yang menyiarkan kisah-kisah masyarakat ataupun mereka (Azmin dan Azwan), anak derhaka yang langsung tidak menjenguk makan-minum dan kebajikan ibu sendirinya.

“Di mana moral mereka sebagai seorang manusia? Jadi sebelum memburukkan dan menghina orang lain, baik mereka menilai diri mereka sendiri, tanya diri mereka sendiri di manakah kategori yang layak untuk mereka yang derhaka pada ibunya sendiri,” ujarnya mengakui Azmin sudah sekian lama tidak menjenguk ibu mereka, Mak Tom.

Sehubungan dengan itu, Ummi menasihatkan orang ramai dan masyarakat agar menilai dulu siapa Azmin ini sebelum terpedaya dengan lagak alim dan baiknya yang hanya berpura-pura sekadar untuk meraih sokongan politik semata-mata.

“Banyak yang ingin saya perkatakan mengenai kedua abang kandung saya ini, namun demi menjaga nama baik keluarga, biar saya pendamkan dulu. Biar masa menentukan, jika mereka terus memperlekehkan dan menghina Mak Tom, saya akan dedahkan lagi kata-kata nista yang mereka lemparkan kepada ibu kandung mereka sendiri,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Read more...

Isu Air Selangor: Kenyataan 7 Minit Khalid VS Kajian 7 Tahun Bina Loji Langat 2


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengotakan janji yang dibuat kononnya untuk menyelesaikan isu air di negeri itu.

Katanya, sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid sebelum ini telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan tanpa berfikir kononnya mahu menyelesaikan krisis air di Selangor.

Noh menambah, Khalid telah mengeluarkan kenyataan serta berjanji akan menyelesaikan masalah air di Selangor menjelang September.

Malah katanya, kepimpinan Selangor juga telah membuat kenyataan untuk memecat dua orang pegawai tertinggi Syabas.

“Khalid ini kononnya adalah seorang tokoh korporat yang hebat jadi sepatutnya apabila dia bercakap dan mengeluarkan kenyataan beliau harus menggunakan otak serta mengotakannya.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah tokoh korporat ini bercakap dan membuat kenyataan hanya dalam 7 minit tanpa sedikit pun membuat kajian dalam menyelesaikan sesuatu masalah… kalau kajian pun tak buat jadi bagaimana nak selesaikan masalah,” katanya.

Noh menambah, kerajaan pusat di bawah pemerintahan Barisan Nasional telah mula menjalankan kajian untuk membina loji air Langat 2 sejak tahun 1998 iaitu ketika Selangor mengalami krisis air.

Katanya, selepas 7 tahun membuat kajian pada tahun 2005, barulah projek terbabit dimulakan.

“Ia berbeza dengan kerajaan Selangor… kita buat kajian selama 7 tahun dan mereka buat kenyataan hanya dalam 7 minit kononnya nak selesaikan isu air.

“Sebab itu kita lihat kenyataan Khalid selalunya tak konsisten kerana mereka hanya pandai bercakap dan berjanji tetapi tidak pernah turun padang dan lihat sendiri,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan terowong Loji Air Langat 2 di Hulu Langat.

Menurut Noh, tujuan lawatan tersebut dibuat kerana kerajaan pusat telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan projek terbabit walaupun ditentang oleh kerajaan Selangor.

Beliau menambah, Khalid sebelum ini tidak habis-habis membuat kenyataan kononnya mahu menyelesaikan krisis air yang berlaku namun sehingga kini tidak ada seorang pun di kalangan pemimpin mahupun pegawai tertinggi kerajaan negeri yang melawat ke tapak projek berkenaan.

“Apa yang kita lihat kerajaan negeri sentiasa memberi bantahan dengan apa yang dibuat oleh kerajaan Pusat di bawah kepimpinan BN… jadi kita nak tahu apa asas kerajaan negeri nak membangkang projek ini sedangkan ia adalah untuk kepentingan rakyat.

“Kalau betul nak selesaikan maka mereka harus bertindak bukan hanya bercakap… kita difahamkan sehingga ke hari ini bukan sahaja Khalid, malah pihak UPEN atau pegawai kerajaan tidak ada seorang pun yang pernah sampai ke tapak terowong loji.

“Jadi exco-exco ini hanya tahu bercakap saja tapi tak pernah turun ke padang,” katanya.- Perak Today

Read more...

Air Percuma - Selangor mula bangkrap di bawah PR!..


Dasar Air Percuma Tidak Bijak, Bukan Bersifat Lestari - Ahli Akademik
KUALA LUMPUR: Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya.

Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran bahawa Malaysia tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga.

"Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak," katanya.

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.

Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di sini.

"Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) pra bayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita," katanya.

Dr Suhaimi berkata rakyat negeri Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

"Rakyat negeri Selangor kena guna air secara berhemah supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. Ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang," katanya.

Beliau berkata negara-negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah "kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air."

"Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku, membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," kata Dr Suhaimi.

Dr Suhaimi menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, katakan setiap beberapa tahun, ia perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.

"Maksudnya begini: Dalam negara ini, apa sahaja (bayaran bagi) barangan dan khidmat yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Ini kerana kita biasanya mendapat apa sahaja dengan percuma atau melalui subsidi.

"Jadi bila anda cuba untuk mengambilnya balik, orang ramai akan kata ini hak kami, jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukan persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu itu untuk membayar," katanya.

Beliau berkata air yang merupakan keperluan asas bagi setiap orang, tidak sepatutnya diberi secara percuma kerana ia memberi makna bahawa komoditi yang berharga itu tidak mempunyai nilai. - BERNAMA

Read more...

Beri lori sampah bukti Selangor gagal selesai isu sampah

Sunday 26 August 2012


SHAH ALAM - Tindakan kerajaan Selangor memperuntukkan 50 lori kompaktor kutipan sampah kepada dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri
ini dilihat sebagai cubaan kerajaan negeri menutup kegagalan mereka dalam menyelesaikan isu sampah di Selangor.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed juga menyifatkan tindakan itu hanya retorik dan permainan politik semata-mata menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang hanya memberi lori sampah di kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya sahaja sedangkan Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN Selangor menerima berpuluh-puluh aduan mengenai masalah sampah yang tidak selesai dan majoritinya berlaku di kawasan lain seperti Klang serta Kota Raja.

"Tindakan kerajaan negeri boleh dianggap membazir dan hanya memenuhkan poket kroni sahaja apabila lori-lori sampah sebelum ini tidak digunakan sepenuhnya apabila mereka menamatkan konsesi itu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd Zin berkata demikian sebagai mengulas penyerahan lori kompaktor kutipan sampah bernilai RM14.5 juta oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi menyelesaikan masalah kutipan sampah di kedua-dua kawasan itu.

Kesemua lori kompaktor itu dibeli oleh KDEB dan diberi kepada kedua-dua PBT berkenaan untuk disewakan kepada kontraktor yang terbabit dengan kerja kutipan sampah.

Pada sidang media selepas majlis penyerahan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui kaedah itu, kerajaan negeri boleh mengurangkan sehingga RM100 juta kos operasi pengumpulan dan pelupusan sampah di negeri itu.

Mohd Zin berkata, kegagalan kerajaan negeri menguruskan masalah sampah, longkang tersumbat dan semak-samun terutama di kawasan projek terbengkalai mengakibatkan masalah lain timbul seperti kes demam tinggi yang meningkat dengan ketara.

"Penafian bahawa isu sampah bukanlah masalah denggi di Selangor oleh pemimpin pembangkang menunjukkan bahawa mereka masih lagi cuba bermain politik dan mengelirukan rakyat. Kawasan sampah yang tidak diselia boleh menjadi punca pembiakan nyamuk," katanya.

Beliau berkata Pakar, yang masih menerima aduan mengenai masalah dan denggi, akan menghantar surat kepada PBT bersama-sama dengan maklumat aduan agar tindakan boleh dilakukan segera demi kepentingan rakyat. - Bernama

Read more...

Kerajaan Selangor Hutang Rakyat Air Percuma - GPRS

alt

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Dato' Sohaimi Shahadan membidas kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya berbohong dalam isu pemberian air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor.
Beliau mendakwa kerajaan negeri hanya tahu berjanji namun tidak melaksanakan pemberian air percuma yang sebenarnya hanya dinikmati oleh segelintir rakyat Selangor.
Sohaimi berkata sewaktu pilihan raya umum yang lalu, Pakatan Rakyat melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji untuk memberi air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.
"Malangnya selepas diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa janji.
Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan negeri Selangor hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’." katanya.
Beliau turut membidas kerajaan negeri kerana melalui desakan pelbagai pihak, barulah pemberian air percuma ini dilaksanakan namun ia hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu.
"Pengguna meter pukal seperti di flat kos rendah, pangsapuri dan kondominium sehingga kini masih menggigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma itu, sedangkan orang kaya dan berkemampuan menikmatinya. Adakah ini yang dikatakan adil?," katanya.
Beliau turut memberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim pernah mendedahkan bahawa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri masih belum menikmati subsidi air percuma kerana masih menggunakan meter air pukal.
"Walaupun kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal hanya 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini.
"Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang kebanyakannya kurang berkemampuan.," kata Pengerusi GPRS ini.
Beliau menyeru rakyat Selangor untuk bertindak agresif dan menuntut janji dan hak yang masih belum ditunaikan oleh kerajaan negeri Selangor.
Sohaimi turut menyarankan kerajaan negeri Selangor tunaikan janji dengan apa juga cara sekalipun, sama ada menukar meter pukal kepada individu atau membayar kembali dalam bentuk rebat tunai.
"Kerajaan negeri Selangor sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal," katanya.
Beliau berkata demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court semalam adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.
"Sebagai rakyat Selangor, tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat dari janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu.," katanya.

Sumber : KLPOS

Read more...

Tee Yong cabar MB Selangor berdebat isu Talam

Saturday 25 August 2012

Tee Yong cabar MB Selangor berdebat isu Talam

KUALA LUMPUR - Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdebat secara terbuka berhubung isu Talam Corporation Bhd. (Talam).

Tee Yong sebelum ini mendakwa wujud penyelewengan hampir RM1 bilion di sebalik usaha menyelamat hutang Talam yang dilakukan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetapi dinafikan oleh Abdul Khalid.- Utusan Malaysia

Read more...

Kerajaan Selangor Hutang Rakyat Air Percuma


Kenyataan akhbar


Kerajaan Selangor Hutang Rakyat Air Percuma


KUALA LUMPUR – Kata pepatah Melayu ada mengatakan: jika lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Manusia yang tidak berpegang pada janji adalah manusia yang tidak amanah dan munafik seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk yang bermaksud: “Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya.”

Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya, lebih baik jangan cuba untuk berjanji. Inilah yang berlaku pada kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya bijak berjanji umpama ‘menanam tebu di bibir’.

Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji untuk memberi air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya selepas diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan negeri Selangor hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’.

Ini kerana air percuma hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu.

Pengguna meter pukal seperti di flat kos rendah, pangsapuri dan kondominium sehingga kini masih menggigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma itu, sedangkan orang kaya dan berkemampuan menikmatinya. Adakah ini yang dikatakan adil?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim pernah mendedahkan bahawa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri masih belum menikmati subsidi air percuma kerana masih menggunakan meter air pukal.

Walaupun kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal hanyak 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini.

Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang kebanyakannya kurang berkemampuan.

Oleh itu, rakyat Selangor perlu bertindak agresif, bangkit menuntut agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji dengan apa juga cara sekalipun, sama ada menukar meter pukal kepada individu atau membayar kembali dalam bentuk rebat tunai.

Kerajaan negeri Selangor sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berkjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal.

Demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Sebagai rakyat Selangor, tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat dari janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu. - GPRS


DATO’ SOHAIMI SHAHADAN
Pengerusi
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor
25 Ogos 2012

Read more...

KALID FLINSTONE PENING KEPALA.


Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.

Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).

Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.

Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.

Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.

Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan.

Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling negri bagi pimpinan Pakatan Rakyat.

Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di Selangor.

Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.

Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.

Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.

Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong Pakatan Rakyat, Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.

Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.

Dalam lautan politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor, persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya.

Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.

Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.

Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.

Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.

Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.

Di satu sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.

Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.

Bagi Azmin, inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.

Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.

Seperti pepatah habis madu sepah dibuang, begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Sumber - GAP

Read more...

Kawalan ketat untuk naik bas kempen Anwar

Friday 24 August 2012



Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membeli bas kempen untuk kegunaan Penasihat Kewangan Negeri Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim.




Idea untuk bas ini diambil dari parti AP Turki yang dipimpin Erdogan. Ia satu idea baik yang mempunyai pelbagai peranan.

Ia boleh jadi iklan bergerak, pentas ceramah yang lengkap dengan peralatan dan janakuasa sendiri, dan lain-lain.



Katanya Khalid yang belikan dengan duit dia sendiri. Sanggupkah dia berbelanja sedemikian besar dengan keadaan dia disaman Bank Islam lebih RM60 juta. Ramai menjangka ianya sumbangan dari Erdogan untuk membantu kempen Anwar.



Anwar boleh makan. minum. mandi, tidur dan buat macam rumah sendiri dalam bas itu. Jimat duit hotel boleh diguna sebagai alasan.

Selain kenderaan bergerak, Anwar begitu mobile untuk ke sana kemari berceramah dan menemui semua lapisan rakyat di mana-mana.



Tidak semua orang dibenarkan masuk bas itu sewenang-wenang.

Kawalan ketat untuk masuk. Pengawal hanya lepaskan mereka yang tahu password masuk.

Sumber - Husin Lempoyang

Read more...

Kalau Ikut Idea Rafizi Lembu, Rakyat Akan Naik Kereta Lembu


Bila Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli menjadi gila dengan kempen 'Turunkan Harga Kereta', harap-harap rakyat pun jangan turut menjadi gila.

Sekali pandang, mungkin ramai akan terpengaruh apabila Rafizi memberi sasaran penurunan harga kereta bagi yang dalam kumpulan bawah 2,000 c.c. Namun perlu diingat bahawa idea ini akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan kemudahan kredit yang sedia ada, iaitu margin pembiayaan setinggi 90% dan tempoh pembayaran sehingga 9 tahun, penurunan harga kereta akan memberi kesan keatas pemilik kenderaan, pembiaya (bank) dan pengusaha kereta terpakai.

Pemilik kereta akan mengalami kerugian dari segi susutnilai yang amat ketara bagi kereta yang dimilikinya, iaitu ditambah dengan penurunan harga baru bagi kereta yang sama jenis miliknya. Andaikan nilai harga kereta yang sedia ada diparas RM35,000 dan penurunan harga kereta adalah sebanyak RM5,000 maka nilai semasa kereta milik individu akan menjadi RM30,000.

Hakikatnya, tempoh pembiayaan yang panjang tidak membawa banyak perubahan kepada prinsipal yang dibayar oleh pemilik kereta. Oleh yang demikian, jika pemilik kenderaan ingin melupuskan kenderaan (contohnya melalui trade-in), mereka akan rugi kerana terpaksa membayar perbezaan prinsipal dengan nilai semasa kenderaan berkenaan.

Bagi pihak bank pula, mereka menghadapi risiko terhadap kereta-kereta yang ditarik kerana pastinya akan berada dibawah nilai pinjaman yang diberi.

Begitu juga dengan pengusaha kereta terpakai, disamping berdepan dengan susutnilai kepada stok dalam simpanan mereka, mereka juga berdepan dengan masalah permintaan terhadap stok yang dimiliki.

Akhirnya, idea Rafizi ini akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi negara.

Sumber - Akar Umbi

Read more...

Khalid Gagap Terkapai-Kapai Disisih Anwar


Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.

Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).

Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.

Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.

Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.

Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan.

Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling negri bagi pimpinan Pakatan Rakyat.

Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di Selangor.

Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.

Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.

Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.

Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong Pakatan Rakyat, Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.

Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.

Dalam lautan politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor, persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya.

Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.

Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.

Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.

Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.

Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.

Di satu sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.

Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.

Bagi Azmin, inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.

Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.

Seperti pepatah habis madu sepah dibuang, begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Sumber - Sahabat Gunung

Read more...

Isu Serbu Gereja - Umno Selangor Sokong Keputusan Mahkamah, Pas Fitnah Umno

alt

SHAH ALAM 15 Ogos - Umno Selangor bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan bahawa lidah rasmi Pas, Akhbar Harakah telah melemparkan fitnah terhadap UMNO apabila menuduh Umno terlibat dengan kes serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos tahun lalu.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin berkata, keputusan itu jelas membuktikan bahawa Pas dengan sengaja berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat Malaysia dan mengaitkan Umno dalam isu tersebut sedangkan ianya adalah tindakan dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri.
"Ini (keputusan mahkamah) jelas menunjukkan bahawa peristiwa serbuan ke atas DUMC dan pemecatan HasanAli yang dikaitkan dengan peristiwa tersebut adalah semata-mata kelemahan dari pihak Pas dan tanpa melibatkan Umno," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bangunan UMNO di sini hari ini.
Sehubungan itu, pihaknya ingin menyeru agar parti politik khususnya Pas agar bertindak dengan lebih matang dan tidak menabur fitnah dengan sewenang-wenangnya.
"Keputusan hakim dalam kes ini adalah lebih bermakna kepada kami berbanding jumlah tuntutan saman kerana ia membuktikan selama ini PAS menggunakan budaya fitnah dalam berpolitik," ujarnya.-Klpos

Read more...

Isu Syabas: Selangor timbang referendum


PUTRAJAYA - Kerajaan Negeri Selangor tidak terkejut apabila Kerajaan Pusat mengambil pendirian tidak membenarkan pihaknya mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan kini bersedia untuk mengadakan "referendum."

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, pihaknya kesal apabila Kerajaan Pusat lebih optimistik menyerahkan pengurusan kepada Syabas daripada beri kepada Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk mengadakan referendum rakyat, di mana rakyat boleh mengundi dan memberi pendapat sama ada menerima atau tidak usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih Syabas,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, Presint 19 di sini, hari ini.

Xavier turut menegaskan, krisis kekurangan air untuk Selangor sebenarnya tidak berlaku seperti didakwa Syabas dan Kerajaan Pusat yang hanya bertindak menakutkan rakyat.

“Pihak kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM225 juta daripada Kementerian Kewangan untuk melengkapkan Projek Mitigasi melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) tapi masih dalam menunggu kelulusan.

"Peruntukan itu diperlukan untuk menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) SSP1 dan LRA Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3) yang sedang beroperasi di bawah pengeluaran kapasiti maksimum,” katanya

Xavier berkata, adalah mustahil krisis air boleh berlaku secara tiba-tiba malah pihaknya sebelum ini tidak dimaklumkan bahawa Selangor akan dilanda krisis air pada 2012 melainkan krisis hanya akan berlaku pada 2015 sekiranya Projek Langat 2 tidak dilaksanakan.

“Namun jika Projek Mitigasi yang dirancang ini dilaksanakan maka tidak akan ada krisis air walaupun pada 2015,” katanya.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet berkata, Putrajaya menolak permohonan Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syabas.

Muhyiddin berkata, ini memandangkan kedua-dua pihak terbabit gagal mematuhi perjanjian konsesi yang telah dimertai.-sinar

Read more...

FAKTA SEBENAR ISU AIR SELANGOR


Krisis air Selangor

Krisis air selangor semakin panas dengan berikutan tindakan Jawatankuasa khas krisis air Selangor yang ditubuhkan kerajaan pusat untuk membincangkan masalah yang di mulakan oleh SYABAS bertekad untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan berbagai cara dan helah. Rakyat yang bijak sudah tentu akan tertanya-tanya apakah masalah sebenar yang membelengu pengurusan air di Selangor ini ?. Adakah Selangor kini menghadapi kekurangan air mentah atau air terawat ?. Persoalan ini yang harus difahami dan di kaji secara bijak oleh rakyat selangor supaya tak mudah terperangkap dengan mainan media perdana yang jelas hanya memberi liputan sebelah pihak sahaja.


Krisis air Selangor : Air mentah atau air terawat ?

Pada permulaan isu ini ,pihak pembekalan air Selangor iaitu SYABAS telah mengatakan bahawa Selangor akan menghadapi masalah kekurangan air sehingga pada tahun 2014 tetapi atas sebab-seban yang tidak pasti krisis ini berlaku lebih awal iaitu ketika semakin hampir dengan PRU13.Maka atas alasan inilah SYABAS begitu komited untuk memulakan pembinaan projek LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2( LRAL2) yang akan menelan kos perbelanjaan bernilai hampir RM 9 Billion dan akan merangkumi pakej pembinaan terowong air ke Negeri Pahang bagi membolehkan Negeri Pahang menyalurkan air mentah ke Selangor. Persoalanya ialah adakah Negeri Selangor menghadapi masalah bekalan air terawat atau air mentah?ini yang menjadi dolak-dalik SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila diajukan persoalan ini.

Realiti fakta sebenar ialah Selangor menghadapi masalah bekalan air bersih yang terawat. Bekalan air mentah Selangor sudah mencukupi tetapi permintaan bekalan air terawat semakin tinggi. Faktor-faktor pertambahan penduduk, perkembangan perindustrian dan lain-lain menyebabkan permintaan air bersih ini meningkat. Kapasiti loji rawatan telah mencapai tahap maksima dan mungkin akan berlaku lebihan bebanan lalu menyebabkan terputusnya bekalan air di sekitar Selangor. Ringkasnya air terawat tidak dapat memenuhi kolam tadahan dikawasan setempat. Ianya pasti menimbulkan masalah apabila waktu puncak penggunaan air. Masalah seperti tekanan rendah, tiada air dan lain-lain tidak dapat dielakkan. Jika air terawat yang menjadi masalah ,mengapa pihak SYABAS begitu beriya-iya mahukan projek LRAL2 yang sebenarnya mengutamakan pembinaan terowong air mentah dari Pahang? .Bukankah lebih baik SYABAS meminta supaya dibina loji rawatan air sahaja? ,dan kerana inilah projek LRAL2 ini ditentang kerajaan Negeri Selangor dengan fakta yang disediakan mereka.


Krisis air Selangor : Hasil kaji selidik Jawatankuasa Pemantauan air Selangor.

Pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS ‘beroperasi di bawah keupayaan’, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian “agar rakyat tahu kedudukan sebenar”.
Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:

Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.

Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.

Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan. Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.

Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.

Krisis air Selangor : Kenapa perlunya LRAL2 dan bukan MITIGASI 1 ?

Sekali lagi kebijaksanaan kita perlu di gunakan untuk mengkaji dan menilai fakta-fakta yang diberi kedua-dua belah pihak iaitu dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS&Kerajaan Pusat bagi mencari jawapan yang tepat mengenai apakah krisis sebenar air di Selangor ini dan cara terbaik untuk menanganinya secara bijak.

Seperti yang telah diperjelaskan di atas,masalah sebenarnya yang melanda Selangor kini ialah kekurangan bekalan air terawat dan bukanya air mentah. Atas fakta ini mengapakah kita perlu menyokong pembinaan LRAL2 yang tujuan utamanya ialah bagi menyalurkan air mentah dari Negeri Pahang dan di rawat di Selangor yang menelan kos begitu tinggi?. Bukankah labih baik hanya dibina loji rawatan air seperti pembinaan Projek MITIGASI 1 sahaja untuk merawat air mentah yang masih banyak diselangor?.

Jika persoalan sebagai persediaan menghadapi krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014 mengapa tidak dicari alternatif lain penyaluran air mentah yang tidak menglibatkan kos setinggi LRAL2 ini seperti membeli air mentah dari Negeri sembilan atau Perak yang sudah tentu tidak memerlukan kos yang tinggi seperti pembinaan terowong melintasi Banjaran Titiwangsa dalam pakej pembinaan LRAL2 itu?

Rakyat Selangor perlu tahu kos selain kos pembinaan LRAL2 yang tinggi ia juga tidak kompetitif dengan permasalahan yang sebenar berlaku di Selangor kini. Dengan kos yang hampir mencapai RM 9 billion sudah tentu beban kos pembinaan itu akan terpaksa ditanggung kembali rakyat Selangor dalam bentuk kenaikan caj bayaran penggunaan air . Ini sudah tentu tidak akan membolehkan Kerajaan PR Selangor memberi air percuma 20 meter padu lagi pada masa hadapan. Mungkin ada yang mengatakan dana tersebut disediakan kerajaan pusat ,tetapi harus diketahui kerajaan pusat juga meminjam dana dari institusi kewangan dari Jepun dan perlu dibayar semula,sudah tentu yang perlu membayar semula ialah rakyat Selangor .

Krisis air Selangor : Kesimpulanya

Kesimpulanya keperluan yang mendesak dalam isu air Selangor ini ialah pembinaan loji rawatan air yang baru dan bukanya pembinaan Terowong air mentah dari Pahang kerana Selangor sendiri mempunyai banyak sumber air mentah. Pembinaan projek MITIGASI 1 yang sedang dilaksanakan adalah tindakan terbaik bagi mengatasi krisis ini .

Seperti yang telah didedahkan oleh Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor diatas ,maka bolehlah dirumuskan bahawa punca utama krisis ini ialah kerana kegagalan syarikat pembekal air Selangor SYABAS menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyaluran air terawat dilakukan secara efektif dengan melaksanakan penukaran paip-paip yang usang dan mengurangkan jumlah air yang tidak berhasil. SYABAS juga tidak harus menjadi kuda politik sesebuah pihak dengan menjadikan air sebagai senjata bagi menjatuhkan imej kerajaan negeri selangor.


Kesimpulanya ialah Selangor menghadapi masalah kekurangan bekalan air terawat bukan air mentah. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah membina loji rawatan air sahaja yang menelan belanja tak sampai RM 500 juta bukan membina terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang dalam projek LRAL2 yang menelan kos RM 9 Billion yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan dan bakal membebankan rakyat Selangor sendiri pada masa hadapan.-Mediaperak

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP